Kali pertama saya ke Klinik Pergigian Bahau dalam Klinik Kesihatan Bahau ialah pada 07/10/2015 yang lalu. Ini pun pergi sebab nak temankan kawan saya yang nak check gigi. Sekali tu bukan takat teman sahaja, dengan saya sekali dipaksanya check gigi bersama. Adoii! Awas kalau ada kawan anda yang ajak "teman", dia akan paksa sekali anda check gigi jugak!
Doktor: Nak buat apa?
Saya: Hurmmm, check dan cuci.
Doktor: Ok
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~NGILU~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Doktor: Gigi awak berlubang, nak tampal tak?
Saya: Hurmmm, lain kali lah
Doktor: Ok
Jadi, hasil daripada pemeriksaan gigi yang lalu, doktor mengesan ada lubang di gigi geraham bawah. Hurmmm, tak sangka plak sebab memang tak sakit.
Tapi biasalah kan, selagi tak sakit, memang tak buat haha!
~~~~~~~~~~~Selang beberapa minggu kemudian~~~~~~~~~~~~~
Saya rasa gigi geraham itu berdenyut-denyut sakitnya. Haaaa, padan muka, hari tu, tak tampal, sekarang dah sakit! Sakitnya menjadi-jadi lagi sebelum ke Ipoh. Tapi sepanjang di Ipoh, alhamdulillah tak sakit pulak. Agaknya, sebab syok berjalan kot! Haha!
Jadi, setelah sekian lama, hari ni saya berkesempatan ke Klinik Pergigian Bahau yang terletak di Klinik Kesihatan Bahau. Setelah tertangguh sejak beberapa minggu yang lalu.