Isnin, 27 November 2023

November 2023 Giveaway

Salam, hai korang!

Lama tak update kat blog ni, berhabuk sudah. Puh puh (tiup habuk).

Korang sihat? Harap sihat semua.

Disini aku dengan rendah hati, ingin menjemput korang bloggers di Malaysia untuk menyertai giveaway ini! 

Di bawah ini merupakan syarat penyertaan : 

1. Wajib follow blog ini. Blog mesti open bukan private sepanjang giveaway ini berlangsung.
2. Post gambar poster di atas di blog korang dan backlink kan kepada entri ini.
4. Pilih 1 sahaja design 1g emas Public Gold klik di sini. Tuliskan mengapa korang pilih design itu. Design yang korang pilih inilah yang akan menjadi hadiah giveaway ini.
5. Letak link entri penyertaan korang pada ruangan komen di bawah.

Penerima hadiah:

1. Hanya seorang pemenang sahaja, yang menepati semua syarat diatas.

2. Korang boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Jika ada 10 blog, 10 blog boleh join.

3. Pemenang akan dipilih melalui alasan terbaik (paling kreatif pada fikiran aku) kenapa korang pilih design emas 1g itu. Di PG Mall, di Kedai PG Gold Museum (link yang telah diberikan sahaja), ada macam-macam design 1g, korang pilih lah ya. Ini tidak termasuk design di Aurora Italia. 

4. Contoh: Saya pilih design ini https://pgmall.my/p/T159/2315 kerana ia mengingatkan saya tentang drama Korea yang penuh suspen. Ini contoh sahaja, korang tulislah lagi kreatif daripada ini haha.(mesti ada link design) kalau tak, macam mana nak tahu kan kan kan.

Senangkan? Good luck!

Siti Hazreen,
Ada, beri, dapat!

Khamis, 9 November 2023

Ready For November Giveaway

Semalam keluar makan tengahari bersama kawan-kawan sekolah. Borak punya borak, aku pun keluarkan ayat "dah dua tahun k.rin kat sekolah ni"
.
Ohhhhh kata mereka. Sebenarnya banyak lagi ayat yang keluar tapi aku tak ingat sangat.
.
Tapi ayat yang ini aku ingat "menyesal tak masuk sini?"
.
Hah? Soalan ini memang tak dijangka. KBAT dan tajam betul 😅
.
Aku tergamam, tak tahu nak beri reaksi apa. Aku tak pandai nak beri reaksi...perlu jujur ke? Atau perlu tipu?
.
Aku pun beri jawapan...dan aku rasa itu adalah jawapan selamat.
.
Ntahlah, dua tahun sudah berlalu, rasa macam lama betul di tempat ini. Rasa masa berlalu terlalu lambat. Korang pernah rasa macam tu? Pejam celik pejam celik rupa-rupanya baru dua tahun. Padahal aku rasa macam dah 20 tahun (ngada-ngada sangat).
.
Aku adalah orang yang lambat panas rupanya. Susah nak "break the ice" walaupun selalu buat aktiviti "ice breaking" di sekolah. Haha! Dah pindah tempat kerja, baru aku tahu diri aku macam ni rupanya.
.
Susah nak cakap. Aku ikut je jalan ni. Tak memaksa diri untuk cepat-cepat "break the ice". Hanya enjoy semua situasi walaupun kadang-kadang, terdapat situasi "otak jatuh kat lantai" ketika berdepan dengan orang yang otaknya di lutut 😅.
.
Sempena dengan ulangtahun kedua aku berada di sekolah baharu, aku lancarkan Giveaway suka-suka. Harap korang sudi menyertai. Hadiahnya emas Public Gold 0.5g. Nanti aku update detailnya.
.
Siti Hazreen,
Ada, beri, dapat 💗

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...