Sabtu, 26 Disember 2015

Jalan-Jalan di Ipoh, Perak 2: Perihal Tiket Keretapi

Image result for keretapi tanah melayu



Beberapa entri seterusnya ini ialah berkaitan dengan percutian saya dan sahabat baik saya, Mell di Ipoh pada 21-24 Disember 2015.
Mungkin inilah percutian saya yang dalam keadaan sangat tidak bersedia! Kerana pada hari nak bertolak pun, masih kelam kabut mencari tiket! Huwaaaaa!!

*********************************************************************************
Semasa saya di kampung, Mell dah maklumkan bahawa tiket keretapi online dah habis! Melalui pengalaman saya, kadang-kadang, diorang ada simpan sikit untuk pembelian offline. Saya pernah tanya hotel, memang bila semak online dah habis, tapi offline masih ada. Saya harap begitulah untuk keretapi ni

Jadi, masa dalam perjalanan balik ke Bahau pada hari Ahad (20/12/2015), saya sempat singgah di Stesen Keretapi Gemas pada jam 2.30 petang. Tapi, boleh pulak kaunter tiket tutup (rehat)! Ada pulak orang rehat jam 2.30 petang? Adoiiii!!

Ok, seterusnya saya singgah di Stesen Keretapi Bahau. Alhamdulillah kaunternya buka. 

Bang, ada tiket tak ke Ipoh esok malam?
Ada 10 lagi
Naik 9.40 malam dari Gemas, sampai 4.30 pagi di Ipoh
Oh, ok

Saya kemudiannya ke Stesen Bas Bahau untuk tiket ke Ipoh.

Bang, ada tiket tak ke Ipoh?
Ada
Naik 5.40 petang, sampai 6.30 pagi di Ipoh. Bas ini melalui banyak negeri.
Oh, ok

Saya pun call Mell untuk 2 pilihan tersebut. Kalau naik keretapi sampai di Ipoh terlalu awal, kalau naik bas mengambil masa yang agak lama.

So, Mell putuskan kami menaiki keretapi.

Ok beb, malam ni aku beli tiket keretapi.

Tepat jam 8.00 malam saya sampai di kaunter tiket Stesen Keretapi Bahau, nak tahu apa jadi? 


Jeng Jeng Jeng!!!

Kaunter tiket tutup! Uwaaaa!! 

Agaknya kaunter tiket ikut waktu kerja pejabat kot...huuuu

Jadi, nampaknya, esok baru boleh beli tiket keretapi.

Tidur malam, tak yah cakaplah. Memang tak lena dibuatnya!

3 ulasan:

  1. tiket ketapi naik tak? segala macam naikkan sekarang ni

    BalasPadam
  2. Susahlah kalau jual tiket ikut ofis hour. Mungkin untuk perjalanan jauh kan? Macam manalah? Berjayalah balik hari ni?

    BalasPadam
  3. hehehe rasa excited pulak bila baca :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...