Ahad, 27 Mei 2012

Hasrat Berlatih Main Gitar Terbantut Huhu



Sudah dirancang sejak minggu lepas lagi, cuti sekolah 2 minggu ini akan digunakan sebaiknya untuk berlatih bermain gitar selepas berbulan-bulan tidak diendahkan (ceh wah hahaha).

Antara persiapan yang telah dibuat:
1. Hantar gitar untuk dipusing-pusingkan talinya, sebab dah bertahun tidak di servis. Rasa dah tak macam bunyi gitar haha
2. Bersihkan badan gitar, sabun, mandi haha
3. Tengok di www.youtube.com kord lagu Kosong-Najwa Latif

Tapi terpaksa dilupakan buat seketika sebab demam, selsema dan terbaru ialah batuk pula...Tapi, akan memegang gitarku selepas sembuh nanti, insyaallah ^_^



Sabtu, 26 Mei 2012

AlFaliheen Management: Seminar Teknik Belajar Saat Akhir




Aku ingin mempromosikan Seminar Teknik Belajar Saat Akhir oleh Che Mat dari AlFaliheen Management. 


Sila klik AlFaliheen Management: Seminar Teknik Belajar Saat Akhir untuk maklumat lanjut.


p/s: aku tidak ada kaitan dengan AlFaliheen Management (AFM), aku promosi sebab AFM telah beberapa kali mengadakan program disekolahku - dan ia tidak mengecewakan ^_^


Sabtu, 12 Mei 2012

Berhadapan Dengan Kerenah Ibu Bapa Yang Tidak Pernah Mahu Memahami


Tajuk kali ini panjang. Sepanjang gurisan dihati. Setelah tiga tahun menjadi guru, atau lebih tepat lagi menjadi kaunselor. Ucapan terima kasih daripada ibu bapa itu tidak lebih daripada bilangan jari di tangan.

Aku faham, kadang-kadang ayat yang keluar dari mulut itu adalah ketika sedang marah. Tapi itulah yang sebenarnya yang sudah tersimpan lama, yang mana hanya tunggu masa untuk diluahkan.

Aku juga tahu, akan sampai satu saat dimana dia akan menyesal ~ berdasarkan pengalaman aku yang lalu ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...