Pemandangan dari atas Bukit Laka
Tahu tak Bukit Laka kat mana?
Sebenarnya saya pun tak tahu kat mana sehinggalah saya menyertai Ekspedisi Bukit Laka ini huhu...
Ekspedisi Bukit Laka ini adalah sebahagian daripada Program Lepas PT3 sekolah saya.
Pada mulanya saya memang tak bercadang nak menyertai Ekspedisi Bukit Laka ini. Iyalah, dah tua tak larat nak panjat-panjat bukit nih. Lepas tu, saya dah lama tak berekspedisi seperti ini. Seingat saya, kali terakhir saya memanjat bukit ialah masa zaman universiti dulu.
Tapi, disebabkan kekurangan guru perempuan, maka saya pun sertailah. Saya, Kak Ina (senior) dan Ina (junior) haaaa.
Saya: Kak, saya nak naik kereta, akak dan Ina nak join tak?
K.Ina: Eh, ko nak naik kereta? Kitarang nak jalan kaki.
Saya: Erk, korang jalan ek? Ok,lah saya jalan jugak (sebenarnya memang tak terpikir dalam sanubari, saya nak berjalan kaki ke Bukit Laka. Tapi memandangkan Kak Ina yang lebih senior jalan kaki, takkanlah saya nak naik kereta kan? Malu lah weh!!)
Agihan makanan dan minuman untuk sarapan pagi
Dari sekolah, nak sampai ke basement ini pun sangat jauh bagi saya. Berjalan kaki okeh, bukan naik kenderaan.
Saya: Kak, akak nak naik ke?
K.Ina: Iyelah Rin.
Saya: Ina?
Ina: Naik jugak kak.
Saya: Erk, oklah, saya naik. (Takkan semua orang naik, saya tak naik kan? Nak-nak lagi kak Ina yang lebih senior naik Bukit Laka. Malu wehhh!!)