Pelekat ini perlu ditampal di baju
Assalamualaikum, hai korang!
Hari ini saya berkesempatan menghadiri Seminar Saham Dato' Dr. Nazri Khan. Kenal tak?
Saya pun tak kenal beliau pada mulanya haha!!
Saya dapat tahu pun melalui kenalan di seminar saham sebelum ini. Yep, ini adalah seminar saham kedua yang saya hadiri.
Kalau korang perasan, kat Facebook, selalu lalu iklan dia. Klik sini
Saya dah ada akaun CDS (akaun untuk membolehkan jual beli saham) dah lama. Akaun CDS saya yang pertama ialah melalui CIMB Investment yang dibuat pada tahun 2014. Sekarang dah 3 tahun usia akaun itu haha.
Tiada tindakan apa-apa dibuat sebab waktu itu, saya takut, dan tiada ilmu.
Akaun CDS saya yang kedua dibuat pada tahun ini, iaitu pada ketika saya menghadiri seminar saham yang pertama. Akaun CDS tersebut di bawah M+ klik sini.
Sesiapa yang nak menghadiri seminar, kena daftar di sini. Hari ini seminar, semalam baru saya daftar haha. Walaupun dah daftar secara online, tapi di pintu masuk masih perlu daftar ya.
Saya memang terpaku tengok ramai betul umat manusia dalam dewan The Everly Putrajaya itu. Siap dibawa masuk kerusi tambahan. Nak tahu berapa orang dalam dewan?
Jangan kata dalam dewan yang mampat. Parking kereta pun satu hal. Penuh!
750 orang dalam dewan beb. Ya Allah, saya rasa macam nak balik jer (saya ada penyakit alergik dengan tempat yang ramai orang). Saya termasuk dalam golongan yang tak dapat kerusi, jadi kenalah berdiri. Adeh!
Inilah dia orangnya. Dato' Dr. Nazri Khan ini mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam saham.