Selasa, 26 September 2017

Permohonan Kemasukan Ke Institut Kemahiran Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Sesi Januari 2018/2019

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Syarat Permohonan:
1. Warganegara Malaysia dan beragama Islam
2. Terbuka kepada lelaki dan wanita
3. Minima kelulusan akademik tamat darjah 6 sekolah bantuan kerajaan (boleh membaca dan menulis)
4. Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
5. Sihat tubuh badan dan berminat

permohonankemasukanikb.jpg
Iklan Permohonan Kemasukan Ke Institut Kemahiran Baitulmal Majlis Wilayah Persekutuan Sesi Januari 2018/2019

Kursus yang ditawarkan:
  1. Kejuruteraan Elektrik
  2. Perkhidmatan dan Penyajian Makanan
  3. Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki
  4. Teknologi Binaan Bangunan
  5. Seni Lukis dan Seni Reka
  6. Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita 
Berminat?

Nak mohon?

Klik sini

Tarikh tutup: 30 September 2017

Khamis, 14 September 2017

Tips Pemilihan Takaful

Image result for takaful ikhlas
Saya dah bersama Takaful Ikhlas (pemilik polisi, bukan agen) sejak dari tahun 2009 lagi.

Bila agen saya hilang tanpa khabar berita, saya pun terfikir nak bertukar kepada takaful yang lain.

Lalu saya ke bangunan Takaful Ikhlas Bahau, untuk bertanyakan cara-cara untuk saya menghentikan takaful saya.

Sudah rezeki, agen yang kebetulan berada di bangunan Takaful Ikhlas, Bahau pada waktu itu. Jadi, bertukarlah nama agen tut kepada agen tut.

Pada ketika itu, saya sedang mempertimbangkan 1 produk takaful yang sangat terkenal (sahabat baik saya mengambil polisi takaful syarikat itu, lalu saya pun terpengaruh). Sahabat baik saya selalu bercerita tentang betapa cekapnya agen beliau mengendalikan kes-kes keluarganya. Mungkin inilah yang dikatakan faktor rakan sebaya! Ahaks!!

Jadi, saya pun bertukar agen Takaful Ikhlas dari si tut kepada si tut

Takaful Ikhlas yang saya ambil tu, pelan yang biasa (tiada kad perubatan atau medical card).

Tahun 2016, sahabat baik saya, (sekali lagi) hehe, asyik bercakap tentang kad perubatan. Betapa pentinya kad perubatan bla bla bla. Nak tak nak, kena hadap jugak lah kan. Hari-hari saya makan bersama dia. Haha!!

Hendak dijadikan cerita, muncul agen takaful tut di sekolah, mempromosikan kad perubatan takaful tut. Macam biasalah, saya memang tak suka di desak. Sila beri masa saya bertenang.

Serius, sebenarnya, saya dah jatuh hati dengan produk kad perubatan takaful dia. Malangnya, pada suatu hari, dia whatsapp saya, dengan mengatakan, dia hendak daftarkan saya dengan segera sebab ada promosi akhir tahun. Hah??

Saya katakan padanya bahawa saya perlukan masa. Masa itu, dah lah telefon samsung saya skrinnya pecah. Dapat pulak whatapps memaksa macam tu...kalau korang, korang rasa apa??

Jumaat, 8 September 2017

Menghadiri Kelas PG1System Public Gold


Siti Hazreen
Dealer Public Gold
PG00056447
0112-098-2764

PG1System, kelas, seminar, belajar


Kelas PG1System Public Gold ini kelas apa? Haaa, yang pastinya bukan kelas memasak, bukan juga kelas menjahit dan bukan juga kelas make-up haha!!

Alkisahnya, hari Selasa yang lalu, saya dan kawan saya, berkesempatan untuk menghadiri kelas PG1System Public Gold

Kelas PG1System Public Gold ini diadakan pada setiap hari Selasa pada setiap minggu, bertujuan untuk membantu dealer-dealer Public Gold untuk berjaya dan berkembang (ehem-ehem, bukan kembangkan badan, tetapi kembangkan perniagaan!) ahaks!! 

Tengoklah betapa teraturnya Public Gold, setiap minggu sudah ada tajuk-tajuk yang akan dipelajari. Bagi saya bukan belajar, tapi lebih kepada refreshment. (kalau Bahasa Melayu disebut pembugaran) betul ke? 

Jadi, pada hari kejadian, ada slot Book Digest (bedah buku) Eat That Frog oleh Brian Tracy. Setiap bulan akan berubah-ubah bukunya. Baguslahkan, dapat ilmu daripada buku, tetapi digarap sendiri oleh penyampai. 

Oklah kan? daripada nak baca buku itu sendiri, ntah bila lah nak khatamnya hehe.

Slot kedua pulak, mengenai sistem dalam perniagaan Public Gold. Malam itu, slot ini disampaikan oleh En. Azril Hisham dengan tajuk Humble

Slot ketiga ialah slot terakhir, selalunya akan diisi oleh Master Dealer. Slot ini ialah tentang kepimpinan atau kemahiran.  

So, pada hari kejadian, slot ketiga dalam Kelas PG1System Public Gold ini diisi oleh Master Dealer Pn. Azizah atau lebih dikenali sebagai Mama Azizah. 

Tajuk yang Mama Azizah sampaikan pada malam itu ialah Appreciation and Gratitude.

Kelas, PG1System, Public Gold
Inilah dia Mama Azizah

Eh, lupa nak beritahu korang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...