Kalau korang skodeng kat Ig saya, mesti korang tahu, saya dah terjah negara mana hehe...stay tune dekat blog ini sebab klik pasport telah ditemui!!
--------------------------------------------------------------
Satu hari, semasa saya menjadi pengawas Ujian Bulanan 1, saya terpandang kertas Soalan Geografi (melabelkan negeri-negeri di Malaysia).
Saya sengih. Haha!!
Korang nak tahu tak, walaupun korang tengok saya ni jenis yang suka berjalan-jalan, tapi sebenarnya, saya seorang yang lemah mengecam peta, jalan, dan sewaktu dengannya.
Dan saya tak pasti samada saya boleh dapat markah 100% untuk melabelkan semua negeri dalam Malaysia dengan betul. Haha!!
Saya ingat lagi, masa di sekolah rendah, ketika darjah 6 (kalau tak silap saya), ada soalan tentang bentuk muka bumi. Ada cerita pasal kerak bumi lah bla bla bla...Masuk dalam peperiksaan weh!! Adeh!!
Saya masih ingat lagi, dalam Geografi:
belajar baris dan lajur (tak minat)
belajar arah mata angin (tak ingat langsung pun!)
bearing (tak tahu sampai sekarang macam mana nak kira)
sungai (tak minat)
banjaran (lagilah tak minat)
dan paling saya tak minat nak hafal, hasil bumi setiap negeri!
Sebenarnya, saya langsung tak ingat apakah yang saya belajar di Tingkatan 2 dan 3.
Bila dapat Buku Teks Geografi, saya suka baca bahagian belakang buku teks itu.
Kat belakang buku teks Geografi (pada zaman saya lah) ada cerita pasal luar negara. Penternakan di Australia, New Zealand dan negara-negara lain. Wow, suatu hari nanti, saya akan jejakkan kaki ke luar negara juga!
Tapi, saya tak minat semua topik dalam Geografi kecuali kalau topik luar negara (itupun tak belajar weh, cikgu tak sempat ajar).
Suatu hari, cikgu Geografi saya cakap: