Assalamualaikum, hai!
Saya baru balik dari sekolah atau lebih tepatnya, Surau al-Insaniah, SMA Haji Muhamad.
Buat apa?
Saya berkongsi ilmu dengan murid-murid asrama yang jumlahnya sekitar 110 ++ orang.
Ini adalah program pertama kali dikhaskan kepada murid-murid asrama bersama dengan kaunselor.
Sebelum ini, saya ada program bersama semua murid di waktu pagi jam 7.15 hingga 7.30 pagi (turut dibantu oleh anak-anak PRS). Program ini masih berlangsung sebulan sekali.
Berbeza dengan program malam ini (masih belum diberi nama), yang mana perkongsian ini khas untuk murid-murid asrama sahaja.
Tujuannya ialah, saya nak jalinkan hubungan yang lebih erat antara saya dengan murid-murid asrama. Bahasa Omputihnya kamcing gitu hehe.
Slot ini berlangsung antara jam 8:00 hingga 8:30 malam setiap hari Isnin minggu kedua dan keempat setiap bulan.
Intipati malam ini ialah berkisar tentang matlamat.
Masing-masing blur (padahal telah dirungkai dalam aktiviti kelas relif saya). Korang boleh tengok di Instagram saya, aktiviti semasa kelas relif. Kiranya malam ini, ulangkaji sahaja.
Bukan budak tingkatan 1 sahaja tak tahu matlamat, budak tingkatan 5 pun teraba-raba.
Bukan budak je blur pasal matlamat, bahkan orang tua.
Cuba tanya diri kita, apakah matlamat kita??