Penafian: Blog ini adalah laman peribadi dan tidak menggambarkan pandangan pihak majikan
Selasa, 27 November 2012
Iklan Pengambilan Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat 2013
Berikutan banyaknya pertanyaan di dalam post sebelum ini, hari ini berusaha untuk menghubungi pihak yang bertanggungjawab tentang pengambilan bagi tahun 2013. Butiran adalah seperti yang berikut:
Ahad, 25 November 2012
Beyond The Blackboard - Filem Untuk Guru
Ketika sedang mencari-cari, cerita apa yang nak di tonton pada tengahari tadi, jari-jemari sibuklah menekan-nekan punat remote tv astro. Tiba-tiba rasa teruja nak tengok cerita 'Beyond The Blackboard'. Ia telah ditayangkan tengahari tadi, jam 12.30 tgh di saluran DIVA Universal. Bagi yang terlepas, boleh tengok esok ;)
Filem ini berdasarkan kisah benar tentang seorang guru muda
Ahad, 18 November 2012
Jom Mohon Kad Komuter 1Malaysia
Macam mana nak mohon?
Borang permohonan boleh didapati di stesen komuter:
- Tanjung Malim
- Kepong Sentral
- Sentul
- KL Sentral
- Subang Jaya
- Bangi
- Sungai Gadut
- Bank Negara
Serta laman web klik sini bermula 22 Oktober 2012.
Kaunter khas akan dibuka selama 1 bulan dari jam 11 pagi.
- Bawa salinan kad pengenalan
- Bawa duit RM1
- Tak perlu slip gaji ^_^
Rabu, 7 November 2012
Tarikh Keramat 03 Nov 2012 ^_^
Sudah lama rasanya tak menaip huhu. Entri ini ditulis untuk meraikan sahabat-sahabat yang dapat tukar sekolah ^_^ Ada 4 orang yang dapat tukar. Alhamdulillah
Aku tak pernah rasa lagi sepertimana sahabat-sahabat aku lalui. Ada yang sanggup turun naik Putrajaya untuk mohon pindah. Melalui pelbagai kerenah manusia, dan akhirnya berjaya pindah (tanpa melalui orang dalam/kabel) setelah 3 tahun berkhidmat di Sarawak...perghhh amazing...dan tahun ke-4 dia akan berkhidmat di tanah tumpahnya sendiri Perlis (senyum lebar-lebar). Dan keterujaannya itu diterjemahkan melalui kata-kata "yeah...lepas ni nak packing barang!"
Apa yang dia telah lalui, tentunya aku tak sanggup lalui. Betapa sabar. Tahun 2012 menjadi saksi keterujaannya nak balik Perlis setiap 2 minggu sekali. Memang kaya AirAsia. Menitik juga airmata
Langgan:
Catatan (Atom)