Taylor Swift sekarang ini sangat memuncak dengan dengan deretan lagu barunya, tetapi lagu lama ini sangat menarik untuk didengar dan tak lah begitu sukar untuk dimainkan bersama gitar, bagi orang yang acah-acah pandai macam saya (ok, tutup muka dengan jaket).
Penafian: Blog ini adalah laman peribadi dan tidak menggambarkan pandangan pihak majikan
Memaparkan catatan dengan label muzik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muzik. Papar semua catatan
Ahad, 20 Mac 2016
Sabtu, 13 Februari 2016
Lirik Lagu Grace oleh Bryan Ingram
Masa sedang menyediakan video hari tu, boleh baca di sini, masa tengah godek-godek nak masukkan audio dalam video, saya terklik lagu Grace oleh Bryan Ingram ni.
Saya memang tak masukkan lagu Grace oleh Bryan Ingram ni, sebab tak kena dengan video yang saya buat. Tapi sekali saya dengar, saya nak dengar berkali-kali lagi. Sungguh 'menangkap' kat telinga saya!
Saya memang sukakan lagu yang ada elemen gitar, macam lagu Grace oleh Bryan Ingram ini. Macam juga lagu Iris oleh Goo Goo Dolls dan Yellow oleh Coldplay.
Jumaat, 27 November 2015
The Corrs - White Light 2015
Boleh keluarkan entri lain. Tapi, hati pilih entri ini. (Ceh, macam banyak sangat entri kan?) Ahaks!
Malam ni kita cerita pasal muziklah kan. Sempena pelancaran album baru The Corrs hari ini, selepas senyap selama 10 tahun! Band adik-beradik yang mahir bermain macam-macam alat muzik.
Sejak bila suka band ni? Ermmm, sejak pertama kali tonton persembahan diorang kat TV. Masa penutupan Sukan Komanwel 1998.
Tak boleh lupa masa tengok persembahan diorang ni, ternganga mulut jap, sebab nampak diorang main macam-macam alat muzik, tambahan drummer The Corrs ni perempuan. Kagum!
Sejak tu, memang ikutlah perkembangan The Corrs ni. Siap beli album.
Album The Corrs yang ni versi kaset berkembar. Banyak giler lagu dia. Ye, kaset, saya tak salah tulis. Nampak tak lama giler dah wujud band ni sejak 1995. Ok, rasa diri ini dah tua sangat!
Langgan:
Catatan (Atom)