Selasa, 28 Februari 2012

Lari Dari Masalah...


Aku selalu percaya, lari dari masalah, bukanlah cara penyelesaian yang baik. Berdepan dengan masalah, dan anda akan jadi orang yang hebat! 

Ketika ini aku teringat pula:


Isnin, 27 Februari 2012

Haishhhhh!!!!!!


Memang sungguh memeningkan kepala. Sejak dua menjak ni, aku tengok blog aku, dan aku pening. Mungkin juga, blog ni tengok aku dan ia pun pening haha.

Pening kenapa? Aku cuba untuk letak itu dan ini padanya. Contoh, aku letak commentLuv tapi agak rumit sedikit. Aku pun tak tahu kenapa entri yang aku tulis tak boleh di komen. Huhu.

Kesudahannya, aku buang saja commentLuv tu, guna yang blogspot saja. Tapi bila dah buang pun masih tak kembali asal. Godak punya godak, hoooo, patutlah, dekat post option tu, yang dekat reader comments, aku klik don't allow.......uwwwwaaaaaaa, bila masa aku tertekan pun aku tak tahu..@#@#???!!



Ahad, 26 Februari 2012

~ Air Botol Yang Best ~


Maaf, aku tak tahu apa dah jadi dengan gambar diatas, walaupun telah di edit (diputarkan kedudukannya, ia masih begitu) tak apa, hari ini aku bukan nak cakap pasal gambar yang senget, tetapi memori indah yang berkaitan dengan gambar tu :)


Aku masih ingat lagi, masa kecil dulu, abah selalu beli air botol ni terutama sekali masa buka puasa. Rasanya tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Gas nya kurang. Sedap sangat. Tak sangka masih ada lagi air ni di tahun 2012.

Baru-baru ni, menyertai program sekolah di Gunung Datuk, Rembau. Ternampak air ni di kedai makan di Gunung Datuk dan juga kedai makan di luar Gunung Datuk =) Jadi terimbaulah kenangan lama. Hehe

Ada orang gelar kan air ni oren bodoh boleh pula gitu?? Hai, macam-macam ^_^

Ahad, 12 Februari 2012

Telekung Yang Wow!!!

                                       

Entri ini bukan bertujuan untuk menjual telekung kepada anda semua ya, harap maaf. Hari ini aku ingin berkongsi tentang telekung. Ya, telekung yang kita pakai masa sembahyang tu.


Semalam aku ke Melaka. Singgah di sebuah pasaraya yang besar giler. Masuk ke surau, selepas berwuduk, aku mencapai telekung yang memang sedia ada pada sejadah. Sebaik selak saja, aku ternampak telekung yang 'masyaallah' penuh dengan bintik-bintik hitam di sekitar bahagian bawah dagu. Adoi, aku hendak tukar dengan yang lain. Bila aku angkat telekung yang lain, pun sama juga. Ya Allah.


Oleh kerana tiada pilihan lain, aku pun pakai sajalah. Rasa geli itu memang muncul di hatiku ini. Memang tak selesa. 


Waktu perjalanan balik, aku singgah pula di satu stesen minyak. Stesen minyak jenama *tut* memang menjadi pilihan ramai sebab tandasnya yang bersih dan juga surau yang selesa. 


Keadaan telekungnya? Sama juga dengan yang dipasaraya tadi. Tiada bezanya. Huhu.


Kenapa agaknya? Bukankah sepatutnya bersih? Mungkin pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil langkah seperti mencuci telekung-telekung yang ada (aku rasa telekung dikedua-dua tempat ini sudah tidak boleh di putihkan, jadi, kena tukar baru ^_^) Para pengguna juga perlu bertanggung jawab bila sudah digunakan - jangan main tinggal saja ^_^

Jumaat, 10 Februari 2012

Lirik Lagu 'Tanya Sama Itu Hud Hud'

                                           
Tujuh puluh tiga pintu

Tujuh puluh tiga jalan

Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua

Mencari raja si Muraq

Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh… Sang Algojo

Ooh… nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung

Atau dari dalam tempurung

Yang mana satu engkau pilih

Dalam kalut ada peraturan

Peraturan mencipta kekalutan

Di mana pula kau berdiri

Di sini

Ooh… Sang Algojo

Ooh… nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini

Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya

Berikan aku kesempatan akhir ini

Lai lai la lai la lai

“Tanya sama itu hud-hud

Lang mensilang

Kui mengsikui

Kerna dia yang terbangkan ku ke mari”

Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’
Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah (a.w).’
(Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll)
Kisah Burung.
Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud.
Untuk sampai ke hadrat Si Muraq, mereka harus tempuhi tujuh lembah yang penuh halangan.
Lembah pertama adalah lembah keinginan. Di sini semua burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak duniawi.
Lembah kedua adalah lembah kerinduan di mana semua burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka terbakar.
Lembah seterusnya adalah lembah makrifat, di sini semua burung harus memilih jalan sendiri lantaran “terlalu banyak jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa yang sesuai dengannya.”
Di lembah kepuasan, semua tuntutan, semua nafsu duniawi harus ditanggalkan dari hati.
Di lembah kesatuan, yang banyak menjadi satu.
Sebaik saja sampai ke lembah yang keenam, lembah kekaguman, burung-burung itu, yang sangat keletihan dan kebingungan, menembusi hijab berpasang-pasangan, dan mendapati jiwa mereka kosong. Hinggakan mereka menangisi, “aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu dari diriku.” “Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah yang sebenarnya aku dambakan?
Akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kefakiran dan fana, di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran, menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.
Bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja Si Muraq.
Dari beribu-ribu ekor burung yang memulakan perjalanan, hanya tiga puluhsaja yang berjaya mengharungi segala payah jerih. Dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam cermin diri.
Si Muraq, ataupun sirmurgh, adalah perkataan parsi yang bermaksud tiga puluh ekor burung. Maka di sini, di penghujung jalan, burung-burung itu berhadapan dengan realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah ‘diri mereka sendiri‘ dan ‘diri sebenar diri‘.
Wahai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah kepada Tuhanmu dengankeadaan engkau redha dan diredhai (di sisi Tuhanmu)!
(Surah Al-Fajr ayat 27-28)
*“Lang mensilang, Kui mengsikui” bermaksud Orang tak macam orang, hantu tak macam hantu.
   sumber: www.mindaahad.wordpress.com                         

Selasa, 7 Februari 2012

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM (Lelaki)

                                    

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat mengalu-alukan semangat dan minat anda bagi memasuki alam ketenteraan demi mempertahankan negara, bangsa dan agama. Sehubungan dengan itu TUDM mempelawa kepada anda yang berminat dan berkelayakan untuk berkhidmat di dalam TUDM sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) TUDM.

Kelayakan Akademik
Syarat kelayakan diberi kepada calon-calon yang lulus di peringkat SPM/SPMV seperti berikut:
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, salah satu daripada subjek Sains dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, salah satu daripada subjek Sains dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 ke atas.
Lain-Lain Kelayakan
  • Warganegara Malaysia. Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 28 Jun 2012. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. Penglihatan baik dan tidak kabur warna (Diuji di Pusat Pemilihan)
Ketukangan Anggota Lain-Lain Pangkat TUDM
1. Anak Kapal
  • Kuartermaster Udara
  • Pramugari
2. Kejuruteraan
  • Juruteknik Rangka Kapal Terbang
  • Juruteknik Enjin
  • Juruteknik Elektrik
  • Juruteknik Instrumen
  • Juruteknik Elektronik
  • Juruteknik Senjata
  • Juruteknik Alat Bantuan Udara
  • Juruteknik Woksyop
  • Juruteknik Alat
  • Pembantu Statistik
  • Juruteknik Alat Pemukaan dan Keselamatan
  • Juruteknik Avionik
3. Pengurusan Ruang Angkasa
  • Pembantu Kawalan Trafik Udara
  • Juruteknik Pertahanan Udara
  • Bomba
4. Logistik
  • Sistem Logistik
  • Juruteknik Bekalan
  • Juruteknik Stor
  • Kerani Inventori
  • Pemandu
5. Pentadbiran
  • Pembantu Tadbir
  • Pembantu Sajian
  • Pancaragam
  • Jurulatih Jasmani
  • Pembantu Tahan
Pusat-pusat pemilihan seluruh Malaysia
Sila hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar trek, berkasut sukan dan berstokin di pusat-pusat pemilihan. Masa pendaftaran ialah 0830 pagi hingga 0900 pagi.

14 feb - Sungai Siput, Perak - SMK Shing Chung
15 feb - Pendang, Kedah - SMK Tunku Temenggung
16 feb - Arau, Perlis - SMK Dato' Sheikh Ahmad
18 feb - Sungai Petani, Kedah - SMK Khir Johari
19 feb - Pulau Pinang - SMK Seri Balik Pulau
21 feb - Lumut, Perak - SMK Dindings

20 Mac - Melaka - SMK Tinggi Melaka
21 Mac - Johor Baharu - Maktab Sultan Abu Bakar
22 Mac - Kluang, Johor - SMK Sultan Abdul Jalil
24 Mac - Masjid Tanah, Melaka - SMK Ghafar Baba
25 Mac - Jempol, Negeri Sembilan - SMK Seri Jempol
26 Mac - Seremban, Negeri Sembilan - SJKC Chan Hwa

10 Apr - Kuantan, Pahang - SM (Sains) Sultan Hj. Ahmad Shah
11 Apr - Kemaman, Terengganu - SMK Sultan Ismail 2
12 Apr - Marang, Terengganu - SMK Tengku Lela Segara
14 Apr - Kota Bharu, Kelantan - SMK Dato' Ahmad Maher
15 Apr - Gua Musang, Kelantan - SMK Tengku Indra Petra 1
16 Apr - Jengka, Pahang - SMK Desa Jaya

25 Apr - Cheras, Kuala Lumpur - SMK Cheras
26 Apr - Shah Alam, Selangor - Sek. Vokasional Shah Alam

Alamat surat menyurat:
Markas Tentera Udara, Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 7, Menara TH Selborn, 153 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur. (Untuk Perhatian: Sel Kerjaya dan Pengambilan)

Telefon: 03-2681 2412

Sumber: Dipetik dari Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...