Jumaat, 28 Oktober 2016

Emas Bernilai Tinggi

Image result for emas public gold


Siti Hazreen PG00056447
Dealer Public Gold
0112 098 2764

Entri ini di taip dengan menggunakan Samsung Note 8 sebarang kesilapan saya minta maaf, dan akan diperbaiki minggu hadapan.



Petunjuk kepada emas itu bernilai:

 1.Setiap pasukan dalam sesuatu perlawanan mesti inginkan emas kalau ada yang cakap "takpelah dapat gangsa pun ok..." hanya nak sedapkan hati je


2. Masa itu emas. Kita tak boleh beli masa, tapi kita boleh beli emas.



3. Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi di bawa mati. Kenapa pisang emas? Sebab cun je saiz dia, tentunya berkhasiat dan enak sekali, dong



4. Emas, lambang kemewahan. Orang ada emas dah tentu ada duit. Tapi orang ada duit belum tentu ada emas



5. Takut kepada emas Public Gold. Ada orang suka pakai bergayut-gayut rantai emas, gelang emas...tapi bila pegang emas Public Gold takut? Siap tanya, nanti nak simpan kat mana? Laaa, rileks lah, emas bergayut kat badan tak takut pulak? Ehem ehem, yang bergayut-gayut tu bukan emas tulen ke??



Kalau tak mulakan hari ini bila lagi nak simpan emasNak tunggu emas jatuh ke? Itu harapan je lah.


Sabtu, 22 Oktober 2016

Dugaan Serampang Dua Mata

Image result for nasi berlauk

Tengahari tadi, ketika saya sedang makan tengahari di Kedai Hajah Kak Pah, yang terletak di belakang Billion (pasaraya terkenal di Bahau ini), ada seorang pakcik tua, berdiri sambil mendongak memerhatikan papan menu (yang tertera menu dan harga makanan).

Saya ternampak pakcik itu, dengan pakaian yang agak lusuh, bertopi keledar, memegang sebatang kayu (macam kayu golf) dan 2 buah beg plastik. Saya tanpa berfikir panjang, terus mempelawanya makan:

"cik, makan cik!" 

Pakcik itu melihat saya dan berfikir sejenak lalu beredar.

Hajah Kak Pah dan seorang pelanggan lain melihat kejadian itu dari dalam kedai makan. Menyedari mereka melihat saya, lalu saya bertanya:

"pakcik tu betul tak?"

"ntah, tak pernah nampak"

Kejadian ini mengingatkan saya pada peristiwa tahun lepas. Ketika saya sedang makan di Padang Kota, ada budak perempuan datang meminta sedekah. Saya tak beri.

Lepas itu saya didatangi pula oleh budak lelaki. Pun saya tak beri.

Timbul pula keinginan untuk bertanya kepada budak-budak ini. Diorang kata diorang ni adik beradik. 

"Dah makan?"
"Belum"
"Ok, macam ni lah. Korang pilih apa korang nak makan, saya bayar. Korang nak makan apa?"
"Makan nasi"

Diorang pun pergi ke satu kedai, tak jauh dari tempat saya sedang makan. Saya perhatikan mereka dari jauh.

Pekerja kedai itu hanya membiarkan mereka. Saya nampak dari jauh, mereka menunjukkan tangan ke arah saya. Mungkin diorang nak cakap bahawa sayalah yang akan membayar harga makanan mereka.

Melihatkan pekerja kedai makan itu macam kurang percaya, lalu saya bangun dan menuju ke kedai tersebut. 

Jumaat, 21 Oktober 2016

Kelebihan Sebagai Dealer Public Gold

Image result for emas public gold

Siti Hazreen 
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764 

Berikutan dengan pertanyaan Cik Tom, mengenai kelebihan sebagai dealer Public Gold, maka keluarlah entri ini. Hehe

Untuk pengetahuan Cik Tom, saya baru sahaja bergelar dealer Public Gold pada 29/09/2016. Tak sampai sebulan pun lagi. Baru setahun jagung. Ahaks!! Hehe!!

Saya dah lama berminat nak jadi dealer Public Gold. Alhamdulillah, muncul promosi untuk menjadi dealer bagi kakitangan awam pada bulan September iaitu dengan menukarkan wang kepada emas Public Gold berjumlah RM5000. Maka, saya pun bertukar status daripada pembeli kepada dealer Public Gold.

Jadi apa kelebihannya? (Ini adalah sebahagian kelebihan menjadi dealer Public Gold)

  1. Mendapat komisen apabila orang membeli emas Public Gold
  2. Boleh beli emas Public Gold orang lain dengan menggunakan harga PG Buy
  3. Dapat komisen apabila memperkenalkan pembeli kepada Public Gold (introducer)
  4. Komisen yang diterima daripada Public Gold adalah terus menerus dan boleh diwarisi (ini yang paling best!!)
  5. Bila jadi dealer Public Gold, segala latihan dan tunjuk ajar akan diberikan oleh barisan mentor yang hebat!

Rabu, 19 Oktober 2016

Permohonan Kemasukan Ke Program Kolej Vokasional 2017

kolej vokasional 2017, kolej vokasional

Setiap tahun, murid-murid tingkatan 3 mesti tanya saya mengenai Kolej Vokasional. Popular kan? Ramai bekas anak murid saya di Kolej Vokasional, terutamanya di Kolej Vokasional Juasseh.

Jadi, ini adalah info nya:
  • 11 Oktober 2016 - permohonan online bermula
  • 20 Disember 2016 - permohonan ditutup
  • 19 - 24 Januari 2016 - calon membuat semakan online
  • 26 Januari hingga 28 Febuari 2017 - calon rayuan

Untuk maklumat lanjut klik sini

Isnin, 17 Oktober 2016

Taklimat dan Bengkel Aplikasi Data Pengesanan Murid Lepasan SPM 2015


jejak spm, Taklimat dan Bengkel Aplikasi Data Pengesanan Murid Lepasan SPM 2015, spm 2015,
Screen shot Manual Penggunaan Aplikasi Pengesanan Murid Lepasan SPM 2015


Hari ini saya ke taklimat dan bengkel aplikasi data pengesanan murid lepasan SPM 2015 yang telah diadakan di PKG Bahau.

Korang tahu bila saya dapat makluman tentang taklimat dan bengkel aplikasi data pengesanan murid lepasan SPM 2015 ini? Saya dapat tahu hari Jumaat minggu lepas, sekitar jam 4:00 petang.

Surat terbang dengan fax, kerani terus telefon saya. Efisen kan? Sangat efisen surat tu. Sampai hari Jumaat, hari ini kena pergi. Wallah!

Saya tiba lambat sikit sebab saya nak singgah di sekolah sebentar untuk menyediakan barang-barang keperluan murid-murid tingkatan 3 (Program Lepas PT3) dan saya bersarapan dahulu sebelum ke PKG Bahau.

Nasib baik sarapan dulu, taklimat dan bengkel aplikasi data pengesanan murid lepasan SPM 2015 ini tidak menyediakan sarapan dan makan tengahari.

Ok, mari kita lihat apa yang dibuat di PKG Bahau:
Taraaaa:

Taklimat dan Bengkel Aplikasi Data Pengesanan Murid Lepasan SPM 2015, jejak spm,jejak spm 2015,
Screen shot apa yang mesti di isi dalam Aplikasi Data Pengesanan Murid Lepasan SPM 2015

Setiap kaunselor mesti masukkan data murid lepasan SPM 2015 dalam perisian Microsoft Access yang diberi. Butiran yang penting ialah samada murid lepasan SPM 2015 itu sambung belajar (kena nyatakan di institusi apa) atau murid lepasan SPM 2015 itu tidak menyambung pelajaran (bekerja, menganggur, meninggal dunia dan lain-lain)

Agaknya, kaunselor dilihat sebagai 'pegawai perhubungan sekolah' apa tengok muka kaunselor ada jawapan? Jawapan tentang ke manakah semua bekas anak didik ni pergi? Haha!!

Sabtu, 15 Oktober 2016

Hadiah Untuk Top Komentator Oktober dan Top Komentator 2016

onexox,hadiah,emas,public gold, top komentator,

Hai, Assalamualaikum!

Saya dah lama teringin nak beri hadiah kepada mereka yang sudi tinggalkan komen yang bernas dalam setiap entri saya.

Setelah puas menggodek blog saya beberapa hari, akhirnya saya berjaya memasang widget Top Komentator Oktober dan Top Komentator 2016. 

Bagi widget Top Komentator Oktober saya mendapat tips daripada sifu saya iaitu Sifu Hasrul Hassan manakala bagi widget Top Komentator 2016 saya rujuk di sini

Memang menguji kesabaran betul, bila buat dua benda ni iaitu Top Komentator Oktober dan Top Komentator 2016.

Alhamdulillah saya berjaya juga akhirnya. Jadi, melalui entri ini, saya nak beri hadiah kepada Top Komentator Oktober iaitu sekeping simkad Onexox yang berharga RM10. Penerima hadiah boleh pilih samada nak simkad kekal nombor telefon lama atau simkad nombor telefon yang baharu.

Rabu, 12 Oktober 2016

Gigi dan Tabiat Merokok

Image result for gigi perokok, merokok, gigi

Hari Khamis minggu lepas saya ke Seminar Program Berhenti Merokok di Sekolah Rendah St. Aiden, Bahau.

Ceramah di sampaikan oleh Dr. Shamilah dari Klinik Kesihatan Bahau.

Ini adalah antara intipati seminar:

Pelan Tindakan Strategik Unit Kawalan Tembakau:
  • Visi: Malaysia bebas dari sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2045 (29 tahun lagi)

  • Misi: 
    • Semua rakyat Malaysia yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas tidak memulakan tabiat merokok (sekarang umur 7 tahun)
    • Memperkasakan masyarakat di dalam budaya tidak merokok
    • 100% tempat-tempat awam bebas asap rokok

Jadi, apakah perhubungan antara unit pergigian dan kaunselor sekolah? Jeng jeng jeng

  • Menjalankan perkhidmatan saringan dan kaunseling merokok di sekolah melalui pasukan pergigian

Apa yang saya faham ialah, setiap sekolah akan didatangi oleh doktor gigi. Lepas doktor gigi ini mengenalpasti seorang murid itu ada tabiat merokok, doktor akan rujuk murid ini kepada kaunselor sekolah untuk dijalankan intervensi berhenti merokok.

Selasa, 11 Oktober 2016

Festival Kaunseling dan Majlis Pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2016

Festival Kaunseling dan Majlis Pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2016

Selasa minggu lepas, saya berkesempatan menghadiri Festival Kaunseling dan Majlis Pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2016.

Festival Kaunseling dan Majlis Pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2016
Antara Orang-Orang Hebat yang hadir

Wow! Kat sini semua orang otai-otai dalam bidang kaunseling. Bangga sehhh!! 

Slot 1: 
Bicara Kaunselor oleh Tokoh Kaunseling
Saya tak boleh nak ulas panjang slot ini. Moderator slot ini, saya kenal, bekas pensyarah saya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu Dr. Ruhani Mat Min ^__^

Waktu tengahari pula Pelancaran Bulan Kaunseling oleh YB. Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tak dapat nak ambil gambar sebab saya duduk dibahagian belakang dewan.

Festival Kaunseling dan Majlis Pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2016

Yb. Dato' sempat melawat booth-booth yang ada. Waktu inilah saya bertanya kepadanya, "Dato' boleh kita bergambar?" "Eh, boleh-boleh"

Apa lagi, ye yeah!!

Festival Kaunseling dan Majlis Pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2016
Wah! Sporting giler Dato' hehe

Selasa, 4 Oktober 2016

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur dan Perjumpaan Postcrosser Malaysia

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur, setem, pos malaysia


Masa dulukala, bila orang tanya saya:

Orang: Eh, hobi kau apa ek?
Saya  : Hobi aku kumpul setem

Orang: Eeee peliknya, macam orang tua!
Saya  : (Ternganga dan terdiam)

Situasi di atas bukanlah pertama kali berlaku dalam hidup saya, banyak kali. Bila ramai orang kata saya pelik, saya pun beritahu hobi saya yang lain, menonton tv lah, tidur lah, makan lah, ternak lemaklah. 

Saya pun bertanya kepada diri saya, "eh, pelik sangat ke hobi aku ni?" Kita kan cenderung untuk masuk ke dalam sesuatu kelompok masyarakat. Tak nak bagi orang nampak kita ni spesis pelik. Jadi, selepas itu, saya memang tak beritahu orang bahawasanya hobi saya mengumpul setem.

Tapi keterujaan saya pada setem-setem yang cantik-cantik ini tak boleh nak ditutup. Bila saya mula banyak berjalan-jalan, saya mula membeli poskad-poskad untuk dibawa balik. Tapi, bila dah ada poskad, saya tak tahu nak hantar pada siapa.

Postcrossing Logo

Saya tak ingat macam mana saya boleh terjumpa dengan laman web postcrossing. Melaluinya kita boleh hantar poskad-poskad ke luar negara. 

Jadi, selain daripada setem Malaysia, saya dapat juga tengok setem dan poskad luar negara, best apa!

Pada hari Sabtu yang lalu, saya berkesempatan menghadiri Minggu Setem 2016 di Kuala Lumpur. 

Ada 5 perkara yang berlaku pada hari itu:
1. Pertama kali saya jejak Pejabat Pos Kuala Lumpur
2. Pertama kali saya menghadiri acara besar yang melibatkan hobi saya
3. Pertama kali saya jumpa Ain pengumpul setem yang tegar (yang selama ini kami hanya berhubung melalui Instagram sahaja)
4. Pertama kali menghadiri perjumpaan ahli-ahli postcrossing Malaysia
5. Pertama kali saya tengok, orang ramai giler beli setem dan kena ambil nombor giliran untuk membeli setem, okeh!

Jom kita tengok gambar:

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur
Pertama kali saya tengok kena ambil nombor giliran nak beli setem!

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur dan Perjumpaan Postcrosser Malaysia



Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur
Nampak tak diorang tengah buat apa? 

Saya tengok kenapa ada orang ramai-ramai kat meja ni? Diorang buat apa? Saya pun ambil gambar ni.

Saya   : Buat apa ni?
Uncle : Tampal setem, loh
Saya   : Buat apa? (tampal setem)
Uncle : (senyum je dia) agaknya dia pelik kot dengan soalan saya

Kata Ain, diorang tampal set setem antarabangsa Malaysia yang baru keluar dekat sampul surat hari pertama. Lepas tu, diorang akan dapatkan cop khas sempena minggu setem dan keluaran setem antarabangsa Malaysia yang pertama.

Minggu Setem ini berlangsung selama 7 hari. Jadi, ada 7 cop khas yang berbeza setiap hari. Kalau peminat tegar, diorang akan kumpul 7 cop berbeza tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...