Sabtu, 21 Mei 2011

Arak Terang

            
           Bersama-sama kawanku untuk membeli hadiah perkahwinan, kami ke sebuah pasaraya yang terkenal di Bahau ini. Selepas membuat pilihan, kami meminta supaya hadiah dibalut. Aku pun hendak membeli sesuatu sementara menunggu hadiah dibalut.

            Aku mencapai tin biskut dan ke kaunter bayaran, selesai membayar...

            "Tiada plastik hari ni dik, beg kitar semula adalah, harganya RM1.50"
            "Alamak"
            Sementara aku berfikir samada nak beli beg itu atau menjinjit saja 2 barang yang ku beli,
terdapat 2 orang anak muda berjantina lelaki mungkin dalam belasan tahun memakai topi menuju ke kaunter tanpa membawa sebarang benda untuk dibayar. Aku mendengar:
   
            "Kak..." sambil menunjukkan isyarat supaya ke hujung kaunter

             "Nak yang mana weh?" si A tanya si B
             "Perasa apa sedap ek?"
             "Kak, yang itu berapa ringgit?" sambil menunjukkan jari pada rak kaca.

            Setelah selesai memilih, akak kaunter pun membawa botol tersebut ke kaunter (sambil geleng kepala apabila memandangku). "Tit". Mereka pun membayar RM 5.50 di kaunter tanpa segan silu.

            "terima kasih kak"
            "eh, plastik kak?"
            "tak ada plastik hari ini"
            "adoi, takkan nak bawak macam ni?" kata si A
            "alah, bedal aje lah" kata si B

            Dua anak muda itu pun berlalu dengan muka selamba tanpa rasa malu. Aku pula yang naik malu. Aku pun membuat keputusan membeli beg kitar semula. (agak lama memikir sebab terkejut tengok adegan tadi). Lalu aku ke hujung kaunter untuk melihat apa yang ada di rak kaca.

                                           
                                                                ini bukan gambar betul

            Persoalannya: 
            1) bolehkah jual arak secara terang-terangan?
            2) bolehkah jual kepada muslim?
            3) bolehkah jual kepada budak bawah umur?
            4) kenapa letak  orang muslim sebagai penjaga kaunter arak?

            Dulu, aku tengok orang bukan islam beli arak jenis tin berkotak-kotak - tak kisah
            Sekarang, tengok orang islam beli arak - ngeri 

                                   

Selasa, 17 Mei 2011

Kepercayaanku Dulu dan Kini

           Abah aku selalu beli surat khabar hari-hari. Surat khabar kegemarannya ialah Berita Harian. Biasanya abah akan beli di waktu pagi. Lepas baca sekali di waktu pagi, abah akan belek lagi di waktu malam selepas makan malam. Malamnya pula, jangan buka saluran berita yang lain, hanya tv3.

            Abah kata maklumat itu sangat penting, walhal abah aku bukanlah bekerja di bidang profesional. Tapi dia bersungguh untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam mahupun luar negara. Tabiat itu jatuh pada kami sekeluarga. Mesti baca surat khabar berita harian setiap pagi, kalau baru nak beli pada waktu petang, "baik tak payah beli" itu kata-kata mak. Kalau tengok berita, mesti tv3.

         Bila dah besar ni, dan mempunyai ramai kenalan, kawan aku kata "kita jangan hanya bergantung kepada 1 sumber maklumat saja" maksudnya, ada banyak lagi surat khabar yang lain untuk kita tambahkan maklumat. Sebab itu aku tengok dia beli banyak surat khabar dalam 1 hari. Hemmm, ada juga benarnya. Aku pernah terbaca berita yang sama, dalam surat khabar ini, ada maklumat ini, surat khabar itu pula tiada.

           Tapi keluarga aku tetap beli 1 surat khabar sahaja, mak dan abah kata mereka dah biasa dengan Berita Harian. 

            Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah, kita janganlah terlalu percaya dengan apa yang terpampang di dada akhbar 100 % tanpa ada pertimbangan akal yang wajar. Membaca tanpa ada analisa (percaya bulat-bulat) sesuatu yang perlu dielakkan. Fungsi akhbar adalah sebagai medium penyebaran berita yang sebenar dan juga secara tidak langsung mendidik masyarakat berilmu. Fungsi ini perlulah berfungsi dengan sepenuhnya.

            Syabas kepada Berita Harian kerana telah menjadi pilihan keluarga kami ^_^
         

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru


              Selamat Hari Guru kepada semua guru aku sejak kecil hingga dah besar sekarang ni:

              1) keluargaku
              2) cikgu-cikgu sekolah tadika di Jalan Batu 4, Sembrong, Kluang thn1989
              3) cikgu-cikgu Sek. Ren. Keb. Batu 3, Kluang tahun 1990-1996
              4) cikgu-cikgu Sekolah Agama Kampung Tengah, Kluang tahun 1992-1999
              5) cikgu-cikgu SMK Tengku Aris Bendahara, Kluang 1996-2000
              6) cikgu-cikgu SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang 2001-2003
              7) pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2003-2007
              8) Kakitangan Penjara Kluang 2007
              9) cikgu-cikgu SMK Teknik Gombak 2008
              10) pensyarah Universiti Islam Antarabangsa 2008
        11) dan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberikan aku ilmu              berharga dari kecil hingga sekarang

Sabtu, 7 Mei 2011

Tabiat Buang Sampah Merata-rata Tempat - Aku Geleng Kepala


           Adakah anda tergolong dalam golongan yang waras ketika membaca entri ini? Harap semua orang waras ye. Kalau anda waras, tentunya anda tidak termasuk dalam golongan yang suka membuang sampah sesuka hati di merata-rata tempat.

       Aku bukanlah lahir dalam keluarga yang sangat menjaga alam sekitar, tetapi abah aku selalu mengingatkan bahawa jangan ada sampah yang keluar dari bas (ketika ini abah masih belum mempunyai kereta) dan juga tak akan ada sampah keluar dari kereta ketika kami sama-sama menaiki kereta, tak kisahlah sama ada ke sekolah, balik kampung ataupun bercuti.

          Amalan ini pula diperkukuhkan dengan kata-kata guru aku semasa di sekolah. Antara ayatnya kalau membuang sampah di merata-rata tempat "kalau 10 orang macam awak dalam dunia ni, habis jahanam". Masa sekolah pun kita didedahkan dengan tanggungjawab menjaga kebersihan terutamanya kelas. Jadi, wujudlah jadual waktu bertugas.

          Sepatutnya, proses-proses kesedaran alam sekitar yang berlaku di zaman persekolahan sudah pun sebati dan lekat pada diri kita yang sudah pun di akhir remaja ini. Jadi tidak timbul "kurangnya kesedaran sivik". Takkan dah tua pun kena cakap "eh, kau tak boleh buang sampah di sini, buang kat situ haa, dalam tong sampah" Adoiiiiiii (sambil tepuk dahi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...