1. Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)
Sepenuh masa (MBA Umum/MBA dengan Pengkhususan)
- UKM Kampus Bangi
- Isnin - Jumaat
- Bidang Pengkhususan: Kewangan Gunaan dan Pelaburan / Kewangan dan Perbankan Islam/ Pengurusan Organisasi dan Sumber Manusia /Pemasaran
- Tempo Pengajian: 3 - 6 Semester
- Pilihan Pengajian: 1. Aliran CELP
CELP (Corporate Experiential Learning Program) adalah program sangkutan korporat berjangka masa 14 minggu untuk para pelajar semester akhir sepenuh masa di mana mereka bakal menghabiskan tempoh 4 1/2 hari bersama sebuah syarikat dan baki 1/2 hari (tengah hari, Jumaat) di kampus setiap minggu dalam tempoh sangkutan, CELP yang bersamaan 9 jam kredit merupakan alternatif kepada 2 kursus penyelidikan dan 1 kursus elektif yang diwajibkan kepada pelajar yang memilih Aliran Bukan CELP.