Tiket perlawanan akhir laku macam pisang goreng...nampaknya, sukan bola sepak masih ada dalam sanubari rakyat tempatan. Harapnya skuad bola sepak negara akan terus maju...bukan lagi hanya jadi jaguh kampung ^_^
Tentunya kita lebih gembira dan berbangga, jika ramai anak tempatan yang suka dengan jersey skuad kebangsaan daripada skuad antarabangsa....
Kita juga lebih gembira, jika menang di stadium sendiri-Stadium Bukit Jalil ^_^
Akhir kata, majulah sukan untuk perpaduan rakyat Malaysia ~~
Penafian: Blog ini adalah laman peribadi dan tidak menggambarkan pandangan pihak majikan
Sabtu, 30 Oktober 2010
Isnin, 25 Oktober 2010
Dah Masuk Musim Hujan Ke Ni?
Hari Sabtu yang lepas, aku ke Jaya Jusco diiringi dengan hujan yang tidak henti-henti. Waktu balik dari sana ke Bahau pun hujan tidak henti.
Hari semalam, hujan lebat dari petang sehinggalah ke malam...menyebabkan aku malas hendak keluar makan, dan makanlah apa yang ada di rumah....huhu..
Hari ini, mengikut jadual, ada aktiviti Ikhtiar Hidup-masak telur dalam tanah. Dengan keadaan tanah yang lembap dan ranting-ranting kayu yang basah, aktiviti ini diteruskan juga.
Sebelah petangnya, hujan renyai-renyai...apakah sudah masuk musim hujan??? Alamak baju tak keringlah jawabnya..huhu
Harapku, hujan akan memberikan seribu satu rahmat kepada makhluk seluruh alam ^_^

Ahad, 24 Oktober 2010
Aku Tak Pernah Merasa Lawatan Sekolah Sehinggalah...
Aku rasa ada dikalangan anda semua yang pernah merasa lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah masa bergelar pelajar dulu. Aku tak pernah pun merasa nikmatnya lawatan dengan kawan-kawan sekolah sehinggalah aku berada di Tingkatan 6 (aku lupa pulak sama ada tingkatan 6 rendah atau 6 atas) memang jenis pelupa lah aku ni...ish ish ish.
Kenapa ye aku tak pernah pergi lawatan sebelum tingkatan 6? Sebabnya abah aku tu jenis yang terlalu lah penyayang nak lepaskan aku si anak intan payungnya (ceh wah) untuk pergi berjalan-jalan...lagi satu, mungkin juga disebabkan faktor kewangan yang tidak mengizinkan aku pergi.
Kenapa aku dapat pergi pula masa berada di Tingkatan 6? Sebab masa itu, aku adalah ahli Kelab Pengguna. Kelab Pengguna (kalau tak silap akulah) yang menganjurkan lawatan ke Muzium Abu Bakar Johor. dan mungkin juga, waktu itu, faktor kewangan juga mengizinkan aku pergi. Masih tersimpan rapi, gambar-gambar kenangan rombongan ini. Tapi tak boleh nak di upload di sini sebab aku tiada scanner. Almaklumlah, zaman dulu-dulu mana ada kamera digital.
Best tau sebenarnya, jika kita mengikuti rombongan sekolah, bayarannya berpatutan dan ada cikgu yang sentiasa pastikan keselamatan kita. Berseronok dengan kawan-kawan, menimba pengalaman yang baru, tentunya akan memahat kenangan yang terindah ^_^
Sabtu, 2 Oktober 2010
Debaran PMR...
Sudah lama tidak menulis di ruangan ini. Entah apa yang di sibukkan sangat agaknya...huhu. Tapi yang pastinya debaran PMR sangat terasa. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, PMR akan menjelma.
Sepertimana juga para pelajar, cikgu-cikgu juga, aku rasa pasti tidak dapat lari dari merasakan debaran yang sama. Harapanku, semoga semua pelajar dapat mencapai kecemerlangan dan meningkatkan ranking sekolah. All the best. Insyaallah :)

Langgan:
Catatan (Atom)