Assalamualaikum dan hai!
Pada 12 Januari 2019 (semalam), genaplah sedekad saya bertugas sebagai kaunselor di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad.
Kagum!
Saya kagum dengan diri saya sendiri. Boleh gitu? Haha!!
Mengimbas kembali sedekad yang lalu, masih segar dalam ingatan saya, ketika saya pertama kali menjejakkan kaki di Negeri Sembilan.
Saya tiada sesiapa pun di Negeri Sembilan. Tiada kawan, mahupun saudara mara.
Waktu pertama kali sampai ke Seremban, Negeri Sembilan, memang terkejutlah. Alamat-alamat di Negeri Sembilan semua pendek-pendek. Lagi satu, tiada bangunan tinggi-tinggi pada waktu itu.
Selepas daftar diri di JPNS, saya terus ke sekolah, pada ketika itu namanya Sekolah Menengah Rendah Agama Jempol (SMRAJ), atau lebih dikenali dengan nama Sekolah Agama Jambu Lapan.
Susah betul cari sekolah ini, walaupun terletak di tepi jalan raya utama, tapi masih terlepas pandang. Zaman itu, belum ada lagi Google Maps di telefon bimbit (saya belum guna telefon pintar)
Saya masih ingat lagi, waktu itu saya pakai baju kurung warna oren dan bertudung warna hitam. Kebetulan masa saya sampai itu, Negeri Sembilan sedang berkabung (jadi sesuai lah pakai tudung hitam hehe).
Selepas lapor diri di sekolah, saya teruskan pula misi mencari rumah sewa. Pusing punya pusing, dapatlah rumah sewa di Taman Satelite 2. RM400 sebulan. Mak bayarkan dulu sedebuk RM1000. Rumah kosong tiada apa-apa. Waktu itu, Allah sahaja yang tahu macam mana perasaannya bila umur dah tua pun, masih harap mak dengan abah lagi, (ok, mata masuk habuk.