Program: Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014
Anjuran: Pejabat Kesihatan Daerah Jempol
Tarikh: 02 Oktober 2014
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 Petang
Hari ini saya menghadiri Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014. Banyak informasi baharu yang saya dapat hari ni. Ada juga info yang saya sudah pelajari sebelum ini (kiranya macam ulangkaji lah, dah tua, banyak yang tak ingat).
Ini adalah kali pertama saya menghadiri bengkel di Bilik Mesyuarat Zamrud ni. Cantik. Saya bersama rakan duduk di hadapan sekali betul-betul bertentangan dengan penceramah. Ceramahnya sangat padat dan sendat penuh dengan info-info yang berguna untuk guru.
Ceramah tentang remaja
Ceramah tentang masalah sexualiti remaja.
Tahukah anda, jika seseorang remaja itu melakukan hubungan seks umurnya 16 tahun dan ke bawah, boleh dikenakan penjara minimum 5 tahun. Tak kiralah suka sama suka ke, dikira sebagai rogol. Ada kaunter khas disediakan di hospital untuk membuat aduan kes rogol.
Ada juga penerangan tentang Soal Selidik BSSK dan Soal Selidik DASS, tak sempat nak ambil gambar penceramahnya.