Rabu, 19 Ogos 2015

7 Kesilapan Murid Ketika Menjawab Kertas Peperiksaan

7 kesilapan, kesilapan, peperiksaan

Minggu ini, saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan bagi Ujian Penilaian 2. Berikut ialah 7 kesilapan murid ketika menjawab kertas peperiksaan dari pemerhatian saya sendiri:

1. Mengantuk
    Masalah besar. Bila dah mengantuk memang fikiran jadi bercelaru. Susah nak recall pelajaran yang lepas.

2. Tertidur
    Memang malang kalau tertidur. Hantar kertas yang tak siap. Kalau dikejutkan oleh pengawas peperiksaan tak apa, kalau tak, memang harulah.

3. Menulis jawapan dengan menggunakan pensel
    Bagi kertas soalan berstruktur, ini sememangnya menjadi kegemaran. Murid menulis dahulu dengan pensel (kononnya tak pasti jawapan yang ditulis itu benar atau tidak) dan kemudian menulisnya semula dengan menggunakan pen. Dah jadi satu kerja nak padam dan tulis balik dengan pen! Kalau banyak masa takpe, kalau masa tinggal nyawa-nyawa ikan?? Hurmmm.


4. Keliru
    Antara kesilapan murid ketika menjawab kertas peperiksaan ialah mudah keliru dengan perkataan yang seakan-akan seperti Malaikat Izrail dan Malaikat Israfil, perjanjian-perjanjian dalam subjek Sejarah, terma-terma dalam subjek Sains dan seumpama dengannya.

5. Tak habis baca soalan dah jawab!
    Saya tak pasti kenapa ini berlaku, gopoh! Kalau jawapan betul takpe, ni jawapannya salah. Habis cepat tak semestinya awak hebat!

6. Tak buat rangka jawapan
    Bagi soalan esei, kenalah ada pendahuluan, isi dan penutup. Ni tidak, main tulis je, lepas tu isi berulang-ulang. Apa yang ada dalam kepala tak disusun dahulu. Kasihan cikgu yang menanda kertas. Poning!

7. Tak baca soalan Bahasa Inggeris
    Apabila ada soalan dwi bahasa, murid hanya membaca soalan Bahasa Melayu sahaja. Kadang-kadang soalan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris tidak ditulis dalam Bahasa Melayu. Jadi, kena baca juga soalan Bahasa Inggeris tu.

7 kesilapan, kesilapan, kertas peperiksaan, exam, peperiksaan

19 ulasan:

  1. hehe lagi satu, keluar awal dari dewan peperiksaan :D

    BalasPadam
  2. info ini mesti nak bagi tahu dengan anak nie..

    BalasPadam
  3. uncle zuan: ha, betul tu
    Hero Borneo: tolong sebarkan info ni

    BalasPadam
  4. Info yang bagus ni. Anak saya suka baca soalan tak.habis pastu ada yg skip soalan pun ada

    BalasPadam
  5. raihanah: bila baca soalan tak habis, memang takkan menjawab persoalan sebenar

    BalasPadam
  6. ngantuk tu mmg xleh lari dah hahaha... sebab study last minutes

    BalasPadam
  7. lagi satu, study sampai awal pagi

    BalasPadam
  8. ya..memang teringin nak sebarkan juga supaya ramai lagi yang tahu.

    BalasPadam
  9. nice tips... saya kelemahan dulu malas nak cek jawapan semula.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cek jawapan dapat elakkan kehilangan markah yang serius

      Padam
  10. Tak faham kehendak soalan ... lain orang tanya lain yg dijawabnya. Alahai, macam 2 hari lepas ... dalam soalan dinyatakan sehari suntuk, tapi ada yang buat catatan 4 hari . Grrrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak2 memang suka gitu, lain ditanya, lain pulak yang dijawabnya!

      Padam
  11. Masa student dulu memang ada juga kelam kabut nak menjawab soalan..

    BalasPadam
  12. Tak baca soalan sampai habis anak lelaki Mrs. A selalu wat benda nih! Kononya soalan senang pastu bila soal selidik jawapan standard Along ingatkan...apa ingat-ingat makan pengat lerrr... buat rugi markah jerr

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...