Memaparkan catatan dengan label segmen dan giveaway. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label segmen dan giveaway. Papar semua catatan

Isnin, 1 Januari 2024

Pemenang November 2023 Giveaway



Salam dan Hai!

Sorry lambat beritahu siapa pemenang November Giveaway.

Minggu akhir sekolah terlalu sibuk, dan selepas itu sakit kepala on off.

Marilah kita raikan pemenang nya!

.

.

.

https://aniesandyou.blogspot.com/2023/11/november-2023-giveaway.html?m=1 

Tahniah Anies! (Anies, komen kat post ini ya, alamatnya)

Ada beberapa perkara yang aku ambil pengajaran daripada penganjuran giveaway ini. Antaranya ialah:

1. Giveaway tidak sesuai diadakan pada musim aku sedang sibuk haha. Memang cacamarba jadinya. Kasihan korang kena tunggu lama.

2. Aku suka suasana penyertaan di blog berbanding di media sosial yang lain. Blog ini kurang penyertaan (walaupun hadiahnya lebih mahal berbanding giveaway sebelum ini) Orang yang komen pun tak banyak hehe. Senang untuk memilih pemenang.

3. Tujuan Giveway ini diadakan bukanlah untuk mengejar populariti, hanya sebagai satu suntikan semangat kepada blogger yang macam aku (sangat slow update blog) haha.

4. Penyertaan diblog yang tak ramai, mendamaikan otak aku bila scroll, maybe sebab aku dah terbiasa komen yang sedikit. Haha! Tapi kan, aku tak tahulah kalau (perasaan aku sahaja), bila aku jalan-jalan ke blog orang lain, memang sekarang tak banyak komen ek?

5. Hadiah utama memang jatuh pada Anies, tapi pada penyertaan yang lain, aku akan beri cenderamata tanda penghargaan sokongan korang terhadap blog ini. Jadi kepada:

a. Ika.S 

c. Cuya

d. Sii Nurul

e. Muhammad Naim Abdullah

tolong tinggalkan alamat korang (komen di post ini) untuk tujuan penghantaran cenderamata. Jangan risau, komen yang ada alamat korang takkan di siarkan di blog ini.
.
Jadi, adakah giveaway di blog akan diteruskan walaupun kurang sambutan? Jawapannya iya dong! Pasti! Haha!
.
Nah, inilah dia penutup tahun 2023, pembuka tirai tahun 2024. Harap semua gembira. Walaupun tak menang hadiah utama, tapi tetap diberi cendemata. Hehe.
.
Semoga tahun 2024 akan jadi tahun yang lebih baik buat kita semua. Selamat tahun baru!
.
Siti Hazreen,
Ada, beri, dapat.

Isnin, 27 November 2023

November 2023 Giveaway

 




Salam, hai korang!

Lama tak update kat blog ni, berhabuk sudah. Puh puh (tiup habuk).

Korang sihat? Harap sihat semua.

Disini aku dengan rendah hati, ingin menjemput korang bloggers di Malaysia untuk menyertai giveaway ini! 

Di bawah ini merupakan syarat penyertaan : 

1. Wajib follow blog ini. Blog mesti open bukan private sepanjang giveaway ini berlangsung.
2. Post gambar poster di atas di blog korang dan backlink kan kepada entri ini.
4. Pilih 1 sahaja design 1g emas Public Gold klik di sini. Tuliskan mengapa korang pilih design itu. Design yang korang pilih inilah yang akan menjadi hadiah giveaway ini.
5. Letak link entri penyertaan korang pada ruangan komen di bawah.


Penerima hadiah:

1. Hanya seorang pemenang sahaja, yang menepati semua syarat diatas.

2. Korang boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Jika ada 10 blog, 10 blog boleh join.

3. Pemenang akan dipilih melalui alasan terbaik (paling kreatif pada fikiran aku) kenapa korang pilih design emas 1g itu. Di PG Mall, di Kedai PG Gold Museum (link yang telah diberikan sahaja), ada macam-macam design 1g, korang pilih lah ya. Ini tidak termasuk design di Aurora Italia. 

4. Contoh: Saya pilih design ini https://pgmall.my/p/T159/2315 kerana ia mengingatkan saya tentang drama Korea yang penuh suspen. Ini contoh sahaja, korang tulislah lagi kreatif daripada ini haha.(mesti ada link design) kalau tak, macam mana nak tahu kan kan kan.

Senangkan? Good luck!

Siti Hazreen,
Ada, beri, dapat!

Khamis, 9 November 2023

Ready For November Giveaway


Semalam keluar makan tengahari bersama kawan-kawan sekolah. Borak punya borak, aku pun keluarkan ayat "dah dua tahun k.rin kat sekolah ni"
.
Ohhhhh kata mereka. Sebenarnya banyak lagi ayat yang keluar tapi aku tak ingat sangat.
.
Tapi ayat yang ini aku ingat "menyesal tak masuk sini?"
.
Hah? Soalan ini memang tak dijangka. KBAT dan tajam betul 😅
.
Aku tergamam, tak tahu nak beri reaksi apa. Aku tak pandai nak beri reaksi...perlu jujur ke? Atau perlu tipu?
.
Aku pun beri jawapan...dan aku rasa itu adalah jawapan selamat.
.
Ntahlah, dua tahun sudah berlalu, rasa macam lama betul di tempat ini. Rasa masa berlalu terlalu lambat. Korang pernah rasa macam tu? Pejam celik pejam celik rupa-rupanya baru dua tahun. Padahal aku rasa macam dah 20 tahun (ngada-ngada sangat).
.
Aku adalah orang yang lambat panas rupanya. Susah nak "break the ice" walaupun selalu buat aktiviti "ice breaking" di sekolah. Haha! Dah pindah tempat kerja, baru aku tahu diri aku macam ni rupanya.
.
Susah nak cakap. Aku ikut je jalan ni. Tak memaksa diri untuk cepat-cepat "break the ice". Hanya enjoy semua situasi walaupun kadang-kadang, terdapat situasi "otak jatuh kat lantai" ketika berdepan dengan orang yang otaknya di lutut 😅.
.
Sempena dengan ulangtahun kedua aku berada di sekolah baharu, aku lancarkan Giveaway suka-suka. Harap korang sudi menyertai. Hadiahnya emas Public Gold 0.5g. Nanti aku update detailnya.
.
Siti Hazreen,
Ada, beri, dapat 💗
.
Ohhhhh kata mereka. Sebenarnya banyak lagi ayat yang keluar tapi aku tak ingat sangat.
.
Tapi ayat yang ini aku ingat "menyesal tak masuk sini?"
.
Hah? Soalan ini memang tak dijangka. KBAT dan tajam betul 😅
.
Aku tergamam, tak tahu nak beri reaksi apa. Aku tak pandai nak beri reaksi...perlu jujur ke? Atau perlu tipu?
.
Aku pun beri jawapan...dan aku rasa itu adalah jawapan selamat.
.
Ntahlah, dua tahun sudah berlalu, rasa macam lama betul di tempat ini. Rasa masa berlalu terlalu lambat. Korang pernah rasa macam tu? Pejam celik pejam celik rupa-rupanya baru dua tahun. Padahal aku rasa macam dah 20 tahun (ngada-ngada sangat).
.
Aku adalah orang yang lambat panas rupanya. Susah nak "break the ice" walaupun selalu buat aktiviti "ice breaking" di sekolah. Haha! Dah pindah tempat kerja, baru aku tahu diri aku macam ni rupanya.
.
Susah nak cakap. Aku ikut je jalan ni. Tak memaksa diri untuk cepat-cepat "break the ice". Hanya enjoy semua situasi walaupun kadang-kadang, terdapat situasi "otak jatuh kat lantai" ketika berdepan dengan orang yang otaknya di lutut 😅.
.
Sempena dengan ulangtahun kedua aku berada di sekolah baharu, aku lancarkan Giveaway suka-suka. Harap korang sudi menyertai. Hadiahnya emas Public Gold 0.5g. Nanti aku update detailnya.
.
Siti Hazreen,
Ada, beri, dapat 💗

Selasa, 4 Januari 2022

Giveaway Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran

 








Assalamualaikum dan hai kawan-kawan, ada 3 design emas Public Gold (0.5g bernilai RM180) untuk dipilih oleh seorang pemenang!
.
Hanya perlukan:
1) FOLLOW Instagram @sitihazreen
2) LIKE post ini di instagram
3) COMMENT Nak (design A, design B atau design C). Pilih satu design sahaja. 
4) TAG sekurang-kurangnya 3 orang kawan/keluarga.
5) SHARE post ini di IG story korang dan tag @sitihazreen jika IG public, jika IG private, screenshot IG story dan DM @sitihazreen
.
Syarat:
1) Giveaway ini hanya terbuka kepada penduduk Malaysia sahaja.
2) Pemenang akan dipilih secara random
3) Pemenang akan diminta untuk memberikan detail bagi tujuan penghantaran hadiah.
.
Itu sahaja! Giveaway ini dibuka sehingga 06 Januari jam 11.59 malam.
.
Pemenang bertuah akan diberitahu pada 07 Januari 2022. 
.
Good luck! 😉
.
Siti Hazreen,
Ada, beri, dapat.

Isnin, 3 Januari 2022

Giveaway Pertama 2022

 


Assalamualaikum dan hai kawan-kawan,

Esok, bersempena dengan ulang tahun kelahiran saya, saya akan lancarkan satu giveaway melalui platform Instagram sitihazreen

Maklumat lanjut akan saya beritahu esok.

Tunggu ya!

Ahad, 2 April 2017

Hadiah Top Komentator Bulan Mac 2017

Yep, tajuk itu betul.

Tak payah gosok mata. Haha!!

Memang tidak diwar-warkan.

Saya saja je nak bagi hadiah.

Hadiahnya ialah berupa sekeping perak/silver cun melecun (edisi terhad) Zodiac Monsters Capricorn.

Untuk tengok dan beli koleksi perak, silver dan dirham saya yang lain, boleh ke entri ini http://akuseorangkaunselor.blogspot.my/2017/03/koleksi-peraksilverdirham-untuk-dijual.html





Ahad, 8 Januari 2017

Giveaway India & Tahun Baru by Dyllarezan



What? OMG!!!

Ini yang perkataan pertama yang keluar dari hati saya. Eh, macam mana tu?? Haha

Okeh, tarik nafassssss...

India weh, India!! Ini adalah negara idaman saya! Saya nak pergi India. Sahabat-sahabat rapat memang tahu dah saya memang mengidam nak pergi India.

Akhirnya saya dapat baca di blog pasal India kat http://dyllarezan.blogspot.my/

Sebelum ini, saya ada baca buku Namastee India oleh Siti Noridah Ab. Rahaman, habis dibaca dalam masa 1 hari maaa hehe.

Ok, tak nak cerita pasal impian saya ke India. Jom join segmen di atas. Klik banner untuk join.

Serius, kalau saya tak menang pun takpe, saya memang nak baca pasal India. Kalau menang bonus lah weh hehe!!

Ahad, 18 Disember 2016

AsyaAmin - Fixed Bloglist Segment


Pagi ini, oppss, tengahari ini, rasa nak join segmen. Jadi, jumpalah segmen ini (di atas).


Tarikh mula : 17/12/2016
Tarikh tamat: 23/12/2016

Jom ramai-ramai kita join ^__^

Klik banner untuk join!

Khamis, 1 Disember 2016

Hadiah Kepada Top Komentator 2016 - Emas Public Gold


Siti Hazreen
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764

emas, public gold, emas public gold, top komen

Emas keluaran Public Gold 24 karat gred 999 0.5g (edisi terhad)

Okeh, dah masuk bulan Disember. Kejap saja kan? Pejam celik, pejam celik dah hujung tahun. Tahun depan 2017 pulak

Macam mana keadaan ekonomi Malaysia tahun depan? Atau, lebih tepat kalau tanya, "macam mana keadaan poket kita tahun depan?"

Jadi, seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, boleh klik sini saya nak hadiahkan kepada seorang top komentator 2016 di blog ini dengan emas Public Gold 24 karat bersamaan gred 999 seberat 0.5g edisi terhad (fuhhhh siapa baca dengan satu nafas memang hebat) haha!!

Entri yang diambil kira untuk di komen ialah semua entri yang ditulis pada tahun 2016. Kalau tahun lain, ia tak dikira dalam sistem.

Isnin, 7 November 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel


Boleh dikira dengan jari jemari tangan, (tak masuk jejari kaki sebab kalau masuk jejari kaki dah kira banyak lah) hanya beberapa kali sahaja saya join giveaway nih. Eh! ke tak pernah join langsung? Ntahlah, tak ingat!

Tapi terminat pulak nak masuk giveaway yang ini mungkin sebab ada perkataan "jari" kot! haha!!

Jom tengok saya join giveaway apa:




Ok, jom kita beramai-ramai meriahkan giveaway ini! Klik gambar untuk join ^_^

p/s: Saya tak pasti ntah betul ntah tidak cara saya tulis entri ni...komen sket Jari Manis sambil (garu kepala)

Jumaat, 4 November 2016

Tahniah Kepada Pemenang Top Komentator Oktober - Simkad Onexox




Ok, dah masuk November, kejap je kan? Tak sabar nak cuti sekolah! Eh! Boleh gitu haha!!

Mari nyanyi lagu Menghitung Hari - Krisdayanti

Aip! Bukan nak cerita pasal cuti daaa...nak cerita pasal pemenang Top Komentator Oktober, yeah!! Boleh rujuk entri ini.

Jadi siapa yang menang?

Jeng
Jeng
Jeng
Jeng

Penulis blog Dear Anies

Seperti yang dijanjikan, pemenang Top Komentator Oktober akan menerima sekeping simkad Onexox yang berharga RM10. Penerima hadiah boleh pilih samada nak kekalkan nombor telefon lama atau simkad nombor telefon yang baharu. 

Dalam simkad Onexox ini, telah sedia ada kredit RM5 ye. 

Kelebihan Onexox:
1. Kadar panggilan yang murah
2. Tempoh aktif sim kad 2 tahun 4 bulan
3. Internet yang laju (4G Lte)
4. Patuh syariah (tiada cas tersembunyi)
5. User Get User (komisen 6%)

dan macam-macam lagi.

Sabtu, 15 Oktober 2016

Hadiah Untuk Top Komentator Oktober dan Top Komentator 2016

onexox,hadiah,emas,public gold, top komentator,

Hai, Assalamualaikum!

Saya dah lama teringin nak beri hadiah kepada mereka yang sudi tinggalkan komen yang bernas dalam setiap entri saya.

Setelah puas menggodek blog saya beberapa hari, akhirnya saya berjaya memasang widget Top Komentator Oktober dan Top Komentator 2016. 

Bagi widget Top Komentator Oktober saya mendapat tips daripada sifu saya iaitu Sifu Hasrul Hassan manakala bagi widget Top Komentator 2016 saya rujuk di sini

Memang menguji kesabaran betul, bila buat dua benda ni iaitu Top Komentator Oktober dan Top Komentator 2016.

Alhamdulillah saya berjaya juga akhirnya. Jadi, melalui entri ini, saya nak beri hadiah kepada Top Komentator Oktober iaitu sekeping simkad Onexox yang berharga RM10. Penerima hadiah boleh pilih samada nak simkad kekal nombor telefon lama atau simkad nombor telefon yang baharu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...