Rabu, 14 Jun 2017

Penipuan Tunggakan Pinjaman Peribadi (Personal Loan) di Hong Leong Bank

Hong Leong Bank Logo


Hai, sorry dah lama tak mencoret.

Laptop rosak. Huhu

Hari ini ada benda penting nak maklumkan pada korang.

Saya bukan nak mempromosikan pinjaman peribadi atau personal loan ye.

Pada hari Isnin 12/06/2017 dalam pukul 6:20 petang, saya telah dihubungi oleh Hong Leong Bank. Nombornya: 03-76268899.

Kebetulan, pada waktu itu, saya sedang menantikan panggilan telefon (urusan penting).

Jadi, tanpa fikir panjang, saya terus mengambil panggilan telefon tersebut. Perbualan telefonnya lebih kurang begini:

Telefon: (Ada rakaman suara) yang mengatakan ianya adalah dari Hong Leong Bank.

Saya fikir ini mesti nak jual insurans nih. Tapi saya layankan jugak.

Telefon: (rakaman suara) Adalah dimaklumkan bahawa puan telah ada tunggakan pinjaman peribadi (personal loan) di Hong Leong Bank selama 3 bulan.

Saya: Hah??

Telefon: (rakaman suara) Sekiranya anda ingin bercakap dengan pegawai kami, sila tekan butang _______ (saya tak ingat nombor berapa)

Waktu itu saya memang sangat marah. Sebab saya memang tak pernah ada pinjaman peribadi atau personal loan di Hong Leong Bank.

Oleh kerana, saya nakkan kepastian, lalu saya pun tekan butang yang seperti diberitahu oleh mesin suara itu.

Setelah saya disambungkan kepada pegawai yang bertugas:

Lelaki: Puan, puan ada tunggakan 3 bulan pinjaman peribadi (personal loan) di Hong Leong Bank ye. Bila nak bayar ni puan? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...