Sabtu, 15 Januari 2011

Aku Tak Nak Lap DARAH Kau MAL !!

           Semalam, aku memandu ke Kluang, menggunakan jalan Bahau-Gemas-Segamat-Kluang. Perjalanan dimulakan dengan diiringi hujan yang agak lebat. Setelah singgah makan sebentar di Stesen Keretapi Gemas, hujan mulai reda.

            Perjalanan lancar (ingatkan akan jam sebab semalam Negeri Sembilan cuti) rupa-rupanya tak jam langsung. Alhamdulillah. Tiba di jalan yang agak luas, (aku lupa jalan apa), ada 2 buah motosikal didepan kereta aku, yang jalan beriringan, mula-mula tu nampak ok saja, lepas tu diorang buat aksi :
             Dia ingat cantiklah tu tonggeng punggung dia?? Aku biarkan lagi lepas tu buat macam ni pula:

            
              Ha, yang ni memang aku tak boleh terima sebab:

             1) Kalaulah 2 motor tu berlaga, dua-dua tercampak sebelah kiri takpe, motor berkecai, kepala pecah takpe, tapi kalau motor tu tercampak sebelah kanan?? Jatuh atas kereta aku? Mayat (aku jangka, kalau dah tercampak badan atas kereta aku, pasti dah jadi mayat kan?) Kepala dan isi perut serta darah meleleh (bukan seorang, dua orang pula tu) dahlah kereta aku ni belum basuh lagi, kau pula nak basuh dengan darah kau??

             2) Lepas tu pergi balai, dan orang tuduh aku langgar kau? Mak bapa kau tak puas hati, lepas tu tanya aku ada lesen tak, aku ada road tax tak?

             3) Kau akan tinggalkan kenangan pahit dan trauma untuk aku...

         Tak boleh jadi ni, aku pun memotong kedua-dua buah motor tadi, sebelum potong, aku pun hon banyak kali sebagai tanda isyarat aku nak potong (dan juga untuk melahirkan kata-kata "kau jangan mati atas kereta aku, kau mati atas jalan tak pe,ok) sempat juga aku tengok mat motor ni, diorang megah sambil ketawa hahaha...(iyelah bang, ketawa banyak-banyak, nanti tak boleh ketawa pula) hahahah..

             Salah satu nombor pendaftaran motor itu ialah MAL, cuba awak semua tengok nombor pendaftaran motor masing-masing~~

Isnin, 10 Januari 2011

Pn. Ramlah Binti Salleh - Pengetua Humanistik

          
           Hari ini adalah hari bersejarah, di mana pengetua sekolah Pn. Ramlah Binti Salleh bersara dari perkhidmatannya. Tarikh sebenar ialah pada 01 Januari 2011, tetapi surat baru diterima 08 Januari 2011 yang lalu.

           Terdengar khabar-khabar angin tentang persaraannya tetapi hati masih buat tak tahu (buat bodoh saja) sehinggalah baru pagi tadi nampak depan mata, pengetua mengemas biliknya. Hati terasa sayu dan nak menangis sebenarnya tapi ditahan bila pengetua meminta gambar-gambar kenangan dimasukkan ke dalam pendrive-nya.    

          Mengimbas kembali sewaktu aku mula bekerja pada Januari 2009, pengetua adalah seorang yang bersifat humanistik - kemanusiaan yang terlalu tinggi. Tak dapat diluah dengan kata-kata betapa beliau seorang yang sangat mengambil berat (tak salah kalau dipanggil 'bonda'). Walaupun ada juga terdengar di sini sana tentang kelemahannya (yelah insan biasa kan) tapi aku berfikiran positif - fikirkan satu sahaja kebaikannya dan lupakan yang lain (kelemahannya).

           Aku selalu percaya, setiap kebaikan pasti dibalas kebaikan walaupun kadangkala balasan itu lambat datangnya. Kepada Pn. Ramlah Binti Salleh - Selamat Bersara - Semoga ALLAH memberkatimu. Amin

Ahad, 9 Januari 2011

RM6

           
           Hari ini aku keluar makan (tak tahu nak cakap samada sarapan atau makan tengah hari) di luar (di salah sebuah kedai nasi ayam terkenal di sini. Sampai di kedai, aku pun membuat pesanan makanan. Ehmm, nasi ayam 1 dan teh O panas 1. Jam menunjukkan angka 10.50 pagi. Hahahahahaha

            Setelah selesai makan, aku pun pergi ke kaunter.
            "Berapa bang?"
            "RM6"
            "ha?" aku tak tahu samada ini respon terkejut atau respon minta ulangan suara...
            "RM6, tahu kan nasi ayam dah naik"
            "Tak tahu pula, berapa harga nasi ayam?"
            "RM5, air teh O panas, masih kekal RM1"
            "Owh, ok"

            Aku pun berlalu dan terus masuk ke kereta, sambil memegang stereng kereta dan berkata "RM6?"
             

           

Selasa, 4 Januari 2011

Bila Hari Lahir jatuh pada Hari Orientasi Sekolah

           Sejak jadi guru, taklah rasa best sangat bila sambut hari lahir...sebabnya aku sibuk dengan hari orientasi pelajar baru, dan semua rakan-rakan yang jadi guru juga sibuk terutama yang jadi Guru Bimbingan dan Kaunseling, masing-masing mengendalikan hari orientasi di sekolah masing-masing.

           Tahun ini bertambah tugas pula sebagai warden sepenuh masa. Hari-hariku jadi semakin padat. Tetapi, bertambah ucapan hari lahir daripada pelajar-pelajar asrama pula. Sesuatu yang tidak disangka tetapi menjadi sangat istimewa.

          Sambutan daripada rakan setugas sangat dihargai, walaupun masing-masing sibuk dengan P&P dan tugas-tugas perkeranian. Apa-apa pun, aku sangat berharap semoga Allah mempermudahkan jalanku dihari-hari yang mendatang. Insyaallah

Isnin, 3 Januari 2011

Tahun Baru...Azam Baru 2011


            ~ Dah masuk tahun baru 2011, rasa macam sekejap sahaja berlalu tahun 2010 ~

            ~ Tahun baru dikaitkan dengan azam baru ~

            ~ Walaupun sedar, azam tahun lepas masih belum tercapai ~

            ~ Orang nak buat azam, aku pun nak azam, lepas tu, azam tinggal azam hehe~

            ~ Azam tahun ini ialah nak menulis dengan lebih aktif, entry tahun ini mesti lebih daripada tahun lepas ~

            ~ Insyaallah ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...