Ahad, 29 Januari 2012

Tawaran Sebagai Pegawai Kadet UPNM

                             
Adalah dimaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa calon lepasan SPM (menggunakan keputusan percubaan SPM tahun 2011) dan warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

Muat turun maklumat lanjut di sini.
Tarikh tutup : 31 Januari 2012

Sumber: web

Sabtu, 28 Januari 2012

Bila Kereta Cikgu Jadi Ambulans

                              
Aku ditugaskan menjaga asrama, lebih spesifiknya asrama perempuan untuk 3 hari 2 malam bermula semalam. Kenapa? Sebab wardennya ada hal penting yang perlu diuruskan, jadi aku menggantikan tempatnya buat sementara. 

Seperti kebiasaannya, (aku pernah jadi warden sepenuh masa pada tahun lepas) bila aku tinggal sekejap sahaja, akan ada hal yang mendatang (selalu buat aku cemas). Tak terlepas juga pada hari semalam. 

Setelah makan malam, aku ke kedai untuk membeli barang. Tiba-tiba ada panggilan telefon daripada pengawal keselamatan sekolah. Masa ni, aku dah rasa tak sedap hati...kedengaran suara pelajar perempuan bercakap:

        "cikgu, ada budak sesak nafas"
        "ha?, kejap lagi saya sampai"

Nasib baiklah kedai yang aku pergi itu dihadapan sekolah saja.

        "Mana budak tu?" mereka pun membawa budak yang sesak nafas tu kepada aku.
          "Awak sakit apa?"
          "Tak tahu"
       "Ok, duduk dulu dalam kereta, saya nak ambil buku catatan ke klinik" (setiap pelajar yang dihantar ke klinik dicatat dalam sebuah buku untuk direkodkan)

          "Cikgu, budak ni tak bawa IC" kata seorang pelajar mengingatkan aku. Nak bawa ke klinik mesti ada IC
           "Alamak, sekarang dah pukul 8.10 malam, kejap lagi klinik tutup" kataku
           "Awak tolong saya, tolong ambilkan IC dia ya" aku meminta tolong seorang pelajar ambilkan IC budak tadi. Pelajar perlu melalui padang untuk ke asrama. Ini yang memakan masa.

Aku pun pergi ke tempat pengawal keselamatan untuk mengambil buku catatan. Aku terdengar bunyi uuuwekkk, budak yang duduk dalam kereta itu tadi muntah di atas jalan. Alamak, kes serius ke? Bila IC dah ada, kami pun bergegas hantar dia ke klinik. Dalam perjalanan tu, aku terdengar bunyi halus (macam bunyi semput) macamana aku tahu? Sebab aku pun ada semput :) Aku juga terbau sesuatu yang busuk dan aku terfikir mungkin bau muntah budak itu.

Nasib baik klinik belum tutup. Setelah selesai rawatan kepada budak itu, kami pun balik ke sekolah. Bila keluar dari kereta, aku masih terbau sesuatu yang busuk. Takkan lah budak tadi dah keluar pun masih bau? Aku jadi hairan. Rupa-rupanya budak itu termuntah dalam KERETA AKU, huwwwwwwwaaaaaa. Aku sendiri belum pernah termuntah dalam kereta aku. Huhu. Habis pintu sebelah kiri aku dengan muntahnya. Mungkin dia tak sempat buka pintu, separuh muntahnya bertapa di pintu.

Aku mengelap pintu itu dengan sebungkus tisu. Oleh kerana malam, aku tak nampak sangat. Bau dia - Masyaallah, dah lah aku tengah pening kepala, terus saja rasa nak muntah. Serius, aku tak tipu. Aku juga mengambil sedikit sabun pencuci pinggan mangkuk di kantin tapi masih tak hilang.

Malam tadi semua pelajar berlatih nyanyi lagu sekolah. Siap jurulatih yang ajar nyanyi tu pun cakap: "patutlah abang bau busuk sangat" bila kereta aku lalu sebelah dia. Uuuuwwwaaa sedih gila.

                             
Pagi tadi, masa aku masuk dalam kereta, ya Allah bau dia, dahsyat betul. Aku pun pergi membeli Febreze dan pewangi kereta. Biarlah berapa mahal pun, aku sanggup beli asalkan keretaku kembali bau seperti sedia kala.

                                 


Sabtu, 21 Januari 2012

Tawaran Permohonan Ke Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) 2012

                                          
Tentera Darat Malaysia mempelawa pelajar-pelajar lelaki lepasan PMR untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Vokasional selama 2 tahun di Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD), Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebuah sekolah berasrama penuh, lengkap dengan semua kemudahan yang disediakan secara percuma. Anda juga akan diberikan ealaun bulanan dan setelah tamat pengajian, anda akan terus diberikan pekerjaan yang tetap dalam Angkatan Tentera Malaysia.


Sila lihat untuk maklumat lanjut.


Tarikh temuduga: 26 Januari 2012
Tempat: Sekolah Pertukangan Perantis Tentera           Darat (SPPTD), Kem Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
No. Telefon: 03-21753000 sambungan 3175 atau 3178


Sumber: dari Utusan Malaysia dan web
                      



Selasa, 17 Januari 2012

Selamat Tinggal Sakit Gigi

                             

Aku mengalami sakit gigi geraham sejak 4 bulan yang lepas (kalau tak silap lah). Tapi sakit yang ku alami paling teruk pada malam tadi. Susah betul nak tidur. Adoiiii, dan aku bertekad nak pergi klinik gigi keesokannya.

Kisah sebelum ke klinik
  • Aku seorang yang sukakan makanan, bila sakit gigi, hilanglah nikmat makanan itu..uwaaa sedih betul.
  • Mulanya nak pergi pada bulan Disember 2011, tapi bila tak rasa sakit sangat, hasrat itu ditangguh.
  • Balik dari satu mesyuarat, gigi aku berdenyut-denyut, dan aku pun membaca mengenai gigi di beberapa blog dan menonton video pasal gigi di youtube. Fuhhhh...agak mengerikan, ok.
  • Bila aku tengok gigi aku dicermin, dan menggunakan lampu suluh, barulah aku perasan, gigi gerahamku yang pernah ditampal dulu, telah pecah sedikit dibelakangnya. Sejak bila ia pecah, aku pun tak tahu.
  • Bila tanya kawan-kawan, rupa-rupanya bukan aku seorang saja yang sakit gigi, tapi ramai...haha sungguh tak sangka :)
  • Bila tanya kawan A: "kita tahan saja, kalau sakit, kita cungkil makanan yang tersekat/termasuk dalam gigi." Tapi aku fikir, takkan setiap masa nak cungkil kan...kalau dalam mesyuarat ke...mak aiii
  • Bila tanya kawan B: "kita tahan saja, makan ubat tahan sakit". Tapi aku fikir, ubat tahan sakit ni, sementara sahaja, ibarat ada masalah, kita lari dari masalah tu buat sementara, sedangkan masalah itu belum lagi selesai..
  • Bila tanya kawan C: "dah tak boleh tahan, cabut sahaja, tak sakit pun.." 
  • Semalam, aku lalu dihadapan farmasi, aku pun masuk dan bertanya tentang ubat sakit gigi, doktor nak bagi 3 jenis ubat dan harganya RM20. Terus tak jadi beli, sebab harga tu sama dengan cabut gigi. 
Hari ini, aku pun pergi ke klinik yang kawan C pergi, di Kuala Pilah, iaitu Klinik Gigi Cheng. Sebelum ke klinik, aku alas perut dengan minum oat. Tak selera nak makan yang lain-lain.

Kisah Semasa Di Klinik Gigi Cheng
  • Aku pergi ke klinik yang kawan C pergi. Susah juga nak cari klinik ni, mungkin sebab aku bukan orang Kuala Pilah, pening juga...
  • Setibanya di klinik, aku terkejut tengok ramai orang di klinik, aku adalah orang yang ke-7 huhu.
  • Aku pun duduk sebelah aunty Cina. Keluar seorang makcik dari bilik doktor, terus ke kaunter untuk bayar. Makcik tu pun tanya aku, nak buat apa? Cabut ke tampal? Aku jawab, ntah lah...Makcik tu dia cabut gigi, siap bagitahu lagi kat aku, selagi boleh tampal tu tampal lah...
  • Aku terdengar perbualan remaja perempuan: "Adik nak buat apa?"

     "Nak check saja" (aku yang dengar ni berkata,     
     alangkah bagus, kalau aku pun datang nak  
     check gigi juga huhu)
  • Bila remaja perempuan tu keluar dari bilik doktor, dia pun cakap "sakitnya..." pada kawan dia...macam-macam rasa menjelma dalam sanubari aku ni...
  • Ada pakcik ni pula, dia tak boleh tidur, doktor tampal sementara, nanti baru datang balik...(ni macam kes aku ke? Sakit sampai tak boleh tidur...tapi aku nak selesaikan "masalah" ni hari ini, tak nak datang lagi klinik gigi ni...
  • Aku tengok senarai harga untuk perkhidmatan yang ditawarkan:
      a) cabut - RM20+
      b) tampal - RM30
      c) cuci - RM30
      d) root canal treatment - RM120
      e) gigi palsu set penuh RM400
  • Aku ada sedikit tunai sahaja dalam tangan.
Kisah Semasa Dirawat
  • Aku pun masuk bilik doktor bila namaku dipanggil.
  • Pembantu doktor tanya "nak apa? cabut ke tampal?" 
  • Aku pun jawab "ntah"
  • "Oh, nak check dulu ye"
  • "ye" (iyelah, mana aku tahu nak cabut ke tampal, kalau boleh tampal, tampallah)
  • Aku pun beritahu doktor yang aku rasa macam bengkak, dan tak boleh tidur malam.
  • Doktor cadangkan gigi aku dicuci.
  • Bila doktor tengok gigi aku, dia cadangkan cabut..habislah, gigi aku kena cabut huhu.
  • Dia pun menunjukkan jarum suntikan yang panjang. (Adoii, apasallah aku ternampak). Baik tak nampak dari nampak kan). Doktor pun cucuk di dua tempat.
  • Masa cuci tu, tak sakit pun, cuma rasa ngilu saja. Kenalah tahan sikit kan. Tujuannya adalah untuk menanggalkan kerak gigi yang tak boleh ditanggalkan walaupun dengan menggunakan berus gigi.
  • Selepas itu, tibalah saat yang dinantikan iaitu CABUT GIGI. Aku ternampak pula playar dia. Tapi serius tak sakit. Lepas tu, doktor tekap dengan kapas. Aku minta gigi untuk dibawa balik. Bukan apa, untuk dilihat dengan lebih dekat. Doktor tunjukkan gigi geraham yang pernah ditampal dulu, telah pecah dihujungnya dan berlubang, jadi sisa-sisa makanan termasuk didalam lubang itu. Itu yang buat aku jadi sakit.
  • Aku bayar RM50 dan minta surat MC dan terus balik. 
Kisah Selepas Dirawat
    • Rasa kebas, bila sampai rumah, aku pun tukar kapas. Doktor pesan tak boleh makan/minum dalam sejam. Aku pun tidur. Memang tiada selera pun nak makan.
    • Bila rasa kebas dah hilang, aku pun takut, kalau-kalau rasa sakit menjelma, tapi alhamdulillah. Sehingga entri ini ditulis, belum rasa sakit lagi.
    • Malam mesti makan, sebab perut dah lapar. Menunya, mee hoon sup. Mula-mula tu ngilu juga, mungkin sebab cuci gigi tadi. Rasa janggal sebab gigi geraham dah hilang. Rasa tak selesa. Mee hoon tak habis dimakan. Minum Milo suam dengan straw sebab nak air tu terus masuk tekak, tak lah kena pada gigi.
    Begitulah kisahnya. 
    Ucapan - Syabas dan tahniah padaku sebab berani pergi klinik gigi seorang diri, dan mengambil keputusan cabut gigi dan berani melalui prosedur-prosedur itu, sedangkan ramai lagi yang menahan sakit.
    Lepas ni, kenalah jaga gigi. Aku sayang gigi aku ^_^
          

    Selasa, 10 Januari 2012

    Minggu Yang Sibuk -_-


    Sebelum jejak bulan Januari, aku dah pun berada di sekolah, menghadiri mesyuarat dan juga menyelesaikan beberapa perkara.


    Bila dah jejak bulan Januari, sibuk dengan pendaftaran pelajar tingkatan 1. Kemudian, minggu orientasi pula menjelma. Juga perlu menghadiri beberapa mesyuarat lagi. Huhu

    Bila dah jadi setiausaha kepada beberapa mesyuarat, jadi perlulah disiapkan minit mesyuaratnya.

    Sebelum menjalankan program, perlu sediakan kertas kerja. Bila program dah jalan, perlu disiapkan laporannya pula.

    Begitulah - minggu yang sibuk bagiku -_-

    Rabu, 4 Januari 2012

    Happy Birthday To Me ^_^

                                          
    Rasa letih dan penat sangat hari ini, kerana hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan 2012 dan juga hari pertama orientasi. 

    Apa-apa pun terima kasih kepada kawan-kawan yang memberikan ucapan dan juga yang meraikan :)

    Semoga Allah memberikan aku kesihatan yang baik, murahkan rezeki dan mempermudahkan segala urusan-urusanku. Amin ^_^

    Selasa, 3 Januari 2012

    Lirik Kemaafan Dendam Yang Terindah - Aishah

    Kesimpulan untuk hari ini ^_^


    Kehangatan mentari ku rasakan

    Tak sehangat api perbalahan
    Ku ketuk pintu hati
    Senyap dan sunyi
    Tiada jawapan yang ku perolehi



    Dinginnya malam itu bagai salju
    Tidak sedingin perasaanmu
    Kau sengaja membina dinding pemisah
    Di antara kita tak lagi bersemuka



    Kekasih ku... ku rasakan perlu
    Menitip surat buat tatapan mu
    Sekali ini aku rela merendah diri beralah
    Agar perhubungan terjalin semula



    Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
    Apa tersirat dihati kecil mu
    Andainya aku yang bersalah
    Maafkan saja...



    Kemaafan dendam yang terindah...



    Kehangatan mentari dingin salju
    Bertukar ganti hari ke hari
    Aku masih di sini
    Sabar menanti
    Terbuka kembali hatimu yang terkunci...


    Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah

    dari: sini




    Ahad, 1 Januari 2012

    Berjaya Format Write Protected Pendrive 256 Mb!

                                           
    Pendrive ini dibeli semasa zaman belajar di universiti lagi. Inilah satu-satunya pendrive yang digunakan. Sangat sayang tau :) Masa dulu, 256mb ni dah ok dah..sekarang ni, orang dah tak pandang huhu. Budak sekolah pun guna paling kurang 4g. 

    Pendrive yang kedua dibeli setelah tersalah anggap yang pendrive ni hilang. Kalau tak agaknya, tak lah beli pendrive baru. Hehe

    Pada suatu hari, pendrive kesayangan ni, dengan tak semena-menanya tak boleh dibuka langsung. Haishh, jadi, kenalah format. Tak boleh pula di format, sebab ada tulis write protected. Adoi, beberapa orang telah ditanya, jawapan mereka ialah:

    A: Hantar masuk longkang ajelah
    B: Boleh hantar muzium ni
    C: Beli baru ajelah

    Walaupun tak boleh digunakan lagi, tapi aku masih simpan, sehinggalah aku terjumpa dengan blog ini. Tapi, tutorial di blog ini tak boleh nak sembuhkan penyakit pendrive aku ni. Aku pun mencari-cari ubatnya di internet. 

    Akhirnya aku jumpa dengan ini

    I would like to share what worked for me after downloading endless software programs, to try and remove write protection
    Try this one out
    Just copy and past it into your Browser
    http://www.apacer.com/en/support/downloads/Repair_v2.9.1.1.zip
    You will have a winrar, winzip ect… pop up
    Unzip to a folder on your desktop
    Unzip the zip file, and with your usb flash drive plugged in, run the program
    In my case the end result was format failed, I closed the program removed the usb flash drive and then plugged it back in
    then windows asked me if I would like to format this device, the windows format WORKED YES YES YES BABY
    The flash drive is as good as new.
    I hope this helps someone.


    Alhamdulillah, dah boleh digunakan. Harap tips ini membantu ^_^

    Sajak Si Gadis Kecil Dan Diarinya

                                

    Aku bukanlah pendengar setia kepada mana-mana stesen radio, tapi ketika aku sedang menaiki kereta, ketika itu mahu membeli barang, aku pun seperti biasa membuka radio. Sedang aku menukar siaran dari satu stesen ke stesen yang lain, aku terdengar suara perempuan mendeklamasikan sajak dalam bahasa Inggeris di stesen radio Ikim.fm. Sajak yang sempat aku dengar hanya separuh itu sangat menarik perhatianku. Ada dalam sajak itu ungkapan '10 million dollars a day'.

    Alamak, rugi rasanya tak dapat dengar dari mula..tapi selepas itu, sajak itu kemudiannya di deklamasikan pula dalam bahasa Melayu. ^_^ Aku terus mencari di internet, manalah tahu kalau-kalau jumpa dengan sajak itu, kita boleh kongsikan bersama. Jadi, aku pun terjumpa dengan aizddin.blogspot.com, dari blog itu dapatlah aku jumpa dengan tajuk sajak tersebut iaitu The Child And Her Diary oleh Laila Yaghi. 

    The child and her diary
    Laila Yaghi
    June 17, 2002



    She wrote in her diary every night
    When bullets passed by her window… she wrote
    When Israeli soldiers killed her mother she wrote
    She wrote of the horrors she sees
    And the nightmares of flames and destruction
    She the Palestinian child
    Writes in her diary every night
    To ease her enormous pain
    To sedate her fears and nightmares



    That little Palestinian child
    Had died while writing in bed
    From Israelis bulldozing her home
    And now she lies in her tomb
    Forgotten…as if she never existed
    But her diary will carry on
    The suffering of every Palestinian child
    And now on her tomb Israeli children play
    And sing with no worries of tomorrow
    Where she once lived is confiscated
    What are left from her family are refugees



    And we continue to support Israel
    With 10 million dollars a day!
    And we continue to say
    All humans are created equal



    But continue to send to Israel
    10 million dollars a day!

    Aku juga terjumpa video sajak ini dalam bahasa Melayu 

    Sangat menginsafkan...sedang kita ralit dengan perayaan sambutan Tahun Baru 2012, sahabat kita disana belum tentu lagi ceritanya. 

    Semoga tahun 2012 ini memberi sinar baru kepada kita semua. Amin.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...