Ok, saya memang tak nak langgan Astro dah.
Tapi, kesian pulak kat keluarga saya, kang tercengak-cengak takde TV. Eh, korang faham tak tercengak-cengak tu? Pasang Astro, bukan nak tengok sangat saluran Astro tu, tapi yang ditengoknya ialah TV3.
Ini adalah kali pertama Astro saya berpindah. Saya tak tahu macam mana caranya. Saya pun tanyalah pada orang-orang yang telah berjaya pindahkan Astro.
Ok, ini ialah cara pindahkan Astro ke tempat baharu:
1. Telefon Astro di talian 03-9543 3838
2. Astro akan tanya alamat lama dan alamat tempat baharu
3. Astro akan beri no.aduan (catat nombor aduan ini)
4. Siap!
Tiada bayaran pindahkan Astro ke tempat baharu ye.
Saya telefon Astro hari Rabu. Tup-tup hari ini sampai jurutekniknya (3 hari maaa). Nasib baik saya ada di rumah.
Juruteknik akan cabut piring Astro di tempat lama, dan akan di pasangkan di tempat baharu. Bila saya tengok dia turun naik tangga tanggalkan dan pasang balik piring Astro, saya tanya dia.
"Astro kata takde bayaran perpindahan ke tempat baharu"
"Ya, you tak payah bayar upah saya, you bayar kabel sahaja, sebab kabel lama you dah tak elok"
"Oh, berapa harga kabel?"
"RM70"
Gulp, gulp!! RM70 weh!!
Saya tengok dia pakai T-shirt Astro, tapi pakai Hilux, bukan van Astro.
"Bos, kenapa you tak pakai van Astro?"
"Sebab saya bukan kerja bawah Astro, saya kerja sendiri"
Tapi pelik lah jugak, sebab nanti upah dia akan dibayar oleh Astro. Kiranya dia kerja bawah Astro lah kan?
Ntah lah, janji selesai.
Duit RM70 melayang wooo.
Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit!
pasang pakej basic je baru rm40 ye mkcik., ;p
BalasPadammemang pasang yang paling murah, rm42 kot ;)
PadamNasib baik piring astro x terbang... Kalu terbang... terpaksa pakai dulang... he he he...
BalasPadamhaha, dulang tak dapat signal nanti SS ;)
Padamramai yang 3rd party buat pemasangan astro ni. kira bagus la sebab astro buka peluang pekerjaan :)
BalasPadamyep, sama2 cari makan
Padamsaya amik pakej murah je. tapi rasa cam nak guna yang lain la
BalasPadamnak guna hypp tv ke sis??
Padamdia tu..agen sahaja..pelanggan Astro adalah pelanggan mereka juga
BalasPadamyep, betul
Padamkami dah lama x pakai astro...guna njoi je... ;-)
BalasPadamsaya pun teringin nak guna nanti ;)
PadamEhh betul ke cable tu prob cam nipu jek
BalasPadamhaha, ontahlah
PadamX call semula astro tanya betul ke ada org bukan dari astro dtgbuat pastu kena byr cable lagi mahal kot patutnya free cable tu iskkk
BalasPadamhaha, tak tefikir pulak saya sis...
PadamSaya call no tu tapi astro cuma bagi link melalui sms..apa yg ptut saya buat ye?minta bantuan ye...
BalasPadamcuba klik link yang diberikan itu, maybe ada caranya di situ
PadamSaya pon nak berpindah.. bila call astro xde dah pilihan nak bercakap dengan customer service.. cume bg by msg je.. mmg ade bg link tp mcm2 kene isi maklumat
BalasPadammoga dipermudahkan urusan
PadamSkrg semua online..😐payah bebeno
BalasPadamCol line tu nak pilih apa dia just bagi link lepas tu nak taip apa dkt colum dlm link tu..aduhh..
BalasPadamSaya selalu buka n psg sdr je...part pasang n buka mmg mudah..tp part cr signal utk setting tu yg kdg2 makan masa yg agk lama..apa2 pun formula nye mesti nak kena tau arah kiblat, br la keje jd mudah..kdg2 dh tau arah kiblat pun senget sikit piring tu pun susah nk dpt signal...
BalasPadamddk area mana, bleh tolong pasangkan kat rumah saya..hihihi
PadamAssalammualaikum encik..boleh bg tao cara2nyer x...
Padamhebatnya, pasang sendiri!
PadamNak tau jg cara pasang sbb
Padamsaya pun nak pindah jugak, tanya kontrator astro phone no 0173857568 yg remove & pasang dia mintak RM200...kepala hanggok dia
BalasPadammak aiii mahalnya??
PadamKalo astro kasi free ni kena check kontrak ada berubah tak? Aritu tukar decoder free rupanya kena tambah kontrak 2 tahun...naya
BalasPadammemang naya!!
Padamcable rg6 tu cuma 35 ringgit utk 40 meter. selalunya rumah cuma guna kurang dari 15 meter, so murah lagi. beli kt lazada
BalasPadamtak terfikir pun nak beli di lazada huhu
PadamSembang betul kabel dah tak elok, habis tu sebelum ni se belum buka elok je boleh tengok tv. Hahaha
BalasPadam