Beberapa entri seterusnya ini ialah berkaitan dengan percutian saya dan sahabat baik saya, Mell di Ipoh pada 21-24 Disember 2015.
Cuti sekolah yang panjang. Mestilah di manfaatkan sepenuhnya. Hehe. Dalam kepala memang nak pergi bercuti. Tapi tak tahu nak kemana.
Ada banyak pilihan jawapan dalam kepala. Ada rasa nak ke Padang Besar, Thailand, Langkawi atau ke Melaka sahaja. Setelah berfikir dengan mendalam, dan menimbangkan faktor kewangan, cuaca dan lain-lain, maka Ipoh adalah destinasi pilihan. Lagipun memang saya belum pernah lagi meninggalkan tapak kaki di Ipoh ni. Juga didorong oleh jarak yang tidak begitu jauh dari Negeri Sembilan.
Ok, tempatnya sudah dipilih, dan Mell juga akan ikut serta. Ini adalah percutian bersama kami berdua untuk kali yang ke-4, selepas Kluang (Johor), Melaka, Singapura dan kali ini di Ipoh!
Kenderaan: Saya nak menggunakan pengangkutan awam sepertimana di saya di Georgetown yang lalu. Oleh kerana Mell belum pernah menaiki keretapi, jadi kenderaan utama untuk ke Ipoh ialah keretapi.
Penginapan: Saya nak duduk di hotel murah-murah je. tapi dekat dengan bandar. Sebenarnya, agak sukar menemukan hotel yang sesuai, sebab saya tak pasti lokasi sebenar apa yang dikatakan "bandar Ipoh". Saya tak nampak gambaran bila baca ulasan orang ramai di www.booking.com atau di www.agoda.com atau di www.tripadvisor.com . Atau mungkin juga saya akan tersilap memilih tempat, mungkin tempat-tempat menarik di Ipoh, bukanlah tertumpu di Bandar Ipoh, mungkin juga kan?
Tapi, saya bukanlah seorang yang begitu nekad nak masuk hotel pada hari kejadian. No, no, itu saya akan elakkan. Seingat saya, belum pernah lagi saya berjalan-jalan tanpa menempah hotel dahulu. Dah lah dalam cuti sekolah, dan tak lama lagi Hari Maulid Nabi dan Hari Natal. Mungkin semua hotel akan penuh!
Jadi, semasa saya dikampung, saya telah membuat 'kajian' tentang hotel yang bakal ditempah melalui bacaan di blog-blog dan juga laman web yang tertera di atas. Akhirnya saya telah menemukan hotel yang paling 'sesuai.'
Korang agak-agak, jadi ke tidak kami naik keretapi dan menginap di hotel paling 'sesuai'? Jeng Jeng Jeng Nantikan di entri seterusnya...
dah lama juga tak ke ipoh
BalasPadam