Khamis, 29 Mac 2012

Permohonan Kemasukan (Online) - IKM & KKTM


  • Terbuka kepada Lepasan SPM/SPMV/IKM atau setara dengannya
  • Tidak perlu membeli nombor PIN
  • Talian dibuka pada 01/03/2012 hingga 20/04/2012
  • Program Sijil - Institut Kemahiran MARA
  • Program Diploma - Kolej Kemahiran Tinggi MARA
  • Untuk memohon: klik sini
  • Untuk maklumat lanjut: klik sini

Khamis, 15 Mac 2012

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 SMA KISAS/SMAP Labu

 
Bahagian Pendidikan Islam sedang membuka tawaran kemasukan murid ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) bagi calon-calon SPM tahun 2011.

Syarat Kemasukan:
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM
3. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu   sekurang-kurangnya 6c
4. Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang 6c
    a) Pendidikan Syariah Islamiah
    b) Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
5. Memperoleh agregat tidak melebihi 10 mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
6. Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.

Borang permohonan boleh di muat turun di sini


Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam tempoh 4 minggu selepas keputusan SPM diumumkan.


 

Selasa, 6 Mac 2012

Penyesuaian Diri Di Tempat Baru


Semasa aku dalam perjalanan balik ke rumah, setelah menghadiri Program Jom Masuk U, aku singgah sebentar untuk membeli kuih untuk minum petang. Kedai itu terletak di Taman Tunku Puan Chik, Bahau. Aku ternampak bekas muridku. Tapi aku takut hendak menegur (takut salah orang). Murid tu pun nampak lain. Mungkin telah bertambah berat badan, agaknyalah.

"Kak, nak goreng pisang RM2."
"Assalamualaikum, cikgu" murid tadi memberikan salam. Dia tersenyum.
"Waalaikumussalam. Awak Ahmad (bukan nama sebenar) kan?"
"Ya, sayalah cikgu"
"So, macammana sekarang? Sekolah baru ok?"
"Ha, ermmm..." sambil menundukkan kepalanya.
"Eh, kenapa ni? Ceritalah..."

Dengan melihatkan keadaanku yang ingin tahu dengan lebih lanjut, akak si penjual goreng pisang berkata:

"Ha, cuba kau cakap dengan cikgu kau ni, ambil kan kerusi untuk cikgu nak duduk"

Tapi Ahmad, tak berikan aku kerusi pun untuk duduk, mungkin tidak dengar atau tidak mahu aku duduk lama dengannya.

Aku ke belakang gerai dan menghampirinya. 

"Cikgu tengoklah rambut dia" 
Aku melihat rambutnya yang dipotong nipis. 
"Kenapa ni? Awak bela rambut panjang ke?" (rambut Ahmad kena potong disekolah barunya).
"Tak lah cikgu"
"Habis tu"
"Ntah" 
Ahmad kelihatan bingung, kenapa dia harus dipotong rambutnya.

"Berapa subjek yang awak ambil?"
"Tujuh"
"Oh, oklah..."
"Subjek apa?" Ahmad menerangkan subjek yang diambilnya.
"Ok lah tu, ambil 7 subjek sahaja"
"Ok apa, hari-hari balik 3.15 petang, rasa macam nak masuk balik SMRA Jempol, cikgu"
"Laa, kenapa pula?"
"Ntah lah cikgu, tak best"
"Badan awak dah naik lah, mesti senang hati ni?"
"Tak lah cikgu, susah hati.."
"Sebab baru lagi agaknya, awak perlukan masa untuk sesuaikan diri di tempat baru, kawan baru, subjek baru dan macam-macam lagi, lama-lama nanti, oklah tu"
"Agaknya lah cikgu"
"Berusaha ok, kalau ada apa-apa, bagitahu saya ya, Ahmad"

"Cikgu kau punya baik macam ni, kau nak pindah sekolah? Tu lah kau" kata akak penjual goreng pisang itu.

Aku pun berlalu pergi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...