Taraa, muncul artikel kedua dalam bulan ini! Haha!
Hari ini saya nak kongsikan tentang pembelian Olivie Plus 30x dan Olivie Power Up dari Cinta Alami Store.
Saya dah lama nak beli produk Olivie Plus 30x dan Olivie Power Up, berikutan banyak manfaatnya kepada tubuh badan, dan seperti selalunya, saya asyik bertangguh sahaja.
Boleh sahaja nak beli terus dari laman web https://www.aafiyat2u.com/ tapi, saya ini suka bertanya dan nak kan jawapan. So, saya rasa baik beli melalui agen.
Kenapa pilih Cinta Alami Store untuk membeli Olivie Plus 30x dan Olivie Power Up? Salah satunya sebab kedai ini aktif di Instagram. Dan juga, menjawab soalan saya di Whatsapp. Dua ini adalah kriteria paling penting.
So, saya bank in duit pada 10 Disember 2018. Tak lama selepas itu saya dapat tracking number. Dan taraaa, esoknya 11 Disember 2018, barang saya dah sampai! Yeahhh!!
Jom tengok keadaan Olivie Plus 30x dan Olivie Power Up!
Wow!! Hampir 5 bulan saya tidak menulis sebarang artikel. Sorry guys!
Saya rasa, kali ini saya telah terkena penyakit malas nak update blog yang teruk. Mungkin ini adalah fasa biasa yang dilalui oleh seorang blogger, kot.
Berbulan-bulan lamanya, saya sekadar log in dan membaca komen-komen korang. Namun, nak taip tu, memang tak sampai.
Sehinggakan, pada satu tahap, saya rasa nak tutup sahaja blog ini. 8 tahun dah blog ni, kalau tutup, memang sedih, weh!!
Tak tahulah kenapa, malam ini rasa nak taip pulak.
Dan, kalau korang nak tahu, blog ini pulak buat hal tadi.
Blog ini tiba-tiba sahaja telah bertukar passwordnya, dan kejadian itu telah membuatkan "berhenti sekejap jantung den!!"Haha!!
Terima kasih kepada korang yang masih sudi meninggalkan komen di blog ini, walaupun blog ini sunyi selama hampir 5 bulan.
Sayang korang!!
p/s: selalunya pada akhir tahun, saya akan buat penambahbaikan pada blog saya. kalau korang ada sebarang cadangan, boleh tulis di ruangan komen ya.
Wow!! lama sungguh saya tidak menulis di ruangan ini.
3 bulan...lama betul!! Haha!!
Ok, hari ini nak cerita pasal Seminar Sembang Kewangan oleh Tuan Zaidi yang saya hadiri pada 07 Julai 2018 (Sabtu).
Sudah lama sebenarnya saya nak hadir Seminar Sembang Kewangan Tuan Zaidi, tapi baru ini saya dapat menghadirinya. Alhamdulillah.
Mula-mula sekali, saya mendapat tahu mengenai Tuan Zaidi, daripada mentor saya, Tuan Zulkifli Shafie. Sejak dari itu, saya sentiasa mengikuti Tuan Zaididi Facebook beliau.
Saya menghadiri Seminar Sembang Kewangan ini secara walk-in sahaja. Tidak mendaftar pun di web Urusinsan(jangan ikut macam saya). Sebab, saya takut kalau saya ada program sekolah di saat akhir.
Oleh kerana tempatnya berlangsung di Kuala Lumpur, dan saya pula tidak begitu berani untuk memandu kereta ke sana, jadi, saya memandu kereta sehingga di Stesen LRT Kajang, dan memakir kereta saya di sana.
Jangan risau, banyak parkir dalam LRT Kajang.
Saya terus menaiki LRT hingga ke KL Sentral.
Dari KL Sentral pula, saya menaiki LRT hingga ke Stesen Damai.
Dah sampai LRT Damai tu, kena jalan kaki pulak...lebih kurang 10 minit... Haaa, gigih tak gigih??
Tiba-tiba muncul suatu idea dalam kepala otak saya.
Hari ini, saya hendak kongsikan cara membuat Borang Rujukan Klien dengan menggunakan Google Form.
Sebelum itu, saya hendak kongsikan sedikit, bagaimana tercetusnya idea hendak menyediakan Borang Rujukan Klien dengan menggunakan Google Form ini.
Selalunya, saya akan edarkan Borang Rujukan Klien dalam bentuk helaian kertas (saiz separuh A4), pada setiap kali Perhimpunan Rasmi hari Isnin.
Masalah yang timbul ialah, kadang-kala saya lupa nak fotostat awal...dan hari Isnin saya terkejar-kejar nak fotostat di pejabat sekolah dan mengedarkan helaian itu pada semua guru.
Bila telah diedarkan kepada semua guru, tak semua helaian itu kembali semula kepada saya.
Hanya kembali sehelai atau dua helai sahaja.
Jadi, melalui perbincangan Wassap Group Kaunselor-Kaunselor Hebat Jempol Jelebu, Kaunselor SMK Datuk Mansor menggunakan Google Form. Yeahhh!!, jadi, hari ni, saya pun tanya pakcik Google, macam mana nak membuat Borang Rujukan Klien dengan menggunakan Google Form.
Sebenarnya tidak susah mana pun. Hanya beberapa minit sahaja, dah siap!
Ok, jom kita tengok macammana cara membuat Borang Rujukan Klien dengan menggunakan Google Form.
Saya rasa amat bertuah dapat menyertai Program Bengkel Play Therapy di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Lawatan Kerjaya di Pusat Kemahiran Kingswright Cyberjaya pada 30 Mac 2018 (Jumaat) yang lalu, anjuran Majlis Guru Kaunseling Jempol dan Jelebu.
Fuhhhh, panjangnya ayat. Tarik nafas jap, haha!!
Tapi, untuk entri kali ini saya fokuskan dulu pada Bengkel Play Therapy di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, manakala entri lawatan kerjaya di Pusat Kemahiran Kingswright akan menyusul kemudian ya.
Ok, mula-mula singgah minum pagi di RnR Nilai. Saya sempat minum teh o suam je...jadilah kan.
Lepas itu, terus bergerak ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sampai sana, jam 10:00 pagi.
Kami disambut dengan adik-adik manis UKM ^_^
Dengar talk dari Dr. Ku Suhaila. Sebenarnya, inilah pertama kali saya mendengar namanya, dan pertama kali bertentang mata.
So, inilah dia Dr. Ku Suhaila. Cantik kan? Dr. Ku Suhaila adalah pakar dalam Play Therapy.
Lumrah kanak-kanak memang suka bermain, dan alat mainan ialah perkataan bagi kanak-kanak itu. Haaa, ini adalah kata-kata dari Dr. Ku Suhaila. Menarik kan?
Lepas ini, saya takkan pandang mainan hanya sekadar mainan sahaja. Setiap mainan itu ada maknanya.
Banyak ilmu baru yang saya dapat! Dr. Ku Suhaila siap tinggalkan video tentang Play Therapy di sini: https://www.openlearning.com/sign up, dan log in, taip sahaja nama Ku Suhaila dalam kotak search, ok!
Lepas dengar talk, kami di jamu dengan Bubur Kacang Durian!! Wow!!
Kami sempat di bawa ke Bilik Play TherapyUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Satu hari, semasa saya menjadi pengawas Ujian Bulanan 1, saya terpandang kertas Soalan Geografi (melabelkan negeri-negeri di Malaysia).
Saya sengih. Haha!!
Korang nak tahu tak, walaupun korang tengok saya ni jenis yang suka berjalan-jalan, tapi sebenarnya, saya seorang yang lemah mengecam peta, jalan, dan sewaktu dengannya.
Dan saya tak pasti samada saya boleh dapat markah 100% untuk melabelkan semua negeri dalam Malaysia dengan betul. Haha!!
Saya ingat lagi, masa di sekolah rendah, ketika darjah 6 (kalau tak silap saya), ada soalan tentang bentuk muka bumi. Ada cerita pasal kerak bumi lah bla bla bla...Masuk dalam peperiksaan weh!! Adeh!!
Saya masih ingat lagi, dalam Geografi:
belajar baris dan lajur (tak minat)
belajar arah mata angin (tak ingat langsung pun!)
bearing (tak tahu sampai sekarang macam mana nak kira)
sungai (tak minat)
banjaran (lagilah tak minat)
dan paling saya tak minat nak hafal, hasil bumi setiap negeri!
Sebenarnya, saya langsung tak ingat apakah yang saya belajar di Tingkatan 2 dan 3.
Bila dapat Buku Teks Geografi, saya suka baca bahagian belakang buku teks itu.
Kat belakang buku teks Geografi (pada zaman saya lah) ada cerita pasal luar negara. Penternakan di Australia, New Zealand dan negara-negara lain. Wow, suatu hari nanti, saya akan jejakkan kaki ke luar negara juga!
Tapi, saya tak minat semua topik dalam Geografi kecuali kalau topik luar negara (itupun tak belajar weh, cikgu tak sempat ajar).
Pernah tak korang mengalami keadaan, di mana korang nak guna sangat sesuatu barang itu, tapi korang baru tersedar, bahawasanya barang tersebut tiada di tempat yang sepatutnya?
Haaaa...pernah tak?
Aiseh, saya pernah.
Ianya terjadi pada 21 Febuari 2018 (Rabu).
Saya ingat lagi, waktu itu, saya balik dari sekolah dan terus nak bersiap-siap ke UTC Melaka untuk memperbaharui pasport saya.
Saya dengan yakinnya, percaya bahawa, pasport saya ada di rak buku.
Sebelum itu, saya Google dahulu tentang cara-cara nak memperbaharui pasport.
Masa nak keluar dari rumah, barulah saya pergi ke rak buku untuk mengambil pasport dan ketika itu barulah saya sedar, bahawasanya pasport saya tiada di tempat yang sepatutnya!
Aiseh!!
Lalu, saya baru teringat, saya berpindah dari rumah lama ke rumah baharu tahun lepas. Jadi, mungkin pasport saya berada dalam kotak di Bilik Stor.
Adeh, satu hal pulak nak selongkar satu-satu kotak tu.
Bila jam dah melangkaui pukul 5:00 petang, dan saya masih belum bertemu dengan pasport saya, lalu saya membatalkan hasrat nak ke UTC Melaka.
Iyelah kan, pasport takde, macam mana nak perbaharui.
Tapi, sebenarnya boleh ya. Cakap pasport hilang, tapi lecehlah.
Saya makan dan relaks (sebenarnya, saya kalau stress, memang kena makan haha)
Malam itu, saya Google, segala petua atau tips untuk mendapatkan kembali barang yang hilang.
___________________________________________
22 Febuari 2018 (Khamis)
Saya tidur tak lena.
Mandi tak basah.
Makan tak kenyang
Puaslah saya fikir, saya letak di mana pasport tu.
Kalau takde pasport, saya tak boleh isi borang ke luar negara.
Kalau takde pasport, saya tak boleh beli tiket kapal terbang!
Adeh!!
Boleh je buat laporan polis dan bayar denda sebab kehilangan pasport, tapi kan, tiada lah kenangan. Sebab kat pasport kan ada cop negara-negara yang saya pernah pergi dan tarikh. Kenangan!!
Hari itu, saya tidak mencari pasport. Saya perlukan ketenangan. Ceh wah!!
Masa sedang makan di kantin, lalu saya bercerita pada sahabat saya, situasi yang saya alami.
Beliau mencadangkan agar saya membaca ayat:
_____________________________________
23 Febuari 2018 (Jumaat)
Lepas balik sekolah, dari petang sampai ke malam saya mencari pasport.
Semua kotak saya selongkar sambil membaca doa di atas.
Sesungguhnya, saya berserah sepenuhnya kepada Allah.
Kalau tak jumpa jugak, mungkin itu adalah petanda, saya tak boleh meneruskan niat saya nak menjelajah pada cuti sekolah huhu.
Macam-macamlah ayat monolog yang keluar dari fikiran saya waktu itu.
Sebenarnya, dah lama nak tulis pasal ini, tapi asyik bertangguh saja huhu.
Sebagai penghargaan kepada mereka yang banyak meninggalkan jejak di dalam blog saya ini, saya ingin menghadiahkan cenderahati istimewa kepada korang semua.
Saya baru balik dari sekolah atau lebih tepatnya, Surau al-Insaniah, SMA Haji Muhamad.
Buat apa?
Saya berkongsi ilmu dengan murid-murid asrama yang jumlahnya sekitar 110 ++ orang.
Ini adalah program pertama kali dikhaskan kepada murid-murid asrama bersama dengan kaunselor.
Sebelum ini, saya ada program bersama semua murid di waktu pagi jam 7.15 hingga 7.30 pagi (turut dibantu oleh anak-anak PRS). Program ini masih berlangsung sebulan sekali.
Berbeza dengan program malam ini (masih belum diberi nama), yang mana perkongsian ini khas untuk murid-murid asrama sahaja.
Tujuannya ialah, saya nak jalinkan hubungan yang lebih erat antara saya dengan murid-murid asrama. Bahasa Omputihnyakamcinggitu hehe.
Slot ini berlangsung antara jam 8:00 hingga 8:30 malam setiap hari Isnin minggu kedua dan keempat setiap bulan.
Intipati malam ini ialah berkisar tentang matlamat.
Masing-masing blur (padahal telah dirungkai dalam aktiviti kelas relif saya). Korang boleh tengok di Instagram saya, aktiviti semasa kelas relif. Kiranya malam ini, ulangkaji sahaja.
Bukan budak tingkatan 1 sahaja tak tahu matlamat, budak tingkatan 5 pun teraba-raba.
Bukan budak je blur pasal matlamat, bahkan orang tua.
Saya dah lama nak kongsikan bahan-bahan yang saya ada dengan korang semua.
Bahannya tak lah sehebat mana, tapi saya harap dapatlah membantu korang serba sedikit.
Ok, hari ini, saya nak kongsikan borang penilaian program sekolah yang saya buat untuk sekolah saya. Korang boleh lah edit ikut kesesuaian ya.
Korang boleh klik kat sini untuk memuat turun borang penilaian program sekolah. Apa pendapat korang tentang borang penilaian program sekolah itu?
Terima kasih pada www.padinrose.com yang telah membuat tutorial cara meletakkan link download di blog. Korang boleh klik sini untuk baca tutorial tersebut.
Diam tak diam, kita sudah berada pada hari ke-8 di tahun 2018 weh!!
Alhamdulillah, pengunjung blog ini semakin hari semakin meningkat. Terima kasih semua.
Maaflah, saya tak sempat membalas semua komen. Maaf sangat-sangat.
Alhamdulillah dah 7 tahun umur blog ini (2010-2017). Baiklah, saya nak kongsi sedikit statistik mengenai blog ini di sepanjang tahun 2017.
Sepertimana yang tertera di sebelah kanan blog ini, sebanyak 53 entri telah berjaya di tulis pada tahun 2017. Fuhhhh, tepuk sikit!! Walaupun tak banyak macam orang lain, namun saya bangga dengan blog saya!