Ahad, 28 Mei 2017

Kursus Pra-Diploma dan Diploma di Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) UiTM 2017


Image result for ined uitm 

Hai, budak-budak lepasan SPM 2016

Macam mana sekarang?

Dapat universiti mana?

Ehem-ehem, baru kau tahu tinggi rendahnya langit itu...

Ada tak yang menangis dan meraung? 

Rileks lah, dunia belum berakhir

Baik, sebelum saya membebel panjang, ingin saya sampaikan berita baik.

Yeah, berita baik tentang kursus pra-diploma dan diploma di Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) UiTM bagi tahun 2017

Kursus pra-diploma dan diploma di Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) UiTM ada menawarkan insentif yang menarik kepada pelajar yang layak, antaranya:

Isnin, 15 Mei 2017

Hadiah Untuk Mrs. A

Image result for pos ekspress

Entri ini adalah rentetan daripada entri Hadiah Top Komentator Bulan Mac 2017

Ok, dah masuk bulan Mei, hadiah untuk Mrs. A, belum di pos lagi. Aduhhh!!

Saya akui ini kelemahan saya. 

Bila ternampak komen Mrs. A di blog saya hari ini, baru saya teringat saya belum pos hadiah. Ampun ya Mrs. A.

Saya pun godak balik emel saya. Dalam inbox emel saya ada 5000++ emel ya. Jenuh nak belek satu-satu.

Itu yang kadang-kadang terpaksa minta korang emelkan semula kepada saya. Maaf sekali lagi.

Punyalah cuak tadi, manalah emel Mrs. A. 

Takkan nak mintak Mrs. A emelkan buat kali ke-3!!. Malu-malu huhu.

Saya gigihkan jugaklah mencari emelnya. Akhirnya, bertemu jua. Yeahhh!!

Saya dah tulis siap-siap dalam sampul pos ekspress. In syaa allah, esok atau lusa, sampul tu terbang pada Mrs. A.

Maaf ya lambat sangat.

Harap insiden ini tak mematahkan semangat Mrs. A singgah di blog saya ini.

Rabu, 10 Mei 2017

Tips Kejayaan Pasukan Catur

Image result for chess

Hai, sorry sebab sudah lama tak menulis di sini.

Sibuk.

Okeh, itu hanyalah alasan saya.

Sebenarnya, bila dah lama tak menulis, saya telah terbawa-bawa perasaan itu. Inilah jadinya, baru hari ini menulis setelah sekian lama blog ini ditinggalkan. Huhu.

Sekarang ini tengah hujan lebat di Bahau. 

Masa sesuai untuk menulis cerita yang best bagi sayalah. Harap best jugak pada korang yang membaca. Hehe

Ok, saya nak cerita pasal catur.

Sebenarnya, sejak kecil saya sukakan permainan yang menguji minda. Saya suka catur, dam haji, teka silang kata, domino, sahibba dan seumpama dengannya.

Saya tak suka main anak patung, macam budak-budak perempuan yang lain.

Tapi, saya tak lah begitu mahir dengan catur. Masa itu, takde siapa nak main catur dengan saya. Saya hanya tahu pergerakan asas sahaja.

Bila dah jadi cikgu ini, saya diberikan tugas sebagai pengurus pasukan catur sekolah.

Saya rasa ada lah dalam 6 tahun saya pegang catur ini.

Beberapa tahun kebelakangan ini kejayaan sangat membanggakan saya.

  • Tahun 2016, johan berpasukan lelaki bawah 15 tahun. 
  • Johan lelaki bawah 15 tahun - Khairul Aizzat
  • Ke-3 lelaki bawah 15 tahun - Syakirien
  • Khairul Aizzat dan Syakirien terpilih ke peringkat negeri

Untuk tahun ini, semua murid yang pernah mewakili sekolah tahun lepas, telah berpindah sekolah.

Saya kecut perut 

Panik

Hendak mempertahankan kejuaraan tahun lepas.

Betullah orang kata, hendak mencipta kejayaan itu senang, nak mempertahankannya lebih susah. Huhu

Tapi, alhamdulillah. Kejayaan catur tahun ini lebih manis:
  • Johan berpasukan lelaki bawah 15 tahun
  • Naib Johan berpasukan lelaki bawah 18 tahun
  • Naib Johan individu lelaki bawah 18 tahun - Aiman Zaidi
  • Ke-6 individu lelaki bawah 15 tahun - Uzairi Afendi
  • Aiman Zaidi dan Uzairi Afendi terpilih ke peringkat negeri
  • Pasukan perempuan pun semua ada mata lebih 2.0 daripada 7.0 mata. (sebenarnya nak dapat 0.5 mata pun susah wooo)


Ini adalah beberapa tips kejayaan pasukan catur sekolah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...