Ahad, 22 April 2012

Payung, Kawan Dan Sahabat


Bila hujan kita perlukan payung
Bila tak hujan kita tak perlukan payung

Bila gembira kita kongsikan bersama kawan dan sahabat
Bila sedih kita nak kongsikan dengan kawan tapi kawan  tak mahu dengar, sahabat menjadi pendengar setia

Bila kita meluahkan perasaan tension atau sedih, kawan menambahkan lagi rasa tension atau sedih, sedangkan sahabat mendengar isi yang tersirat dan membuatkan perasaan ringan.

Bila nak belanja makan, kawan terima saja, sahabat fikir, sama ada kita benar-benar ada duit dan tidak menyusahkan untuk belanja.

Bila nak pinjam duit, kawan lari tapi sahabat beri.

Bila ditegur oleh sahabat, dia marah, tapi MALANG bila sahabat dah langsung tak nak tegur (sebab kadang-kadang sahabat pun dah jadi menyampah)

Murid tertinggal payung dalam kereta aku, dan tidak dituntut sehingga ke hari ini. Nampak sangat bila hujan terhegeh-hegeh cari payung. Kadang-kadang tu entah siapa punya pun diambil. Tapi bila tak hujan, payung ditinggal begitu sahaja. 

Kalau kita tak ramai sahabat pun tidak mengapa, asalkan kita menjadi sahabat yang baik. Tak rugi pun kita kalau nama tak termasuk dalam "senarai sahabat" orang ni ke orang tu.


Aku hairan juga ramai ada kawan facebook. Ada beberapa sebab orang ada ramai kawan facebook. Mungkin nak meluaskan empayar perniagaan, atau saja-saja. 

Masing-masing mempunyai pilihan sendiri. Samada nak kawan dengan orang tikam belakang, mengumpat dibelakang (yelah takkan mengumpat di depan kan?), suka masa suka, masa duka "LARI". Kadang-kadang orang dah besar panjang pun salah pilih. Nak tunjukkan nanti kena marah pula. Lihatlah betul-betul, sahabat ini umpama emas di dalam sebakul sampah. Takkan nampak kalau tak diselongkar.

Kita telah dikurniakan akal, jadi pilihlah.

Jangan "masa susah cari, masa senang lupa" macam kes payung tadi.


Aku selalu cuba untuk jadi sahabat yang baik. Tapi kalau ada yang anggap sebaliknya, Allah Maha Mengetahui.

Jumaat, 20 April 2012

Program Khas Lepasan SPM 2011 Pinjaman Pelajaran MARA Boleh Ubah


Semalam aku berkesempatan berjumpa dengan bekas pelajar Ijazah IT Networking lulusan UniKL. Beliau telah bekerja di salah satu syarikat pembekal internet. Macammana boleh jumpa? Sebab ada pemasangan internet di sekolah.

Beliau menceritakan tentang susur galur pendidikan yang beliau lalui. Beliau telah mengambil diploma IT di Kolej MARA (aku tak pasti samada Kolej Profesional MARA, atau Institusi Pendidikan MARA yang lain-lain). Dengan Pinjaman MARA sebanyak RM30 ribu. Selepas itu, beliau menyambung pembelajarannya di peringkat Ijazah IT Networking di UniKL. Dengan pinjaman MARA sebanyak RM80 ribu. Jumlah pinjaman pendidikannya ialah RM110 ribu.

Apa yang menarik perhatian aku ialah jumlah yang perlu dibayar  hanya RM28 ribu sahaja! Wow, aku terkedu tidak terkata.

Soalan menarik yang telah diajukan olehku:
"Ok tak gaji sekarang?"
"Ok" (sambil senyum lebar sampai ke telinga)

Jadi, mohonlah pinjaman MARA kerana ia adalah pinjaman boleh ubah dan juga Institusi Pendidikan MARA (IPMa) :D

Program Khas Bagi Lepasan SPM 2011 di Bawah Pinjaman 

Pelajaran MARA. Sila klik sini.

Selasa, 17 April 2012

Orang Kurang Sopan

Pernah jumpa orang kurang sopan?? Kadang-kadang letih jumpa orang macam ni. Eh, bukan kadang-kadang tapi MEMANG LETIH!!


Rasa macam nak buat macam ni saja kepada orang itu =>




Aku waras lagi... ^_^

Kasihan kalau orang kurang sopan tak tahu pun sebenarnya dia tu kurang sopan. Huhu

Ahad, 15 April 2012

Makan Sate Di Sate Kajang Hj. Samuri


Ini adalah aktiviti yang boleh dikatakan "tiada kerja, cari kerja". Hemmm, kerja apa? Jalan-jalan cari makan lah, apa lagi kan.

Semalam, aku ke Kajang. Tak nak jalan jauh-jauh, penat. Dari Seremban, naik Komuter. Berhenti di stesen Kajang. Mulanya aku pun tak tahu tempat ni, mujur ada kawan yang pernah belajar di Kajang beritahu aku tempat ni.

Aku tak rasa teruja pun nak makan sate kajang ni. Sebab ada kawan pernah cakap tiada yang istimewa pun sate kajang. Dah kebetulan ke Metro Kajang, jadi singgahlah. Kalau tak singgah kang nanti rasa menyesal pula :)

Kedai ni berdekatan dengan Metro Kajang, berhadapan dengan KFC. Kedainya tak lah nampak eksklusif. Macam stesen bas pun ada. Rupanya bukan hanya ada kedai Sate Kajang Hj. Samuri sahaja, ada deretan kedai sate yang lain juga. Oleh kerana sate hj. Samuri yang menjadi sebutan. Aku pun cubalah.



Inilah gambar resit makan berdua dengan adik aku. 10 cucuk sate. Seorang 5 cucuk. Itu pun tak habis 1 cucuk. Satenya bersaiz agak besar juga. Ketupatnya agak keras sedikit. Ada timun tapi tiada bawang. Kuahnya ada macam sambal ditengah-tengah. Kalau tergaul kuah kacang tu, pedaslah rasanya. (Bagi aku yang tak tahan pedaslah). Keseluruhannya, aku rasa ok ok saja. Tiada lah rasa macam nak pergi lagi. ^_^

nota: tak semestinya kedai yang popular itu sedaaap sangat.
nota: teh o panas = RM1.30  gulppppp
nota: VAT 1 = RM0.65  (apa ni??) tax ke??

Khamis, 12 April 2012

Jangan Terpedaya Dengan Iklan Institusi Pengajian Tinggi

Banyak iklan yang menawarkan tempat sambung belajar. Ada macam-macam kan. Kadang-kadang tu yang tak pernah dengar pun ada. Paling berpengaruh ialah iklan di televisyen.


Aku faham dengan perasaan remaja yang baru lepas SPM ni. Hati meronta-ronta nak masuk dalam mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT). Tak kiralah IPT mana pun, asalkan dapat pergi mana-mana. Bila orang tanya "pergi mana?" boleh jawab "pergi_____"


Tapi perlu disedari, pergi ke IPT ni tak semudah petik jari. Kalau yang dapat matrikulasi, asasi, tidak mengapa...yang tak dapat?? Akan mencari IPT yang boleh menyumbatkan dirinya.


Tolong...jangan terpedaya dengan iklan IPT yang menawarkan itu dan ini. Sila selidik dulu sebelum menandatangani apa-apa perjanjian. Semak dengan MQA. Tengok diiktiraf ke tidak. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Jangan main sign saja.

Khamis, 5 April 2012

German-Malaysian Institute (GMI) Open Day


  • July 2012 admission application
  • trending education & training
  • news feed on career prospects & financial assistance
  • discover high-tech labs & workshops
  • students' projects to like 
  • in-plant training & recruitment hot spots
  • and a whole list of exciting activities to mention...
Contact: 
  • German-Malaysian Institute, Jln Ilmiah, Tmn Universiti, 43000 Kajang, Selangor.
  • 03-8921 9191/9045/9046//9288/9322/9047
  • www.gmi.edu.my

Isnin, 2 April 2012

Ingin Tahu Mengenai Autism??


TARIKH : 21 & 22 APRIL 2012
MASA : 9.00 PG - 5.00 PTG
TEMPAT : CALIPH WORKSHOP,
TADIKA KHALIFAH ELIT
NO 53-2, JLN SETIA TROPIKA 1/30
TMN. SETIA TROPIKA
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
(bersebelahan AnZ Furniture)
PENCERAMAH : DR HASNAH TORAN
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN, UKM
PhD DARI UNIVERSITI OREGON, USA
KETUA PENYELIDIK MAKMAL PEMBELAJARAN AUTISMA, UKM
DAN MEMPUNYAI ANAK AUTISM 
BAYARAN : RM80 / PAX
RM 100 / COUPLE
RM 70 EARLY BIRDS FEE (Sebelum 1 april 2012)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI :
PUAN ANNY : 016-7227687
ATAU TINGGALKAN  SOALAN ANDA, 
(tinggalkan soalan pada link : blog kawan saya, saya hanya tolong promosi sahaja)
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI!!!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...