Ahad, 24 April 2016

Bila Pendrive Kesayangan Dipinjam Orang Belum Dipulangkan!

Boleh baca entri lain tentang pendrive di sini

Ini rupa pendrive saya yang pertama, tapi bukan 2G, saya hanya ada 256Mb. Beli masa belajar. Pendrive ini masih dalam simpanan kalau tak silap saya. Masih lengkap dengan penutupnya walaupun terdapat rekahan di penutupnya. Pendrive inilah yang isi segala assignment dan berjaya lulus di UMT dan UIA. Walaupun berpindah ke beberapa tangan teman rapat, masih sampai ke tangan tuan punya badan.

 
Ini pendrive kedua. Kingston Chinese New Year. Warna merah menyala dan warna keemasan. Beli sebab ingatkan pendrive pertama hilang, rupa-rupanya ada. Kalau tak, memang tak belilah yang ini. Pendrive ni saya sangkut dengan tali merah menyala juga. Memang osem! Masih dalam simpanan. Tapi dah tak boleh digunakan.


Pendrive ini di beli di KFC. Beli sebab ada gambar Ronaldo kat situ haha. Pakai tak lama dah rosak. Dah bagi pada adik.

Ini pendrive saya yang keempat. Yang ini di beli pada tahun 2015. Selepas Raya, mungkin bulan Oktober. Beli sebab saya rasa susah nak pindahkan maklumat. Saya ada external hard disc yang besar tu. Beli yang ni nampak smart sikit. 

Saya beli pendrive ini di kedai komputer AEON Seremban 2 bersama-sama adik saya. Saya ingat lagi, waktu itu, hanya tinggal beberapa ringgit sahaja dalam dompet saya. Lama jugak saya kat situ dok fikir-fikir pendrive apa yang nak di beli. 

Ada banyak jenis pendrive lain dengan harga berlainan dan pada waktu itu sangat sedikit duit yang ada. Tapi bila mengenangkan keperluannya, saya pun beli. Kingston menjadi pilihan saya.

Pendrive ini sebenarnya tak lama dalam genggaman saya. Tak banyak kenangan saya dengan pendrive ini kecuali kenangan membelinya bersama adik saya dan juga kenangan saya menimbang-nimbang nak membelinya sewaktu duit tipis. 

Bulan November atau Disember 2015 pendrive ini telah dipinjamkan kepada kawan baik saya untuk mengisi assignment mereka.

Ceritanya begini. Kawan baik saya serta kumpulannya kena hantar assignment. Kawan baik saya meminta pertolongan saya untuk saya burn kan dalam 3 keping CD. Tapi 3 CD tersebut tidak dapat menampung 'keberatan' assignment yang beratnya 3G++. Kalau nak burn dalam CD memang banyak giler CD nak kena pakai. Kalau nak VCD/DVD kena pergi beli. 

Akhirnya, saya isikan assignment mereka dalam pendrive kesayangan saya. Pendrive Kingston Kuning Putih tu. Pada mulanya, terdetik di hati saya bahawa kemungkinan saya takkan jumpa lagi pendrive ini. Mungkin inilah kali terakhir pendrive itu berada dalam genggaman saya. 

Khamis, 14 April 2016

Yeah!! Cashout Nuffnang Kali Pertama Selepas 6 Tahun!

Image result for nuffnang

Saya suka tinjau kalau ada surat hutang saya di pejabat sekolah. Al-kisahnya, kelmarin saya tinjau kot-kot lah ada surat hutang. Hurmmm, ada sepucuk surat untuk saya dan saya memang terfikir ianya adalah surat hutang. 

Tapi tak sangka pulak cek dari Nuffnang. Rasa macam nak melompat-lompat! Haha! 


Ok, saya tahu jumlahnya tak seberapa ^__^

Bila dah cecah RM50, saya pun request kat Nuffnang nak cashout. Tarikhnya 17 Febuari 2016. Cek Nuffnang sampai kat tangan saya pada 12 April 2016. Lama kan?

Ini adalah kali pertama saya cashout Nuffnang setelah 6 tahun menulis blog. Nak dapat RM49.54 tu punyalah seksa! 

Selasa, 5 April 2016

Karnival Jom Masuk U di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi

jom masuk u, ukm

Hari Ahad yang lepas, saya dan rombongan sekolah ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi untuk Karnival Jom Masuk U. 

Kali ini ntah kali ke berapa saya menghadiri karnival sebegini. Tak terkira kot. Sejak jadi kaunselor sekolah. 

Apa yang ada di sana?
Mestilah ada orang kan. Ramai giler. Tapi mungkin tak seramai hari Sabtu. Kawan-kawan yang pergi hari Sabtu cakap, jalan macam siput. Terlalu sesak. Hari Ahad, ok lah. Nasib pergi hari Ahad.

Apa yang ada lagi?
Booth Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). IPTS ni terlalu banyak sampaikan ada nama-nama yang tak pernah di dengar pun. 

Dekat booth-booth ni lah, diorang akan terangkan pasal universiti diorang ni. Kursus-kursus yang ditawarkan, syarat kelayakan dan sebagainya.

Kadang-kadang murid-murid tanya kaunselor, kaunselor pun tak terjawab, bukan apa, sebab terlalu banyak institusi pengajian yang ada. Jadi, inilah platform terbaik bagi murid-murid bertanyakan terus soalan-soalan yang terbuku di minda itu kepada orang-orang lebih arif di booth-booth tersebut.

Selalunya, orang yang berada di booth ialah mereka yang arif tentang sesebuah institusi itu. yelah, masa inilah nak promosi habis-habisan kan institusi masing-masing.

Ini Husna, bekas anak murid. Sekarang di SMAP Labu. (Anak murid lagi cerah bersinar dari cikgu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...