Memaparkan catatan dengan label kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kursus. Papar semua catatan

Rabu, 12 Januari 2022

Taklimat My Sistem 2

 

Assalamualaikum dan hai kawan-kawan,

Pagi tadi saya sempat menghadiri Taklimat My Sistem 2 di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Pilah.


Taklimat My Sistem 2

Taklimat di PPD Kuala Pilah


Taklimat My Sistem 2

Taklimat telah di sampaikan oleh Tuan Megat Affandi Hj. Ismail


Taklimat My Sistem 2

Sebelum balik, sempat bergambar bersama Ita, kaunselor Sekolah Tuanku Jaafar.

Khamis, 2 Februari 2017

Design Your Own Program (DYOP)


Hari ini saya ada program di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau.

Dapatlah 'surat layang' seperti dalam gambar.

Saya pernah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh En. Mohd Shariman ini. Tapi bukan kursus yang ini, kursus lain. Saya rasa berbaloi lah.

Ok lah, sesiapa yang berminat boleh tengok butiran di atas.

"Ilmu perlu dicari dan dipraktikkan"

p/s: saya tidak bertanggungjawab kalau anda rasa tidak berbaloi
p/s: saya tidak dibayar untuk info ini

Sabtu, 26 Mei 2012

AlFaliheen Management: Seminar Teknik Belajar Saat Akhir




Aku ingin mempromosikan Seminar Teknik Belajar Saat Akhir oleh Che Mat dari AlFaliheen Management. 


Sila klik AlFaliheen Management: Seminar Teknik Belajar Saat Akhir untuk maklumat lanjut.


p/s: aku tidak ada kaitan dengan AlFaliheen Management (AFM), aku promosi sebab AFM telah beberapa kali mengadakan program disekolahku - dan ia tidak mengecewakan ^_^


Jumaat, 22 Julai 2011

Kursus Direct Admin dan Joomla

            Aku telah diberi peluang mengikuti kursus Direct Admin dan Joomla pada 13-15 Julai 2011 di BTPN, Port Dickson. Kedua-dua nya benda yang aku tak pernah dengar sebelum ini. Pengetahuan = 0.

            Aku tak tahu pun rupanya kalau setiap laman web itu ada hosting haha. So, kalau tak silap aku, Direct Admin ni adalah hosting bagi web Joomla.

            Joomla ni pun aku tak pernah dengar sebelum ni. Joomla ni adalah percuma tau. Versi yang baru ialah Joomla 1.6. Memang pening kepala mula-mula tu, nasib baiklah penceramahnya banyak bersabar haha.

            Memang best rupanya buat laman web ni, tapi perlukan kesabaran yang tinggi dan masa...hemmm, tak tahulah bila agaknya laman web sekolah dapat disiapkan...tapi aku akan cuba =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...