Semalam jalan-jalan dari Bahau ke Subang Parade, Shah Alam. Sebenarnya, ini adalah kali pertama saya ke sini. Naik apa? Naik komuter sahaja. Jom tengok peta laluannya.
Dari Bahau, memandu kereta ke Stesen Komuter Senawang. Parkir kereta di situ. Oleh kerana saya pemandu yang berhemah, ia mengambil masa 1 jam. Haha!!
Beli tiket pergi-balik ke Subang Jaya. Saya jenis malas nak beratur lagi untuk beli tiket balik. Beli sekali harung, senang.
Naik komuter dari Senawang memang best, sebab tak perlu berebut tempat duduk! Bilangan pengguna yang naik dari Senawang, alahai, tak sampai 15 orang! Pilihlah mana-mana tempat duduk yang disukai.
Dari Stesen Komuter Senawang, kena turun di Stesen Komuter KL Sentral, untuk tukar laluan ke Shah Alam. Bila dah sampai KL Sentral, masuk ke laluan nombor 5 untuk ke Shah Alam. Dari Senawang ke KL Sentral mengambil masa 1 jam 30 minit, manakala dari KL Sentral ke Subang Jaya pula mengambil masa 30 minit. Kematu punggung haha! @#$%%$%^&**
Dari Stesen Komuter Subang Jaya, jalan kaki ke sebelah kanan. Subang Parade berada di sebalah kanan anda! Yeahhhh!! (saya pun tanya kakak penjual tiket komuter, kalau tak tanya sesat jalan). Serius tak jauh pun dari komuter.
Subang Parade bersebelahan dengan Aeon Big
Di luar Subang Parade
Jom kita tengok bahagian dalam pula: