Ahad, 29 Oktober 2017

Pengalaman Menghadiri Seminar Saham Dato' Dr. Nazri Khan


saham, dato' dr. nazri khan
Pelekat ini perlu ditampal di baju

Assalamualaikum, hai korang!

Hari ini saya berkesempatan menghadiri Seminar Saham Dato' Dr. Nazri Khan. Kenal tak

Saya pun tak kenal beliau pada mulanya haha!!

Saya dapat tahu pun melalui kenalan di seminar saham sebelum ini. Yep, ini adalah seminar saham kedua yang saya hadiri.

Kalau korang perasan, kat Facebook, selalu lalu iklan dia. Klik sini 

Saya dah ada akaun CDS (akaun untuk membolehkan jual beli saham) dah lama. Akaun CDS saya yang pertama ialah melalui CIMB Investment yang dibuat pada tahun 2014. Sekarang dah 3 tahun usia akaun itu haha.

Tiada tindakan apa-apa dibuat sebab waktu itu, saya takut, dan tiada ilmu.

Akaun CDS saya yang kedua dibuat pada tahun ini, iaitu pada ketika saya menghadiri seminar saham yang pertama. Akaun CDS tersebut di bawah M+ klik sini

Sesiapa yang nak menghadiri seminar, kena daftar di sini. Hari ini seminar, semalam baru saya daftar haha. Walaupun dah daftar secara online, tapi di pintu masuk masih perlu daftar ya.

Saya memang terpaku tengok ramai betul umat manusia dalam dewan The Everly Putrajaya itu. Siap dibawa masuk kerusi tambahan. Nak tahu berapa orang dalam dewan? 


Jangan kata dalam dewan yang mampat. Parking kereta pun satu hal. Penuh!

750 orang dalam dewan beb. Ya Allah, saya rasa macam nak balik jer (saya ada penyakit alergik dengan tempat yang ramai orang). Saya termasuk dalam golongan yang tak dapat kerusi, jadi kenalah berdiri. Adeh!

saham, dato' dr. nazri khan

Inilah dia orangnya. Dato' Dr. Nazri Khan ini mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam saham. 

Nampak tak kepadatan dewan? Takde satu pun kerusi kosong weh

saham, dato' dr. nazri khan
Boleh juga dilihat melalui 2 buah skrin dihadapan

Saya datang lambat. Hampir jam 9.00 saya sampai dalam dewan The Everly Putrajaya itu. Nasib baik seminar belum mula. Tapi ada tayangan video tentang peserta-peserta saham sebelum ini.

Dato' Dr. Nazri ini kelakar orangnya. Cakap bahasa yang mudah difahami. Iyelah kan, bahasa-bahasa saham. Saya tak faham sangat. Jadi Dato' Dr. Nazri ini memudahkan.

Korang, walaupun seminar ini adalah seminar percuma. TAPI banyak input yang saya dapat. Serius! Datuk Dr. Nazri menjadikan saya teruja tentang saham. Wow!!

Sebenarnya, apa-apa pun yang kita buat, kita kena ada ilmu. Tak boleh main terjah saja. Saya, kalau tak faham sesuatu itu, memang takut nak buat. Jadilah macam akaun CDS yang dah terbiar selama 3 tahun huhu.

Betullah kata Dr. Azizan Osman, "kita akan buat benda yang kita tahu buat". Contoh, kalau kita tahu buat 20 sen, kita akan buat 20 sen. Tapi kalau kita nak buat RM100, kita kena tahu macam mana nak buat RM100.

Dato' Dr. Nazri Khan cakap "nak kaya, kena jadi kroni orang kaya"

Akhbar The Edge - Harga RM5.30

Setelah sekian lama tak membeli surat khabar, balik dari seminar saham tadi, saya terus singgah di MPH Senawang untuk membelinya. Ini adalah cadangan daripada Dato' Dr. Nazri Khan. Boleh juga didapati di kedai 7E.

Cuba korang teka, apakah kaunter di Bursa Malaysia dan Antarabangsa yang akan saya beli nanti? Jeng jeng jeng!!

56 ulasan:

  1. seronok bila dapat hadir seminar kan

    BalasPadam
  2. awal bulan hari tu abang sy pergi kursus 3 hari dr nazri ni kat pullman putrajaya insya allah bln 12 ni dia akan ikuti kelas pula... dia share juga ilmu saham ngan saya tp sy x fahammmm ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk tyer..kelas ddnk brp rm

      Padam
    2. Boleh pilih seat byr atau free... search menangsaham register

      Padam
  3. Tak kenal ahaahah..kalau DSV kenal laaa

    BalasPadam
  4. Semoga success cikgu ct..di mana ada kemahuan d situ ada jln

    BalasPadam
  5. Mrs. A pun tak kenal hehehehe...

    Wow! ramai juga audiencenya sampai cikgu kena berdiri je..

    BalasPadam
  6. apa yg apps yg dato recommend aritu lupa la...sabco ke apa ntah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saxo Bank Atau saxo trader bos

      Padam
    2. App nama nya Saxo Trader Go. Ada perkataan go go go dibelakang heheh. Tapi memang platform Saxo Bank. Nak buka boleh refer sini https://www.youtube.com/watch?v=XlkqzNbTTX0&list=PLT5kw-WF2pjLV3d5dhxg0YIrKqjjqRqN5

      Padam
    3. berapa minimum depo? saya dengar ada yang kata minimum 10usd..betul ke?

      Padam
  7. Mcm mn debgab perkembangan terkini aktiviti saham puan? Sy baru nak berjinak2

    BalasPadam
  8. Saya pun berminat nak tau..

    BalasPadam
  9. Saya pernah hadir ke seminar DDNK. Tapi sedikit advise utk professional trader, tak perlu pergi, sebab nanti melucukan diri. Bukan maksud saya DDNK penipu, saya respect dia, ilmu dia tinggi, Dan dia mempunyai pengalaman dalam bidang trading yg baik. Tapi Di seminar tu dia tak explain ttg trading secara detail, sebagai contoh Di seminar tu, dia cakap kalau hijau just terus beli, merah terus sell atau short Di option. Bagi trader yg telah trade utk beberapa tahun, benda camni memang melucukan la. Bukan dia bohong, tapi detail dia x bagitau melainkan anda ambil package Kelas atau workshop dgn dia iaitu guerilla atau swing class yang memakan belanja rm3997 hingga rm5997. Tiada short cut utk berjaya, bagi mereka yg tiada wang sebanyak diatas ni, saya suggest beli buku tentang saham Dan baca. Berbelas belas orang stock trader yang mempunyai port folio more than rm10million yang saya kenal semua tak pergi Apa2 seminar Dan Kelas, masing2 berguru dengan buku saja. DDNK juga seorang guru, Dan saya respect dia sebab dia mewakili banyak syarikat Dan menjadi advisor utk bursa dan lain2. Cuma utk orang yg tidak mampu tu, ini bukan utk anda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep, ini betul...ini macam preview sahaja. sebab itu percuma. sesiapa yang berminat, pergilah kelas dato'. ilmu memang mahal. sejujurnya, saya kurang kemampuan untuk ke kelas dato'. tapi bagi sesiapa yang berminat, silakan.

      Padam
    2. Jazz M boleh bg tau buku yg mana plg mudah nak faham?

      Padam
    3. tumpang tanya, dalam package american bull tu ada buku dan 2 dvd yang ddnk offer. berbaloi tak? dia ada tunjuk secara detail tak dalam buku dan dvd tu?

      Padam
    4. Saya dah trade 21 tahun, sejak 1998. Masa tu guna remiser lagi. Punya la jauh remiser, kawan sekolah dulu jadi percaya kat dia no problem. cuma bila trade takde ilmu. harapkan remiser je. Tahun lepas saya start trade secara serious. Terjumpa buku yg saya fikir terbaik utk jadi panduan semua, 'How to Make Money in Stocks' by William J O'neil. Takde jual kat MPH atau Popular book store sbb stock habis. Jadi beli kat Amazon. Dia ada supplementary book, "How to Make Money in Stocks - Success Stories" by Amy Smith. Tak perlu belanja ribu2 utk jadi trader yg baik. Semua concept DDNK tu ada dlm buku ni. Selamat berjaya!

      Padam
    5. Buku apa tuan suggest kan? Saya baru nak berjinak2 dalam saham. Tapi nak menimba ilmu dan berguru dulu. Saya dah penah lost kat forex

      Padam
    6. Camana nak beli ?

      Padam
    7. Recommendation saya pergi ke kedai buku kinokuniya. Memang ada section khas utk trader saham, futures, forex etc. Sangat2 berbaloi. Dan lagi satu buat mereka yg pergi ke kelas ddnk, dia ajar utk trade cfd iaitu contract for different. Utk pengetahuan, saya belum jumpa lagi satu pendapat yg menghalalkan kecuali haram kesemuanya.

      Padam
    8. Tanpa Nama08 April, 2020

      Saya seorg forex trader. Dan ingin kembangkan lagi bidang trading ni dgn menceburi stock market. Kelas ddnk yg percuma tu saya sudah join. Sgt2 bagus utk pemula. Tp mcm saya ianya mmg lucu la. Dan saya ingin join kelas yg dulu hardcore trader skrg amazing investor kn? Kt mana nk daftar AI tu? Saya tgk kt lamanweb menangsaham tu xde la utk daftar AI. Tlg bantu.

      Padam
  10. Amacam dah nampak jalan kejayaan dalam trading saham?

    BalasPadam
  11. Boleh saya tahu berapa kos nak masuk kelas dengan DDNK ni? Sebab check di internet tak jumpa harganya

    BalasPadam
  12. Saya dh 7 thn main shm ni..mula dari ipo..sblm tu main sikit2 utk bljr..kira mgkn dh 10 thn kenal shm cuma yg betul2 main shm 7 thn la..sbnrnya sy minat shm ni.

    Ok..sy mula bt utg dgn ipo fgv 2012..utg yg agak byk..sy trkj mudahnya utg main ipo ni..later utg lg dgn ihh..dn terus utg dn utg..sbb kan itu sy ada 7 cds ats nm wife dan fmly..ada ipo yg sy rugi ..sy ada buku rekod yg kemas..sy dulu stdy accounting..jd rekod mmg kemas

    Dgn 7 cds acc pasti sy dpt je ipo tp ipo ni x byk..dlm sbln satu atau tiada..jd tak excited la..sy cuba beli ipo luar negara tp tak lps..smp singapore sy pg bkk acc tp ipo tk boleh beli utk foreigners

    2018 dan 2019 sy mula masuk open mkt..ye sy mmg ada modal yg agak besar tp main bsr bahaya sbb rugi pn bsr

    Sy jg pergi kursus shm fy dan hj asri serta jeffry maybank tp utk bt konsisten profit sukar sbb mkt kita jth

    Pendekkan cerite sy mmg dpt identify simple je mtd utk entry dan sell..sy hnya tgk chart counter, volume , chart counter overall , buy n sell volume n value, ema ..terus boleh buy..utk my level now krg dari 30 saat sy boleh bt entry ikut yg indikitor td..mmg boleh utg tp tgk mkt jgk la..tp kita kena konsisten dgn teknik kita

    Sy sbb dh byk bt kajian jd klu loss oun sy tahu sbb volume krg mkt tak cantik..teknik tu mmg dh tepat

    Kita jgn rs down sbb bkn mudah nk bt utg dlm share mkt ni..kdg2 kita dgr kwn utg bsr tp later kita dgr dia rugi bsr plk..so no point mcm tu..tu mcm waste time

    Better kita konsisten wlau utg kck kan..selama 7 thn sy ada knl remiser yg pandai main dn bt konsisten profit..sy dpt trading journal diaorg dan kaji..itu tambah keyakinan kpd teknik yg sy pilih..ok tq..sorry long writing

    Azwar
    Email azharzawan07@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. 'ema' itu ape boss? Boleh sy tau

      Padam
    2. Exponential Moving Average

      Padam
    3. Tanpa Nama18 Mac, 2022

      tulisan en Azhar bagus, cuma banyak short form. mengganggu pembacaan (dan agak menyakitkan hati)

      Padam
  13. tak perlu byk indicator..guna ema dan volume dah cukup utk entry(buy).. utk lg confident detect resistance ia dan support..support tu guna utk CL klu trade fail.tk

    azwar karim
    017 5389774

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy br nak belajar. Boleh ajari sy?
      emel sy: azruhq@yahoo.co.uk

      Padam
    2. Encik masih bertrading lagi ke. Berminat nak belajar dgn encik

      Padam
  14. Statistics mengikut kajian sebenar 89% retail trading accounts lose money all over the world. Hang pi kursus ke tak pi kursus, setiap 10 org yg main saham, 9 akan rugi. Yg buat consistent profit yg duduk kutip duit kursus saham. Penipu besar semua tu.

    BalasPadam
  15. Sekadar perkongsian, saya tgk website babypips.com utk belajar technical indi sbb penerangan dan contoh sgt concise, ada website yg bagus mcm majalahlabur.com, mahersaham (Tn Maher Elias), web investopedia, buku2 kalau nak cepat saya download di web libgen, tapi sy prefer harcopy, ada yg kt mph, ada yg kt amazon. Tuan2 boleh baca buku Volume Price Analysis by Anna Coulling, sgt menarik.

    BalasPadam
  16. Saya baru nak mula. Try nak join DDNK, tapi tengok dia punya videos dalam youtube/fb, macam orang buat MLM sahaja. Lalu saya cari tempat lain. Nak baca buku rasa susah sikit. Lalu terjumpa course complete di UDEMY, harga hanya RM44.00. Memang berbaloi. Dia ajar semua apa yang perlu kita tahu tentang stock trading. Di sana pun ada banyak lagi kursus advanced dan special, contoh utk Day Trading...

    https://www.udemy.com/share/1013gsBEAadVxWTX4=/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama12 Ogos, 2020

      macam geng azizan osman ngan najib assadok....tak berapa minat....aku spend rm 300 aja ngan pakya trading notes...dah settle

      Padam
    2. Pakya trading notes bagus ke?

      Padam
  17. kata kata trader menyebut
    1.ikut trend
    2.fahami pergerakan market atau reaksi market
    3.buy atau sell jika ada pengkalan yang kuat contoh pattern pattern cup and handle , double bottom dan flat base
    4.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Binance market saxo bank tu tipu ke ok.ada org ajak sy msk

      Padam
  18. Tanpa Nama06 Mei, 2021

    coretan perjalanan aku dgn kelas DDNK..

    2017-2018..start kenal DDNK melalui promosi online then masuk preview percuma. dr situ tahu sedikit sebyk psl platform. bukak akaun SAXO dan deposit MINIMUM 2k usd. disebabkan aku dh ade techinical knowledge dr forex sejak 2005 lagi, aku berjaya generate jadi 9k usd dlm sebulan.
    2019- akaun hancur. depo lagi 3kusd..trade mcm ok lps tu hancur lagi..depo lg 3k. trade maintain..
    2020- akaun hancur kene libas sebab covid. market jd x tentu hala.
    lepas tu aku decide masuk ke kelas DDNK ats dasar nak tau sgt ape ilmu rahsia yg buat DDNK ni hebat. bayar 7k utk kelas pakej guerilla. dptla tshirt 2 helai+buku panduan trade (dgn byk typo) dan kelas ade bbrp sessi. sessi terakhir dia ajar ttg option strategy pakai tastyworks. disuruhnya trade demo dulu. tp tastyworks xde demo. so demo lah ngn akaun saxo..bila lps kelas option strategy tu aku depo MYR19k. ikut satu2 dlm buku. DDNK ajar agak contradict dgn admin lain yg mengajar dlm sessi revision. teknik bercelaru dan haru biru..saxo tah kemana..tastywork ntah kemana..bila kelas revision je DDNK ats kapasiti org yg berlesen suruh "buy call" certain stock dgn expire date seminggu.siap ckp lg kalo x buy kira derhaka pd guru..siap promo Q-Option lagi yg mmg aku tau ntahapehape.. . aku pon pejam mata ats dasar dia ni maybe tahu sesuatu.aku pon buy jelah stock yg dia ckp gerenti akan naik tu guna saxo yg masih ade 3k usd. kelaut....bila sessi revision lain DDNK asyik buat "buy call" slps review technical indi mcm MA/Slow stoch shj tp semua ke laut jugak. mmg org kate TAYOR dn jgn ikut org lain. tp dah dia aku consider DDNK ni guru dan "org bertauliah", aku place je buy call. ke laut jugak. lepas tu mulalah bercerita ttg trading plan bagai. bila ade student rugi, admin dorg akn push utk share trading plan.trading plan tu bagus kalau ade indication bilamasa ko nak buy dan bilamasa ko nak CL/TP. trading plan dorg cuma tekankan psl bilamasa ko nk buy je berdasarkan ciri2 indi yg dorg suruh refer.tp bg aku dorg sengaja nak cari salah org berdasarkan trading plan tu.post mortem cari salah utk cover dorg. yelah bila ko amik kira (Heikenashi+MA+Stoch+Squeeze) nak kene semua perfect utk satu2 trade mmg susahla sbb melibatkan banyak timeframe. bila TF1H kata ok, TF lain kate x ok. last2 kite jugak dipersalahkan.skg ni aku mmg dah x trade dan naik menyampah bila DDNK ni dok up psl mudahnya buat duit ni. mmg betul dorg buat duit melalui kelas. fullstop. admin dorg pon cam kerek bila ditegur. mcm bagus pon ade sesorg.DDNK ade dana besar xpelah. bantai expire date 6 bulan pon xpe. ni ikan bilis mcm aku ni nk buat caner. dlm beratus member dlm telegram tu, mula2 je berapi sesorg nk tunjuk hebat. siap tunjuk untung trade tesla, nvidia mcm2 lagilah. real ke tak x taulah. yg bestnye ade mamat sorg ni siap ckp je dia untung berpuluh ribu USD sehari tp x pernah tunjuk SS. yg aktif(sembang kari) dlm group mesti akn diinvite utk buat sessi video utk dikongsi dlm FB. kononnya utk bikin panasla.promosi mantap beb.. skg semua senyap..mcm mati pon ade group tu. byk yg dh patah hati dn terasa mcm ditipu dgn kebodohan diri sdiri. termasukla aku. bodoh sbb masuk kelas yg bapak mahal tapi hasilnya x spt yg dorg expect. padahal byk je sumber free kt luar sana. kelas saham fee beratus pon byk. ntahla nak kata menyesal pon x guna jugak. aku share ni ats kapasiti org yg dh ade background trading tp masih membodohkan diri bg duit dekat org yg anjurkan kelas yg xde nilai mcm ni. so pd korg yg rs yakin nak masuk kelas DDNK ni, silakan. korg nilaikan sdiri kemampuan korg. kalau ade sumber lain yg lg murah mahupun percuma cuba dulu cara tu. sbb teknik mane2 pon sama je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bang thank you so much buat review ni saya sangat hargai, saya pun ingat terminat join saham kelas ni tapi maklum la saya student lagi duit pun tak banyak hahha jadi agak takut la. skrg saya ada join kelas forex la, kalau abang berminat ajar serba sidikit forex kepada saya, akan saya hargai. terima kasih sekali lagi buat commnet abng. email saya, fiqryshah54@gmail.com

      Padam
  19. aku dh attend kelas guerilla..quite dissapointing la sbb mmg basic sgt. lbh tekankan pd psychology which is also basic. xde pon teknik gempak melainkan EMA/stoch. screener utk stock pon pakai finviz which ramai dh share dlm youtube. nak xnk explore je. selebihnya byk kpd promote diri sdiri kononnya the best GURU dlm malaysia. tu jer..yg lain tadak..better cari kelas yg lagi murah dan bermanfaat atau free pon blambak..jgn bazirkan wang anda adalah nasihat paling berguna.

    BalasPadam
  20. Saya puas belajar dengan orang-orang yeng mengaku 'sifu'. Puas beli buku dan CD dorang. Tidak dinafikan mereka ajar kita trading. Tapi dorang tak ajar kita macam mana nak buat duit. Setelah puas merasakan "macam kena tipu", akhirnya saya belajar dengan Mat Salleh. Alhamdulillah, barulah saya tahu apa hakikat dunia trading. Pendek kata, tiada jalan pintas. Kena banyak membaca. JANGAN BELAJAR DARI ORANG YANG KAYA KERANA MENGUTIP YURAN KURSUS DAN JUAL BUKU/CD TRADING. Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ddnk yuran dlm 6990 setiap batch dia kami kira dalam 1500 org itu baru program gerilla belum masuk lain2 pelan...total lbh kurang 3k setiap batch..

      Kita kira 6990 x 1500 + other pelan...rasanya dlm 20 juta dia kutip tiap 6 bulan...

      Tp terus terang sy ckp majority yg join gagal dan lebur duit

      Bg sy iklan yg di war2 dlm radio dan media sosial tu sgt mengelirukan dan inaya org

      Padam
  21. Tanpa Nama23 Jun, 2021

    Bagi aku kelas yang di buat dengan cas yang dikenakan tidak berpatutan sama sekali .aku pergi kelas yang paling mahal (RM 7000) ye. tapi apa yang kami student2 ni dapat ? dicampak nya semua student2 seramai 700++ tu dalam satu grup telegram yang di handle oleh so called "crew" yang mostly bekas2 student dia yang tak berape berpengalaman (student2 dari kelas2 yang lepas,pengalaman ad yg tak sampai setahun pun ) . Jadinya , korang fikir2 kan lah nak join ke tidak kelas dia ni. bila bertanya tak di jawab , tanya lebih2 kene marah dengan crew2 yang berlagak . aku berani jamin la dalam 700+ student dia ni, tak sampai 10% yang betul2 faham dan boleh buat duit dengan kelas dia ni. bila di mintak buat survey berapa ramai yang dah boleh buat duit dengan teknik dia pun pun tak nak. kau faham2 je lah kenapa . Dan bila ramai fail ,apa diorang ni buat ? diorang akan suggest pergi kelas revision yang di cas rm 300 lebih lagi. masa tu aku dah rasa kena game dah. tu belum lagi dia menipu kata option stock ni syariah (dia akan petik nama ustaz daud bakar walhal ustaz tu sendiri explain yang option ni tak syariah). senang cerita dia ni cuma bagus bab2 marketing kelas dia (anak murid azizan la katakan). dia akan buat apa saja untuk orang pergi kelas dia, biarpun menipu tentang halal haram.

    So , dari korang pergi kelas dia yang tah hapa2 ni (lebih pada angkat bakul sendiri dan menari bara2 bere2), aku suggest korang pergi kelas yang free dan murah macam PASM (Akademi 1303) , pakya trader or Golden SOP (AA) . sebab aku nampak kelas2 ni lebih pada nak membantu walaupun ade la cas juga yang di kenakan (takkan semua benda nk free dak) . dari korang pergi kelas DDNK ni yang terang menketedarah duit orang ramai. sumpah aku dah hampir putus asa dah dalam saham ni bila pergi kelas dia. nasib baik lah aku jumpe kelas2 yang aku cakap tadi. sumpah cakap, lagi berbaloi dari pergi kelas DDNK yang rm 7000 tuh, tapi bab basic theory TA pun dia tk tekan kan.

    Apa yang aku kongsi kan ni bukan sebab nak tutup rezeki orang lain, tapi sebab aku tak mahu orang lain terkene apa yang aku dah terkene. ramai sangat yang suffer pergi kelas dia ni dari yang betul2 boleh buat duit. harap sapa yang baca ni share pasal apa yang aku tulis ni, yang betul2 kaya dia dan crew dia je. ade batch aku sampai belas ribu loss sebab belajar dengan dia ni.

    BalasPadam
  22. sy nk bg review atau pengalaman sepanjang join program ddnk. sy bayar yg paling mahal berharga 7k tp sebenarnaya lepas tuan2 akan di up sell lg jika nk jd scalper dgn 2k bayaran kalau berminat

    ini pandangan iklas saya;
    kebaikan
    1) ddnk ni sy dapati seorang trader yg ada track rekod dia ada dpt bebrapa anugerah la...dan dia bole trade live depan student dia utk buktikan dia bole untung walaupn ada jg beberapa kes rugi...tp tu ada adat dlm trading yg penting total untung lbh byk

    2) kelas dia akan di buat secara berkala...dan tips2 yg dia bg utk jd seorang trader pro tu ada...kita byk bole belajar

    3) overall dia seorang trader yg baik bg sy

    4) dia ada support team di telegram yg sgt komited dan bole jawab soalan2 walaupn mereka ini bukan pro trader dan byk soalan2 di telegram berkait dgn teknikal2 dan cara penggunaan platfrom dan teknik2

    keburukan
    1) jumlah student terlalu ramai utk setiap batch di anggarkan sekitar 1000 lbh dan di bahagikan setiap telegram group 300 org lbh...dan ramai yang tak boleh ikut apabila di telegram....hanya segelintir saja yg akan aktif di room dan majority akan diam di belakang...

    2) sesiapa yg tak tahu bole tanya cst atau suppport di telegram dan bukannya mentoring yg di war2kan...( iaitu mentoring mestilah ada report dan feedback barulah kita bole tahu perkembangan) tapi sebenarnya x ada pun...hanya bergantung siapa nak tanya di telegram kalau tak tahu sesuatu isu

    3) student dr pelbagai level akan di mix sekali...jd ada yg pandai dan ada yg x ada basic langsung dlm dunia trade...akan wujud sindrom takut dan give up bila org2 yg pandai tanya soalan2 advance....

    4) untuk advance options...didapati kami tgk..mostly akan guna single leg dan yg strategi ramai yg blur....

    5) hasil pool dalam group lepas kelas berakhir 3 bulan....60++% masih terumbang ambing dan 20%++ blow acct hanya 9% bole trade dan x pasti bole buat untung atau tidak

    6) testimoni yg di buat di fb mostly tak berapa tepat ( ianya lbh berbentuk show case utk tarik student baru yg mana sebenarnya trader yg dikatakan untung tu pn masih terumbang ambing...mereka kebanyykaan menceritakan detik2 untung dan x nyatakan ssama ada mereka sudah konsistant buat untung....

    dan byk lg kalau nk cerita.....

    kepada yang berminat utk belajar ilmu trade pro mgkin bole masuk jika ada kemampuan kerana ddnk ini seorang trader yg berpengalaman dan berkebolehan tetpi selepas 3 belajar dan keluar nk buat duit mcm di omong2 dalam iklan tu mgkin tuan2 kena pikir byk kali sbb dari statistik pool ramai yg x berjaya konsistant dan pihak vega ( admin ddnk) tak akan ambil peduli sgt utk buat follow up secara serius utk bantu ramai yg kehilangan duit dan modal....

    kebanyykan pelajar yg join jumlah modal mereka keluarkan

    1) yuran kelas 6990
    2) depo di saxo atau tastywork 2k usd ( RM 8k++)

    total lbh kurang 15k...tapi ada jg yg x mampu akan depo lbh sedikit dr jumlah tu di broker...dan itu belum masuk subcribe tradingview kepada yang mampu, finviz, dan lain2 software..

    sekian arap membantu...kawan2 di luar sana....

    BalasPadam
  23. bila baca2 komen di ats dr yg dah penah join kelas DDNK ni, sy dpt simpulkan JANGAN bazirkan duit anda join kelas DDNK. Cari kelas yg affordable dan free berlambak kat luar sana. pandai google jumpala sbb kelas DDNK kualiti sama saje dgn yg free. mahal sebab BRANDING DDNK je. ikhlas sy ckp sy pon dah terjerat sama ke kelas guerilla. bukan niat nak kacau periuk nasi org, cuma nasihat kpd ramai sbb menyesal tak sudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama21 Mac, 2022

      Aku joined yb Swing package. Dapatlah juga belajar ilmu jualbeli saham utk US market guna Saxo platform tu. Tp sejak kelas tu tak pernah nak buat real trading pun sbb;
      - Dah terbukti kalau trade mother stock, mmg sgtlah susah nak buat duit, pergerakan slow. Demo trade rugi memanjang walaupun dah buy guna segala indicators yg dicadangkan.
      - trade Options guna demo acc mmg boleh untung. Tp bila aku pikir balik diam2 sambil contemplate myself, nampak mcm bnyk sgt unsur2 gambling di situ. Tu yg aku agak keberatan nak teruskan dgn real acc.
      - teknik2 yg di ajar utk trade bursa malaysia, hasilnya semua ke lautttt. Hahaha. Nasib baik aku tak kemaruk nak pump duit bebanyak dgn kaunter2 yg ddnk mentioned dlm kelas. Haprak! Hahaha
      Sekian.
      Tepuk dada tanya iman.

      Padam
  24. As salam..boleh belajar dengan saya secara percuma..untuk bantu kawan2 yang nak part time trader macam saya..saya rasa semua dah ada basic cuma emosi dan money management ja selalu kacau bilau..kelas DDNK ni saya join yang free sahaja..ok la..sampai part promote tu saya skip..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Camne nk blajar ngan tn?

      Padam
  25. Tanpa Nama10 Mei, 2022

    Ini sikit feedback lps 1 year plus join ddnk...sy dapati majority kawan2 berenti akhirnya atau dah slow trade atau give up lps ramai yg blow acct...
    .

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...