Isnin, 27 Mac 2017

Bidan Terjun di Majlis Penutupan Program Bina Sahsiah Fardhu Ain (BISAFA)


Ingat tak entri pasal program ini? Kalau tak ingat, boleh baca kat sini.

Semalam, ketika sedang duduk berehat, sambil menonton rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), saya menerima satu panggilan telefon:

Assalamualaikum cikgu
Waalaikumussalam

Cikgu tengah buat apa?
Tengah tengok tv, ye nak apa?

Cikgu, boleh tak datang majlis penutup Program BISAFA hari ini?
Hah!?? Panggilah orang lain...

Orang lain ada hal cikgu...
Alamak...

Tinggal cikgu je nih
Alaaa, panggil lah orang besar lain, saya nih orang kecik (merujuk kepada jawatan)

Semua tak boleh cikgu
Aiseh, majlis penutup pukul berapa?

Pukul 12.30 tengahari
Sekarang pukul berapa? 

12.15 cikgu
Hah!?? Ko nih Faqih (15 minit je lagi)

Boleh ek cikgu?
Ok, tapi saya tak nak berucap (bidan terjun kan, lagipun ada wakil PPD, kang ada pulak tergagap-gagap)

Terima kasih cikgu.
............................................................
Saya sampai di sekolah dah pukul 12.31 tengahari.

Waktu itu, perasmi Ustaz Ismail (wakil PPD) dah sampai dah. Adoiii.

Jom kita layan gambar sekitar Program BISAFA:




Rabu, 22 Mac 2017

Filem Nil Battey Sannata - Jangan Berhenti Bermimpi

Takde salahnya kalau gagal
Apa yang salah ialah mengaku kalah sebelum mencuba!

Ini adalah petikan Filem Nil Battey Sannata, yang saya tonton minggu lepas secara online.

Jom tengok trailer Filem Nil Battey Sannata:


Filem ini saya tonton secara tak sengaja. Sebenarnya saya tak pernah dengar pun tajuk Filem Nil Battey Sannata ini. Bila baca diskripsi cerita yang agak menarik, saya pun tontonlah.

Yep, memang menarik pun. 

Pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya

Well, kena jugak dengan saya (seorang yang lemah Matematik!)

Ok, sesuai di tonton oleh semua golongan usia.

Nak-nak lagi, bagi lepasan SPM, STPM, dan bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. 

Saya berani jamin, tak rugi tengok Filem Nil Battey Sannata ini!

Selasa, 21 Mac 2017

Koleksi Perak/Silver/Dirham Untuk Dijual

Hari ini saya nak jual koleksi perak, silver atau dirham yang ada dalam simpanan saya.

Kalau nak beli, sila whatapps saya di nombor: 0112 098 2764

1. 1 Dirham silver 999 - 59 tahun kemerdekaan Malaysia (Edisi Terhad)




Harga: RM35 (termasuk pos ekspress) 

2. Ayat 1000 Dinar (Edisi Terhad)

  • 1/8 Dinar (999 emas 0.53g)
  • 1 Dirham (999 perak (2.975g)




Harga: RM251 (termasuk pos ekspress)

3. 1 Dirham KGT (Edisi Hari Raya) silver 999




Harga: RM53 (termasuk pos ekspress)

4. Sasanian Drachma Hormazd IV (Edisi Terhad)
  • 4g silver 999
  • Inspired by King Hormazd IV. 




Harga: RM40 (termasuk pos ekspress)

5. Zodiac Monster Series: Capricorn 999 silver (Edisi Terhad)




Harga: RM37 (termasuk pos ekspress) 

Cantikkan? Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah atau sebagai koleksi.

Berminat nak bukak akaun Public Gold? Klik link di sebelah kanan blog ini.

Whatapps saya 0112 098 2764

Ahad, 19 Mac 2017

Program Bina Sahsiah Fardhu Ain (BISAFA) - Bagai Sirih Pulang ke Gagang


Suatu petang pada hari Jumaat, ketika itu saya sedang bergegas untuk pulang, saya terlihat 4 orang bekas anak murid saya berada di pejabat. Rupa-rupanya mereka mahu berjumpa dengan tuan pengetua. Malangnya, pengetua tiada di pejabat, kerana menghadiri mesyuarat.

Salah seorang daripanya (Anwar) ingin menunjukkan beberapa helai kertas kepada saya. Melihatkan kesungguhannya, saya pun layan sahajalah.

Cikgu, kami nak buat satu program di sekolah
Oh, program apa?

Program Fardhu Ain
Oh, bagusnya

Lalu Anwar menunjukkan kertas kerjanya kepada saya.
Ok, bagus, perincikan bahagian bajet ye (bila melihatkan bahagian bajetnya kosong lagi)

So, apakah sasaran korang?
Mula-mula kami target budak-budak sekolah rendah saja cikgu, tapi bila mengenangkan kami nak buat di SMAHMU, takkan tak nak open kat murid sini (SMAHMU), jadi, kami sasarkan juga murid tingkatan 1 dan 2.

Kami akan melibatkan sekolah-sekolah seluruh Jempol 
Saya terdiam (sebab selama saya bekerja, saya belum pernah buat program besar yang melibatkan banyak sekolah). Wah, program besar nih! Hebatnya! 

Cikgu, agak-agak pengetua bagi tak buat kat sini (SMAHMU)?
In syaa allah, saya rasa takde masalah.

Ok, saya doakan semuanya berjalan lancar untuk korang!
Terima kasih cikgu.

Butiran Program Bina Sahsiah Fardhu Ain (BISAFA):

Sabtu, 18 Mac 2017

Tahniah Kepada Pelajar SPM 2016

Image result for result

Yep, seperti orang lain, saya pun nervous dan teruja nak mengetahui keputusan SPM 2016.

Keseluruhannya, Negeri Sembilan mencatat keputusan SPM 2016 kedua terbaik di belakang Putrajaya. 

Sekolah saya, SMA Haji Muhamad, mencatat tempat ke-23 terbaik di dalam Negeri Sembilan. 

Baca >> Mohamad Ucap Tahniah kepada Pelajar SPM 2016 Negeri Sembilan

Semua sekolah agama dalam Negeri Sembilan mencatat keputusan yang memberansangkan. (Siapa cakap sekolah agama kelas rendah?)

Abang Sado

Ratu Cantik

Melihatkan kepada keputusan pelajar-pelajar SPM 2016 ini, semua cikgu pastinya memuji. Walaupun ada pelajar yang gagal 4 atau 5 subjek. Kenapa?

Isnin, 13 Mac 2017

Letak Nama Pelanggan Sebagai Introducer Public Gold

Public Gold Marketing Sdn Bhd


Siti Hazreen
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764

Semalam, ketika saya sedang bersantai-santai menonton cerita omputih bertajuk "It's Complicated" (macam complicatednya hubungan saya dengan lutut saya haha) saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari kawan baik saya, Azreen.

Al-kisahnya, suami Azreen (Pian) nak buka akaun Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold. Oh! Ini berita baik!!

Pian pun tanya lah, kot-kot dia boleh letak nama Azreen sebagai introducer. Mula-mula saya jawab tak boleh sebab Azreen belum menjadi dealer.

Ahad, 12 Mac 2017

Makanan Tambahan Untuk Sakit Lutut


Okeh, masih bercerita tentang lutut. Kisah lutut sebelum ini boleh dibaca kat sini.

Semalam, lutut saya masih sakit walaupun telah dibekam, telah dituam air panas dan telah di sapu dengan gel herba.

Sesungguhnya sakit lutut ini, telah menjadikan saya tak keruan.

Semalam, Kak Nor telah menelefon saya dan bertanya khabar. (So sweet lah Kak Nor)

Sebenarnya semalam, saya macam nak kena demam, tapi tak jadi demam.

Kak Nor mencadangkan saya agar berjumpa doktor pada hari ini bertanyakan tentang sakit lutut yang saya alami.

Sejujurnya, saya hanya berjumpa doktor untuk sakit biasa seperti demam, selsema, dan batuk. Belum pernah berjumpa dengan doktor tentang masalah sakit lutut.

Oh, ya, saya pernah ke Klinik Bahau tentang sakit di atas tapak kaki, lalu saya ditertawakan oleh doktor itu. Hurmmm. Mungkin ini lah sebabnya saya berat nak berjumpa doktor tentang masalah sakit lutut.

Jadi, pada hari ini, saya berfikir, mungkin klinik tutup sebab hari Ahad, lalu saya ke farmasi di Bahau untuk membeli ubat sakit lutut.

"Ye, ada apa yang boleh saya bantu?"
"Saya sakit lutut"
"Dah berapa lama?"
"Dah sebulan lebih"

Saya terangkan lebih terperinci:

"Saya sakit lutut. Lutut saya tak boleh lipat. Nak bangun duduk sakit. Ada bunyi pulak tu".
"Saya dah bekam, letak minyak angin pun macam tu jugak"

"Okeh, kalau berbunyi itu, tandanya minyak gris lutut dah berkurang. Sekarang ini nak ubat tahan sakit ke makanan tambahan?"

Saya fikir kalau ubat tahan sakit ini sekejap sahaja. Lebih baik ambil makanan tambahan.

"Ambil makanan tambahan lah. Ada cadangan?"

"Ambil glukosa dan minyak ikan atau boleh juga beli pil kalsium, vitamin B"

Sambil orang farmasi keluarkan makanan tambahan letak atas meja.

Ahad, 5 Mac 2017

Ragam Instagram


Okeh, cakap betul-betul berapa akaun Instagram yang korang ada?

Saya pernah ada 3 akaun Instagram. Banyakkan?

Akaun Instagram yang pertama (tak aktif) akaun Instagram private - hanya untuk rakan-rakan rapat. Kebanyakkan saya follow Instagram artis haha!! Jangan cari akaun ini, dah tak aktif ya.

Akaun Instagram yang kedua (aktif). Akaun Instagram yang kedua ini lebih khusus kepada poskad, setem dan seumpama dengannya.

Akaun Instagram yang ketiga (aktif) ialah seperti gambar diatas.

Tengoklah bilangan akaun Instagram yang saya follow tu. Tergelak kejap.

Jom kita analisis, siapakah yang kita follow di Instagram? Antara yang saya follow:

Sabtu, 4 Mac 2017

Cara Pindahkan Astro Ke Tempat Baharu

Image result for astro


Ok, saya memang tak nak langgan Astro dah.

Tapi, kesian pulak kat keluarga saya, kang tercengak-cengak takde TV. Eh, korang faham tak tercengak-cengak tu? Pasang Astro, bukan nak tengok sangat saluran Astro tu, tapi yang ditengoknya ialah TV3.

Ini adalah kali pertama Astro saya berpindah. Saya tak tahu macam mana caranya. Saya pun tanyalah pada orang-orang yang telah berjaya pindahkan Astro.

Ok, ini ialah cara pindahkan Astro ke tempat baharu:
1. Telefon Astro di talian 03-9543 3838
2. Astro akan tanya alamat lama dan alamat tempat baharu
3. Astro akan beri no.aduan (catat nombor aduan ini)
4. Siap!

Tiada bayaran pindahkan Astro ke tempat baharu ye.

Saya telefon Astro hari Rabu. Tup-tup hari ini sampai jurutekniknya (3 hari maaa). Nasib baik saya ada di rumah.

Juruteknik akan cabut piring Astro di tempat lama, dan akan di pasangkan di tempat baharu. Bila saya tengok dia turun naik tangga tanggalkan dan pasang balik piring Astro, saya tanya dia.

"Astro kata takde bayaran perpindahan ke tempat baharu"
"Ya, you tak payah bayar upah saya, you bayar kabel sahaja, sebab kabel lama you dah tak elok"
"Oh, berapa harga kabel?"
"RM70"

Gulp, gulp!! RM70 weh!!

Rabu, 1 Mac 2017

Pengambilan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz al-Quran Darul Quran JAKIM 2017

Image result for darul quran
Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon program Diploma Tahfiz al-Quran. Program ini mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

Syarat-syarat kelayakan memohon:
1. berumur tidak lebih 21 tahun dan belum berkahwin
2. lulus SPM dengan syarat minimum Gred C dalam mata pelajaran berikut:
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Arab
c. Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah
d. lulus Bahasa Inggeris dan
e. lulus temuduga

atau
kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengan SPM

Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM di mana-mana institusi Tahfiz al-Quran, adalah tidak layak memohon.

Cara memohon:
Permohonan secara online di sini atau www.islam.gov.my

Tarikh tutup:
7 hari selepas keputusan SPM diumumkan

Maklumat lanjut:
Telefon: 03-60635333 / 5349/ 5323/ 5374
Faks: 03-60645497 / 03-60642936

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...