Beberapa entri seterusnya ini ialah berkaitan dengan percutian saya dan sahabat baik saya, Mell di Ipoh pada 21-24 Disember 2015.
Sorry korang, baru ada mood nak update entri ni huhu.
So, masa rehat (12.30 - 2.00 petang) mesyuarat pengurusan tu, saya bergegas ke Stesen Keretapi Bahau, untuk membeli tiket keretapi ke Ipoh.
Pada waktu itu, hanya beberapa tiket sahaja lagi yang tinggal. Perghhh, laju giler jualan tiket keretapi ni.
Tiket saya
Tiket saya dari Stesen Keretapi Gemas ke Ipoh RM67.00 sehala. Gulp gulp, mahal giler saya rasa. Tiket ini adalah first class. Tiada tempat tidur. Kalau ada tempat tidur ntah berapa ringgit lah pulak. Lagipun, tiket yang ada tempat tidur dan habis.
Resit Mell
Ini resit pembelian tiket Mell. Perhatikan betul-betul dibahagian atas belah kanan resit, tertulis nombor resit PV itu. Maksudnya ini bukanlah tiket sebenar.
Saya tak boleh print tiket Mell di Bahau sebabnya, Mell akan naik keretapi dari Seremban. So, saya inform Mell nombor resit itu. Dia boleh print tiket di kaunter tiket sana.