Isnin, 17 Ogos 2015

Taklimat Kemasukan Ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja Bagi Sesi Pengajian 2016

maktab tentera, taklimat, tingkatan 4, 2016

Hari ini saya berpeluang memberikan sedikit taklimat tentang kemasukan ke tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja bagi sesi pengajian tahun 2016. Kebetulan, Kelas 3 Ibnu Sina (3IB) kosong, (cikgu waktu itu MC). 

Jadi, saya pun menerangkan serba ringkas tentang kemasukan ke tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja bagi sesi pengajian tahun 2016 seperti di dalam surat yang telah diberikan kepada saya. 

Antara syarat-syarat kemasukannya ialah
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lelaki
  3. Tinggi Minimum 152 sm
  4. Berat Minimum 40.5 kg
  5. Body Mass Index (BMI) 18-27 
  6. Ukuran dada 74sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  7. Penglihatan baik dan tidak rabun warna (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12)
  8. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
Bila disebutkan semua point di atas, murid menunjukkan wajah teruja. Tapi bila masuk point dibawah nih, diorang sebut "hurrrmmm, mimpi yolah"

9. Memperoleh sekurang-kurangnya 7A di dalam PT3 2015 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
10. Keutamaan diberi kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik.

Calon-calon yang berminat dipelawa untuk membuat permohonan melalui pengisin borang permohonan secara atas talian di laman web www.rmc.edu.my 

Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas keputusan PT3 diumumkan.

Tarikh tutup: 30 November 2015.


Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran kecuali (yuran PIBG). Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis. 

Murid: Wah....bestnya
Saya: Yep, korang bawak badan je

Saya: Dapat pulak elaun wang saku sebanyak RM100 setiap bulan

Murid: Sikitnya, cikgu
Saya: Ok apa, dapat beli topup, telefon mak hari-hari

Saya: ok, berapa orang yang berminat nak ke Maktab Tentera Diraja ni?
Murid: ~tiada seorang pun angkat tangan~

Saya: Saya percaya akan muncul murid 7A dari kelas ini. Jangan fikir awak tak boleh dapat 7A, tak nak mohon. Mohon dulu, mana tahu rezeki awak dapat.

Saya: Ok, saya nak cerita, Sabtu lepas saya ke Klang, ya Allah, berapa sangatlah orang Melayu Malaysia, saya macam melancong ke negera lain. Keluar KTM je (saya naik komuter) ada berapa banyak kedai makan ....(bukan Melayu). Dalam Komuter, dalam Bas, pembawa teksi semua bukan Melayu. Sampai adik saya cakap "Kak, kat Klang ni banyak ..... (bukan Melayu/ bangsa asing). Jadi awak fikir, kalau negara kita berperang, diorang nak ke angkat senapang mempertahankan negara?

Murid: Tak nak

Saya: Awak fikir, zaman awak umur 15 tahun nih, budak-budak hisap Shiha dan Viper, agak-agak zaman anak awak nanti diorang hisap apa?

Murid: Hisap ekzos, cikgu (haha)
Ni budak yang cakap ni, boleh jadi jugak kan, tahun-tahun akan datang, ekzos laku hurmmmm pening kepala.

Saya: Tak mustahil, tahun-tahun akan datang, ramai murid nama pelik-pelik sebab mix (kacukan). Mak Melayu ayah Bang** (berikutan akan dibawa 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia secara berperingkat) sumber di sini. Waktu sekarang ni pun dah merata-rata muka diorang, agak-agak dalam masa 3 tahun akan datang macam mana Malaysia agaknya??? Serammmmm!

13 ulasan:

  1. Teringat zaman sekolah dulu. Ramai berlumba lumba nak masuk Maktab Tentera ni. Antara sekolah favourite. Mudah-mudahan ramai pelajar sekolahcikgu yang berjaya nanti.

    BalasPadam
  2. masuk ni bagi sado sikit hahahaha

    BalasPadam
  3. mek ila: amin, terima kasih
    belang tarung: haha, betul tu

    BalasPadam
  4. Assalam Cikgu Siti...sis JM datang buat kunjungan balas ye. Terima kasih atas kunjungan tu

    BalasPadam
  5. 7A dalam PT3? isshh...adik sis JM malas belajar..hurm...mmg x de peluang lah nak masuk maktab ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik sis JM mohon je dulu...mana tau ada rezeki ;)

      Padam
  6. Saya nak sangat salah seorang anak saya masuk MRSM. Susah sekolah bandar ni peluang banyak tertutup. Pernah dapat call SBP tapi bagi tau dah penuh.

    BalasPadam
  7. pn. rahimah: yep, saya rasa memang impian semua ibu bapa nak kan anak-anak masuk sekolah yang sebegini, insyaa allah puan, banyakkan berdoa.

    BalasPadam
  8. Seram nak fikir apa akan jadi 5 tahun akan datang dengan kebanjiran pendatang asing

    BalasPadam
  9. seram plak membayangkan mat bangla tu

    BalasPadam
  10. wish me luck interview rmc

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...