Assalamualaikum dan Hai!
Ahad. Hari untuk bermalas-malasan, eh...haha!!
Tak jugak!
Tiba-tiba muncul suatu idea dalam kepala otak saya.
Hari ini, saya hendak kongsikan cara membuat Borang Rujukan Klien dengan menggunakan Google Form.
Sebelum itu, saya hendak kongsikan sedikit, bagaimana tercetusnya idea hendak menyediakan Borang Rujukan Klien dengan menggunakan Google Form ini.
Selalunya, saya akan edarkan Borang Rujukan Klien dalam bentuk helaian kertas (saiz separuh A4), pada setiap kali Perhimpunan Rasmi hari Isnin.
Masalah yang timbul ialah, kadang-kala saya lupa nak fotostat awal...dan hari Isnin saya terkejar-kejar nak fotostat di pejabat sekolah dan mengedarkan helaian itu pada semua guru.
Bila telah diedarkan kepada semua guru, tak semua helaian itu kembali semula kepada saya.
Hanya kembali sehelai atau dua helai sahaja.
Jadi, melalui perbincangan Wassap Group Kaunselor-Kaunselor Hebat Jempol Jelebu, Kaunselor SMK Datuk Mansor menggunakan Google Form. Yeahhh!!, jadi, hari ni, saya pun tanya pakcik Google, macam mana nak membuat Borang Rujukan Klien dengan menggunakan Google Form.
Sebenarnya tidak susah mana pun. Hanya beberapa minit sahaja, dah siap!
Ok, jom kita tengok macammana cara membuat Borang Rujukan Klien dengan menggunakan Google Form.
1. drive.google.com
2. Masukkan akaun Google. (saya guna akaun yes).
3. Klik My Drive - klik More - klik Google Form
- Nama guru
- Tarikh
- Jantina guru
- Nama klien
- Jantina
- Kelas
- Catatan (mengapa dirujukkan kepada kaunselor)
Ok, secara asasnya, dah siap!!
Link yang akan muncul, memang panjang berjela. Link itu boleh dicantikkan dengan masukkan ke https://bitly.com/
Link yang akan muncul, memang panjang berjela. Link itu boleh dicantikkan dengan masukkan ke https://bitly.com/
kalau nak latar belakang yang ada gambar macam ini, adjust di setting ye...ok, siap!!
http://bit.ly/borangrujukanklien ini contoh saya punya Borang Rujukan Klien.
Link ini nanti, saya boleh tepek dalam group wassap sekolah, dan berharap ada guru yang hantar nama. Hehe.
Link ini nanti, saya boleh tepek dalam group wassap sekolah, dan berharap ada guru yang hantar nama. Hehe.
Saya belajar dari sini:
dan sini
Ok, harap dapat membantu ya. Selamat mencuba!!
Mungkin boleh buat borang dari google form untuk perkara-perkara lain contohnya maklumat dropshipper, peserta event dan lain-lain.
BalasPadamKalau macam ni lebih mudah ialah tak semestinya kena isi waktu kejadian.
BalasPadamDah balik rumah tengah lepak santai bolehlah isi dan reply kan...
Kadang-kadang waktu kejadian tu terkejar-kejar macam-macam hal nak ingat bercakap tentang diri sendiri ni hahahaaa...