Sabtu, 29 Januari 2022

Majlis Jalinan Ukhwah Guru SPM di Hotel Royale Chulan, Seremban

 Assalamualaikum dan hai kawan-kawan,

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk memenuhi jemputan sekolah di Majlis Jalinan Ukhwah Guru SPM yang bertempat di Hotel Royale Chulan, Seremban.

Di dalam majlis ini, saya berpeluang untuk berkongsi dengan rakan-rakan guru tentang Butterfly Hug, iaitu salah satu kaedah untuk melepaskan tekanan.



Cara Melakukan Butterfly Hug:


Untuk bacaan lanjut, boleh baca di sini

Terima kasih Ita untuk idea (Butterfly Hug) ini.

Selepas itu, kita makan hehe.



Akhir sekali, bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.




Rabu, 12 Januari 2022

Taklimat My Sistem 2

 

Assalamualaikum dan hai kawan-kawan,

Pagi tadi saya sempat menghadiri Taklimat My Sistem 2 di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Pilah.


Taklimat My Sistem 2

Taklimat di PPD Kuala Pilah


Taklimat My Sistem 2

Taklimat telah di sampaikan oleh Tuan Megat Affandi Hj. Ismail


Taklimat My Sistem 2

Sebelum balik, sempat bergambar bersama Ita, kaunselor Sekolah Tuanku Jaafar.

Ahad, 9 Januari 2022

Berjalan-jalan di Taman Rekreasi Bahau 2022

 


Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan.

Alhamdulillah pagi ini saya sempat ke Taman Rekreasi Bahau. Sudah beberapa hari saya ke taman, setelah hujan reda di bulan ini.

Seperti biasa, saya hanya jalan-jalan 2 pusingan sahaja. Belum nampak tanda-tanda akan berganjak dari angka 2. Haha!



Beginilah keadaan taman setelah berlaku proses pengubahsuaian sejak akhir September atau Oktober 2021. 


Nampak 'hijau' sangat. Kadang-kadang seram nak lalu, takut ada benda-benda yang tak diingini muncul. Haha!


Tak tahulah bila taman ini akan siap pengubahsuaiannnya. 

Apa-apapun, saya suka berjalan-jalan di taman ini sekiranya ada orang lah, jika masa tiada orang, memang terasa seramnya. Haha!

Apa pula yang kalian lakukan pagi ini? 

Kepada guru-guru, hari ini adalah hari terakhir cuti sekolah. Esok dah sekolah. Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...