Korang berminat tak nak ke tingkatan 6?
Minat?
Minat tak nak masuk ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) atau Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu)?
Mestilah minat kan? Ehem ehem, alhamdulillah ada seorang bekas anak murid saya dapat masuk ke KISAS tahun ini.
Dan, alhamdulillah ada murid saya yang pernah sambung belajar tingkatan 6 di SMAP Labu.
Jadi, atas soalan yang bertalu-talu, hari ini saya update entri tentang permohonan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) ini.
Klik sini untuk memuat turun borang rayuan permohonan ke tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu tahun 2017
Syarat-syarat kemasukan ke KISAS dan SMAP Labu:
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM
3. BM sekurang-kurangnya 6C
4. Bahasa Arab sekurang-kurangnya 6C
5. Lulus Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah (salah satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C)
6. Agregat tak lebih 14 mata untuk 3 matapelajaran terbaik
7. umur tidak kurang 17 tahun dan tidak lebih 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
8. Surat tawaran kemasukan ke tingkatan 6 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP Labu) akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui emel.
Borang permohonan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP Labu) tahun 2017 yang telah lengkap diisi hendaklah sampai sebelum atau pada 30 April 2017
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
- Pn. Yusnidah bt. Mahat : yusnidah.mahat@moe.gov.my
- En. Khairun Nizam b. Jajuli : khairunizam.jajuli@moe.gov.my
Selamat Berjaya!!
sumber: www.moe.gov.my
kalau saya diberi plihan memang tak nak masuk tingkatan 6..
BalasPadamsaya nak kerja atau masuk kolej jelah..
semua orang mempunyai cita rasa berbeza
Padamyang pastinya, kita dah lepas zaman itu hehe
kalau saya pula saya ambik diploma atau ijazah terus
Padamsiapa anak murid yg dpt kisas tu ?
BalasPadambekas anak murid saya (masuk kisas tingkatan 4)
Padamkeputusan PT3 yang marvelous ;)
bagus juga ada option macam ni cikgu
BalasPadamTaniah untuk yang berjaya ke tingkatan 6
BalasPadamTak ramai yang kental nak harungi tingkatan 6 ni sebenarnya
betul2, tak ramai yang amik form 6
PadamSaya dah kkngdikan ni di watsap.
BalasPadamPembetulan:
PadamSaya dah kongsikan entry ni di watsap.
assalam..borang rayuan permohonan ke kisas ada lagi ke selepas 30 april 2017?
Padammasa zaman saya dulu, saya memang tak nak masuk tigkatan 6, nak terus masuk U. Alhamdulillah, hajat terlaksana
BalasPadamsamalah dengan saya dulu
Padamperkongsian yang baik...moga berguna buat mereka yang memerlukan
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian sis.
BalasPadamPasti ada yang berminat dengan info ini.
alhamdulillah, tahniah kepada anak murid
BalasPadamesok tarikh akhirnya...
BalasPadamoo.ada rayuan eh? baru tahu
BalasPadamAssalam..saya ada buat rayuan nie..tapi bile tarikh check semakan keluar?
BalasPadamKalau belum ada peluang masuk u...tingkatan 6 pun x kurang hebat
BalasPadamSemoga entri ni bermanfaat bg yg berhajat
BalasPadamlepas 30 april memang dah tak boleh isi ya rayuan ni???
BalasPadamkalau nk masuk jugak t6 kisas ni kena tunggu tahun depan pula atau macam mna?
rayuan untuk pengambilan 2018 dah ade ke cikgu
BalasPadamsetakat ini, saya belum dapat apa-apa makluman...tapi, saudara boleh cuba call terus ke sekolah yang berkaitan ya
Padam