Assalamualaikum dan Hai!
Semalam saya sempat menguruskan pertukaran nama bil air rumah saya.
Di Bahau ini, Pejabat Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) terletak berhampiran dengan SMK Bandar Baru Serting.
Apa yang diperlukan untuk tukar nama di bil air ialah:
1. Salinan IC
2. SnP rumah
Kedua-duanya tidak memerlukan 'cop pengesahan'.
3. Isi borang SAINS (akan diberikan di pejabat SAINS)
Bawalah sekali satu bil air yang lama, sebagai rujukan (diperlukan untuk mengisi borang SAINS nanti).
Masa di kaunter itu, sedia duit deposit bil air ya.
Deposit bagi rumah setingkat ialah RM70, manakala kos sambungan pula RM40. Haaa, jumlahnya RM110 kau!! Nasib baik dalam dompet ada duit wehhh!! Berpeluh nak bayar!
Tengahari tadi, orang SAINS sudah tukar meter rumah. Yeahhh!!
Bil bulan depan, Januari 2019, insyaa allah akan tertera nama saya!!
Ok, baru tahu. Dpt 1 ilmu baru. Terima kasih 😃
BalasPadamsudilah datang sini lagi, untuk info lain pula
Padambaru semalam saya buat pendaftaran baru sains, mintak IC photostate, bill lama, statement bayaran akhir owner lama dan photostate S&P buku. hanya duit cash kad tidak diterima.
Padamoh mudahnya igt rumit smpi kn trn naik pejabat
BalasPadamyep, mudahkan!
PadamNak tukar nama owner lama berapa bayaran dikenakan untuk rumah Kos rendah
BalasPadamkalau tak silap saya, sama macam saya RM70 + RM40
PadamBil owner lama kena bayar ke?
BalasPadamsorry, saya tak ingat bil yang lama ada tunggakan atau tidak
PadamKos sambungan tu apa?
BalasPadamLebih kurang macam penukaran bil api..
BalasPadamBleh buat online tak kalau nk tukar nama?
BalasPadamberapa lama masa yg diambil oleh pihak sains untuk penukaran nama akaun
BalasPadam