Khamis, 29 Mac 2018

Geografi: Peta dan Realiti

Image result for peta malaysia
Kalau korang skodeng kat Ig saya, mesti korang tahu, saya dah terjah negara mana hehe...stay tune dekat blog ini sebab  klik pasport telah ditemui!!
--------------------------------------------------------------
Satu hari, semasa saya menjadi pengawas Ujian Bulanan 1, saya terpandang kertas Soalan Geografi (melabelkan negeri-negeri di Malaysia).

Saya sengih. Haha!!

Korang nak tahu tak, walaupun korang tengok saya ni jenis yang suka berjalan-jalan, tapi sebenarnya, saya seorang yang lemah mengecam peta, jalan, dan sewaktu dengannya.

Dan saya tak pasti samada saya boleh dapat markah 100% untuk melabelkan semua negeri dalam Malaysia dengan betul. Haha!!

Saya ingat lagi, masa di sekolah rendah, ketika darjah 6 (kalau tak silap saya), ada soalan tentang bentuk muka bumi. Ada cerita pasal kerak bumi lah bla bla bla...Masuk dalam peperiksaan weh!! Adeh!! 

Saya masih ingat lagi, dalam Geografi:
belajar baris dan lajur (tak minat)
belajar arah mata angin (tak ingat langsung pun!)
bearing (tak tahu sampai sekarang macam mana nak kira)
sungai (tak minat)
banjaran (lagilah tak minat)
dan paling saya tak minat nak hafal, hasil bumi setiap negeri!

Sebenarnya, saya langsung tak ingat apakah yang saya belajar di Tingkatan 2 dan 3.

Bila dapat Buku Teks Geografi, saya suka baca bahagian belakang buku teks itu.

Kat belakang buku teks Geografi (pada zaman saya lah) ada cerita pasal luar negara. Penternakan di Australia, New Zealand dan negara-negara lain. Wow, suatu hari nanti, saya akan jejakkan kaki ke luar negara juga!

Tapi, saya tak minat semua topik dalam Geografi kecuali kalau topik luar negara (itupun tak belajar weh, cikgu tak sempat ajar).

Suatu hari, cikgu Geografi saya cakap:

"I tak paham, kenapa Geografi hanya wajib dari Form 1 sampai Form 3 sahaja. You (kelas) tau tak Geografi ini penting? Geografi, berkaitan dengan hidup you!"

"And I tak paham, kenapa student wajib ambil Sejarah! Dari Form 1 sampai Form 5 you belajar Sejarah. Sejarah adalah benda yang dah lepas, what for you belajar? You belajar pasal benda yang dah mati? Ah??

Hahaha!!

Pada saya, saya lebih meminati Sejarah berbanding Geografi, walau cikgu kata Geografi lebih penting sebab berkaitan dengan hidup (sebab saya tak nampak apakah kepentingan Geografi dalam hidup saya ketika itu)
------------------------------------------------------
Nak dijadikan cerita, masa nak isi negeri pilihan untuk ditempatkan sebagai guru di borang DPLI, saya meminta nasihat dari sahabat baik saya, Ina dan Mell.

Saya blur, tak tahu nak letak negeri apa.

Mell: Aku nak Selangor weh...
Saya: Ina, aku nak negeri yang dekat dengan Johor
Ina: Hurmmm, negeri yang dekat dengan Johor, macam Pahang, Melaka, Negeri Sembilan.
Saya: Oh, kalau Perak?
Ina: Perak tu dah kira utara tu Rin. Ina pun sebutlah negeri-negeri utara.
------saya blur----
Ina: Eh, ko nih biar betul, jap aku lukis peta Malaysia
------saya sengih je----

Yep, ini adalah kisah benar, bukan rekaan. Saya tak hafal peta Malaysia.

Ada lagi sadis tau, masa solo trip saya (buat pertama kalinya ke luar negara) iaitu ke Medan Indonesia. Saya pelik, kenapa penerbangan hanya 50 minit sahaja. Saya pada mulanya, ingatkan Medan ni dekat dengan Jakarta, rupa-rupanya, Medan ini dekat dengan Semenanjung Malaysia!! Adeh!!

Image result for sumatera

Haaa, nampak?

Realitinya, walaupun saya lemah Geografi, tapi so far, alhamdulillah ianya tidak mematahkan semangat saya nak berjalan-jalan hehe! Banyak jugak negeri dan negara yang saya dah terjah.

Perjalanan yang real ini sangat membantu memahami Subjek Geografi, dari hanya membaca dari buku sahaja! 

Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman!!

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...