Khamis, 18 Jun 2015

Hormat Yang Muda

hormat, respect, muda, belia, hormat-menghormati

Tadi, saya keluar bersama-sama dengan bekas pelajar saya yang baru balik dari Jordan. Perasaan? Tentulah teruja giler! Bohonglah kalau cakap tak, balik luar negara tu haha!

Apa yang kami bualkan? Perbualan yang panjang lebar. Antaranya:
1. Pengalaman pertama kali jejak bumi Jordan
2. Gambar-gambar yang sempat di ambil semasa di sana
3. Perbezaan mazhab
4. Solat semasa perjalanan
5. Kehidupan seharian sebagai pelajar
6. dan lain-lain

Apa yang saya nak cerita di sini ialah, betapa saya menghormati dia, walaupun jarak umur kami yang jauh. Selalu kita dengar yang muda mesti menghormati yang tua (ehem ehem dewasa), tapi apabila saya berhadapan dengan dia, secara automatik memang saya menghormati dia. 

Rabu, 17 Jun 2015

Dah Dapat Matrikulasi, Takkan Tolak Kot?

kolej matrikulasi, matrikulasi, sambung belajar, matrik perak

Hai, Assalamualaikum, lama tak menaip (cakap pada diri sendiri haha!)

Ok, hari ni nak cakap pasal bekas pelajar saya yang dapat tawaran ke Matrikulasi Perak Darul Ridzuan. Seingat saya, ini adalah kali pertama pelajar saya meloloskan diri ke Matrikulasi. Tok sah cakap lah, bangga giler okeh! Bukan sorang, bukan 2 orang tapi 4 orang okeh!

Keputusan SPM mereka ni bukanlah tahap flying colours gitu. Mereka ini paling tinggi dapat 4A dan paling rendah dapat 2A, tapi berjaya ke Matrikulasi, menarik bukan? Sebenarnya, saya pun terkesima, haha! Serius tak tipu.

Well, (speaking London gitu)...mereka pun terkesima + terkejut beruk! Jadi, macam-macam ayat yang keluar. Antaranya:

1. Cikgu, saya tak yakin saya boleh buat ni.
2. Cikgu, saya ni pelajar lemah.
3. Cikgu, saya takut!
4. Cikgu, kami semua dapat 1 tahun je...adoiii.
5. dan ayat-ayat lain.

Saya jawab senang je:
1. Tahniah, dah rezeki awak semua.
2. Peluang yang ada jangan sia-siakan. 
3. Punyalah beribu-ribu orang yang mohon Matrikulasi, tak dapat, korang yang dapat, takkan nak tolak kot? Kalau tolak maksudnya korang tolak rezeki (tuah).

Isnin, 23 Mac 2015

Cuci dan Tampal Gigi di Klinik Gigi Cheng

cuci gigi, tampal gigi, klinik gigi, klinik gigi cheng, kuala pilah, sakit gigi, harga cuci gigi, harga tampal gigi
Perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik Gigi Cheng, Kuala Pilah

Dalam banyak-banyak entri yang bersarang dalam kepala, tak tahu lah kenapa boleh pilih tajuk ni haha...

Al-kisahnya, hari Jumaat 06 Mac 2015, saya ke Klinik Gigi Cheng buat kali kedua setelah beberapa tahun. Boleh baca entri sebelum ini di sini. Sebabnya, gusi gigi geraham saya dah bengkak (kalau tak bengkak, takkan jejak pun klinik gigi, ok!)

Sebenarnya dah lama gusi ni bengkak, memang terasa giler bila malam hari. Banyak kali niat ke klinik gigi tu ditangguhkan dengan macam-macam alasan itulah inilah. Tup-tup, kawan saya ke klinik gigi kerajaan. 

"ok tak klinik tu?"
"doktor dia ok, lembut je"
"ye ke?" bunyi macam tak percaya
"ye, cubalah, saya teman akak petang ni"

Kalau orang teman ni rasa selamat sikit. Selamat dari apa agaknya? haha...saya pun tak tahu. Kawan saya tampal gigi di Klinik Gigi Bahau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...