Selasa, 17 Januari 2012

Selamat Tinggal Sakit Gigi

                             

Aku mengalami sakit gigi geraham sejak 4 bulan yang lepas (kalau tak silap lah). Tapi sakit yang ku alami paling teruk pada malam tadi. Susah betul nak tidur. Adoiiii, dan aku bertekad nak pergi klinik gigi keesokannya.

Kisah sebelum ke klinik
  • Aku seorang yang sukakan makanan, bila sakit gigi, hilanglah nikmat makanan itu..uwaaa sedih betul.
  • Mulanya nak pergi pada bulan Disember 2011, tapi bila tak rasa sakit sangat, hasrat itu ditangguh.
  • Balik dari satu mesyuarat, gigi aku berdenyut-denyut, dan aku pun membaca mengenai gigi di beberapa blog dan menonton video pasal gigi di youtube. Fuhhhh...agak mengerikan, ok.
  • Bila aku tengok gigi aku dicermin, dan menggunakan lampu suluh, barulah aku perasan, gigi gerahamku yang pernah ditampal dulu, telah pecah sedikit dibelakangnya. Sejak bila ia pecah, aku pun tak tahu.
  • Bila tanya kawan-kawan, rupa-rupanya bukan aku seorang saja yang sakit gigi, tapi ramai...haha sungguh tak sangka :)
  • Bila tanya kawan A: "kita tahan saja, kalau sakit, kita cungkil makanan yang tersekat/termasuk dalam gigi." Tapi aku fikir, takkan setiap masa nak cungkil kan...kalau dalam mesyuarat ke...mak aiii
  • Bila tanya kawan B: "kita tahan saja, makan ubat tahan sakit". Tapi aku fikir, ubat tahan sakit ni, sementara sahaja, ibarat ada masalah, kita lari dari masalah tu buat sementara, sedangkan masalah itu belum lagi selesai..
  • Bila tanya kawan C: "dah tak boleh tahan, cabut sahaja, tak sakit pun.." 
  • Semalam, aku lalu dihadapan farmasi, aku pun masuk dan bertanya tentang ubat sakit gigi, doktor nak bagi 3 jenis ubat dan harganya RM20. Terus tak jadi beli, sebab harga tu sama dengan cabut gigi. 
Hari ini, aku pun pergi ke klinik yang kawan C pergi, di Kuala Pilah, iaitu Klinik Gigi Cheng. Sebelum ke klinik, aku alas perut dengan minum oat. Tak selera nak makan yang lain-lain.

Kisah Semasa Di Klinik Gigi Cheng
  • Aku pergi ke klinik yang kawan C pergi. Susah juga nak cari klinik ni, mungkin sebab aku bukan orang Kuala Pilah, pening juga...
  • Setibanya di klinik, aku terkejut tengok ramai orang di klinik, aku adalah orang yang ke-7 huhu.
  • Aku pun duduk sebelah aunty Cina. Keluar seorang makcik dari bilik doktor, terus ke kaunter untuk bayar. Makcik tu pun tanya aku, nak buat apa? Cabut ke tampal? Aku jawab, ntah lah...Makcik tu dia cabut gigi, siap bagitahu lagi kat aku, selagi boleh tampal tu tampal lah...
  • Aku terdengar perbualan remaja perempuan: "Adik nak buat apa?"

     "Nak check saja" (aku yang dengar ni berkata,     
     alangkah bagus, kalau aku pun datang nak  
     check gigi juga huhu)
  • Bila remaja perempuan tu keluar dari bilik doktor, dia pun cakap "sakitnya..." pada kawan dia...macam-macam rasa menjelma dalam sanubari aku ni...
  • Ada pakcik ni pula, dia tak boleh tidur, doktor tampal sementara, nanti baru datang balik...(ni macam kes aku ke? Sakit sampai tak boleh tidur...tapi aku nak selesaikan "masalah" ni hari ini, tak nak datang lagi klinik gigi ni...
  • Aku tengok senarai harga untuk perkhidmatan yang ditawarkan:
      a) cabut - RM20+
      b) tampal - RM30
      c) cuci - RM30
      d) root canal treatment - RM120
      e) gigi palsu set penuh RM400
  • Aku ada sedikit tunai sahaja dalam tangan.
Kisah Semasa Dirawat
  • Aku pun masuk bilik doktor bila namaku dipanggil.
  • Pembantu doktor tanya "nak apa? cabut ke tampal?" 
  • Aku pun jawab "ntah"
  • "Oh, nak check dulu ye"
  • "ye" (iyelah, mana aku tahu nak cabut ke tampal, kalau boleh tampal, tampallah)
  • Aku pun beritahu doktor yang aku rasa macam bengkak, dan tak boleh tidur malam.
  • Doktor cadangkan gigi aku dicuci.
  • Bila doktor tengok gigi aku, dia cadangkan cabut..habislah, gigi aku kena cabut huhu.
  • Dia pun menunjukkan jarum suntikan yang panjang. (Adoii, apasallah aku ternampak). Baik tak nampak dari nampak kan). Doktor pun cucuk di dua tempat.
  • Masa cuci tu, tak sakit pun, cuma rasa ngilu saja. Kenalah tahan sikit kan. Tujuannya adalah untuk menanggalkan kerak gigi yang tak boleh ditanggalkan walaupun dengan menggunakan berus gigi.
  • Selepas itu, tibalah saat yang dinantikan iaitu CABUT GIGI. Aku ternampak pula playar dia. Tapi serius tak sakit. Lepas tu, doktor tekap dengan kapas. Aku minta gigi untuk dibawa balik. Bukan apa, untuk dilihat dengan lebih dekat. Doktor tunjukkan gigi geraham yang pernah ditampal dulu, telah pecah dihujungnya dan berlubang, jadi sisa-sisa makanan termasuk didalam lubang itu. Itu yang buat aku jadi sakit.
  • Aku bayar RM50 dan minta surat MC dan terus balik. 
Kisah Selepas Dirawat
    • Rasa kebas, bila sampai rumah, aku pun tukar kapas. Doktor pesan tak boleh makan/minum dalam sejam. Aku pun tidur. Memang tiada selera pun nak makan.
    • Bila rasa kebas dah hilang, aku pun takut, kalau-kalau rasa sakit menjelma, tapi alhamdulillah. Sehingga entri ini ditulis, belum rasa sakit lagi.
    • Malam mesti makan, sebab perut dah lapar. Menunya, mee hoon sup. Mula-mula tu ngilu juga, mungkin sebab cuci gigi tadi. Rasa janggal sebab gigi geraham dah hilang. Rasa tak selesa. Mee hoon tak habis dimakan. Minum Milo suam dengan straw sebab nak air tu terus masuk tekak, tak lah kena pada gigi.
    Begitulah kisahnya. 
    Ucapan - Syabas dan tahniah padaku sebab berani pergi klinik gigi seorang diri, dan mengambil keputusan cabut gigi dan berani melalui prosedur-prosedur itu, sedangkan ramai lagi yang menahan sakit.
    Lepas ni, kenalah jaga gigi. Aku sayang gigi aku ^_^
          

    25 ulasan:

    1. tahniahhhhhh

      BalasPadam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      BalasPadam
    3. saya tengah rajin cari artikel pasal cabut gigi ni . gigi saya pun berlubang . mula mula perasan tahun lepas . tapi saya buat tak endahkan . tapi bila gigi bongsu saya tumbuh . mula la sakit menyerang . sakit nak tumbuh gigi ade . sakit gigi berlubang pun ade . macam macam . tidur malam mesti saya tidur dalam keadaan bersandar . tak boleh baring . kalau tak mau sakit . sekarang ni saya tengah mengumpul kekuatan nak pergi klinik gigi .

      BalasPadam
    4. gigi yang sedang sakit, boleh cabut x?

      BalasPadam
    5. haha.. tahniah cikgu!! penampilan yang sungguh berani di depan doktor gigi..

      BalasPadam
    6. Baikcabut terus.lepas tu pasang gigi palsu

      BalasPadam
    7. murahnya kosnya, ada kawan terkena cabut je rm90

      BalasPadam
    8. saya dh serik,waktu cabut tu smpai brgoyang kpala..dh la kna bius smpai 2 x..

      BalasPadam
    9. Tanpa Nama05 Jun, 2014

      klinik kerajaan ke swasta?

      BalasPadam
    10. nadia chang kim27 Oktober, 2014

      Saya sakit gigi..
      Rasa berdenyut..
      Tapi takut bagitahu mak :'(

      BalasPadam
    11. Memang paling mengerikan kalau bab mencabut gigi nie..

      Nak cuci gigi pun rase nyilu sangat..
      Apatah lagi nak cabut kan..

      BalasPadam
      Balasan
      1. Pas cabut ok x?sye sakit gg gak nie..

        Padam
    12. Sye pn tgh sakit gg..memule tampal kacip bwh..pas2 kn ar mkn gne tepi gg takot tkene kcp yg dtampal..geraham plak bgesek tgh mkn..jd pecah plak gg geraham..adoi.kne cbut.x nk tampal..huhu..nyilu ar kalo dbiarkn...gg2 cepat ar smbuh.dah 2 mgu drite skt gg...menangis pp jd bengkak n dmam teruk..huhu...

      BalasPadam
      Balasan
      1. Cba guna getah betik muda...ambil getahnya dan terus letak kat tmpt sakit...insyaallah sy da setahun asal sakit letak getah betik muda...dalam 2-3 minit hilang sakit

        Padam
    13. lepas cabut alhamdulillah ok...tapi biasalah, mula-mula rasa lopong je gigi takde hehe

      BalasPadam
    14. Tanpa Nama25 Jun, 2015

      Saye nak tanya, sudah cabut gigi tu apakah geraham tu tumbuh balik atau pakai gigi palsu?

      BalasPadam
      Balasan
      1. Waktu operasi klinik prrgigian cheng pkul bpe ye? N cuti hari apa?

        Padam
    15. Kalau gigi dah rosak atau jenis gigi geraham menghempap gusi, terpaksalah dicabut. Kalau sakit gigi biasa ada juga petua rawatan sakit gigi yang boleh diamalkan. Insya Allah ok.

      BalasPadam
    16. Memang mencabar betul bila sakit gigi..Kalau orangbuat bunyi bising pun boleh naik angin satu badan.

      BalasPadam
    17. Dah pernah rasa sakit gigi. Memang menangis dibuatnya. Cabut gigi yang rosak adalah penyelesaian terbaik. Makan juga vitamin C dan kalsium untuk menguat dan menyihatkan gigi.

      BalasPadam
    18. antara perkara yang saya paling seram adalah jumpa doc gigi

      BalasPadam
    19. Dari kecil sampai besar saya memang takut jumpa doktro gigi. lebih-lebih lagi tengok jarum itu. Siap pernah lari dari klinik gigi lagi bila tengok jarum masa kecil dulu

      BalasPadam
    20. Sakit gigi ni kalau melibatkan gusi memang sangat sakit la..tapi kalau memang dah masa nak kena cabut memang tak boleh lari dah...

      BalasPadam
    21. cabut gigi tak sakit..murahnya harga zaman dahulu kala..hihi

      BalasPadam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...