Tadi, saya keluar bersama-sama dengan bekas pelajar saya yang baru balik dari Jordan. Perasaan? Tentulah teruja giler! Bohonglah kalau cakap tak, balik luar negara tu haha!
Apa yang kami bualkan? Perbualan yang panjang lebar. Antaranya:
1. Pengalaman pertama kali jejak bumi Jordan
2. Gambar-gambar yang sempat di ambil semasa di sana
3. Perbezaan mazhab
4. Solat semasa perjalanan
5. Kehidupan seharian sebagai pelajar
6. dan lain-lain
Apa yang saya nak cerita di sini ialah, betapa saya menghormati dia, walaupun jarak umur kami yang jauh. Selalu kita dengar yang muda mesti menghormati yang tua (ehem ehem dewasa), tapi apabila saya berhadapan dengan dia, secara automatik memang saya menghormati dia.
Banyak perkara yang kita boleh belajar dari orang muda. Cuma nak atau tak nak sahaja belajar dari mereka. Kadang-kadang orang dewasa ni tak semuanya betul. Apa yang berlaku ialah bila orang muda menegur orang tua, orang tua marah dan sebagainya. Lalu orang muda pun tak nak dah menegur orang tua.
Sebenarnya, sepanjang perbualan saya tadi, banyak yang saya belajar dari dia walaupun hanya sembang biasa-biasa sahaja. 'Budak muda' ini menyebabkan saya muhasabah diri saya. Tak salah belajar dari orang muda kan? Saya menghormati dia.
Hurmmm, bila lah nak sampai Jordan?
Hurmmm, bila lah nak sampai Jordan?
bestnya ada student yang ada berjaya..terbaik gitu
BalasPadamBetul tu, setuju.. Ilmu Allah boleh sampaikan kepada kita dari pelbagai pihak.. :)
BalasPadamsalam ... setuju. kena respect yg muda, nanti yg muda respect yg tua. kalau cikgu pun respect bekas anak murid, anak murid 10 kali ganda respect cikgunya :)
BalasPadamHmm.. Mcm blh byg jer perasaan tu mcm mana...
BalasPadamBtw, lawat blog saya www.cowayhealth.blogspot.com
kadang2 orang tua ni terlalu nak orang respect dia. sampai dia tak respect org
BalasPadamya betul tu..tak kira la tua atau muda, masing-masing punyai kelebihan dan pengalaman yang tidak ternilai yang kita tak tahu..:D
BalasPadamKalau yg muda bersikap rasional dan matang memang patut kita hormat. Tapi sebagai org muda walau apa pun kena hormat yg tua..
BalasPadamseronoknya dapat berkongsi kisah dengan org yang merantau ni...
BalasPadamsaya setuju sangat tu :)
BalasPadamReen besnya...emmm aku n husband ngah plan nak migrant ke UK or Canada maybe within 2 years..ehehhehe ngah cr peluang belajar or kerja...jom rin...doakan cita-cita aku tercapai :)
BalasPadamFirst time dtg sini, perkongsian yg menarik, sesungguhnya kita harus saling menghormati, btw Selamat Hari Raya buat Cikgu Siti sekeluarga, sukses & ceria2 selalu k :)
BalasPadamsememangnya yang berumur mempunyai pengalaman tetapi kadang2 dar orang muda kita juga belajar sesuatu
BalasPadambagusnya yr student kan
BalasPadamsatu kisah yang menarik :)
BalasPadamBetul tu, banyak juga yang boleh kita pelajari daripada yang muda. Maklumlah pendedahan yang diterima oleh mereka juga berbeza dengan apa yang kita lalui.
BalasPadambagus2.. tak semestinya orang muda kena respect pd yg tua.
BalasPadam