Isnin, 31 Disember 2018

Barang Yang Lepas Jangan Dikenang



Assalamualaikum dan Hai!

Ungkapan, barang yang lepas jangan dikenang sangat saya suka!

Nope, hari ini bukan nak cerita pasal sekolah. Hari ini dan esok masih cuti wehhh...please!

Barang yang lepas jangan dikenang, maksudnya jangan tersangkut pada tahun ini (2018), bergeraklah kehadapan (2019).

Tahun 2017 adalah tahun yang sangat getir bagi saya, dan melarat ke tahun 2018. Tengok sahaja entri pada tahun 2018, hanya 15 sahaja!

Tapi, walaupun tak banyak entri pada tahun ini, pengunjung ke blog masih ramai! Hey! I am impress!! 

Pageview blog ini untuk sehari 300++ setiap hari dan kadang-kadang mencecah 400++ pageview sehari!! Wow!! (bagi blog yang biasa-biasa seperti ini).

Yup, walaupun tahun 2017 dan tahun 2018 adalah tahun yang getir, tapi, saya kira, saya dah berjaya mengharunginya. Alhamdulillah.

Saya rasa lebih bersemangat dan lebih segar setelah balik dari Kemboja (salah satu negara yang saya teringin sangat nak terjah). Untuk pengetahuan korang, kembara Kemboja jugalah percutian saya di luar negara paling lama (secara solo). Kembara Kemboja, I Love You!!

Pengalaman di Kemboja menjadikan saya lebih berani mengambil risiko dalam hidup. Hidup kita semuanya ada risiko beb, yang penting, move forward!

Kembara Kemboja ini berlaku masa poket nipis. Namun, tetap diteruskan. Berbaloi weh! Jadi, berjalanlah, luaskanlah  pemandangan, banyakkan pengalaman!

So, berjalanlah ke tahun hadapan! 
Tinggalkan segala keraguan!  
Percayalah pada kebolehan diri sendiri!
Berserah pada Allah. 
Everything will be just fine! Insyaa Allah.
Semoga Allah memberkati kita semua. Amin!

3 ulasan:

  1. Selamat tahun baru 2019 cikgu :-)
    Semoga lebih succes di tahun 2019

    BalasPadam
  2. wahhh g kemboja? area mn tu? SR? PP? or msk kg melayu champa?😊

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...