Ahad, 13 Januari 2019

Sedekad Di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad


Image result for 10 years anniversary
Assalamualaikum dan hai!

Pada 12 Januari 2019 (semalam), genaplah sedekad saya bertugas sebagai kaunselor di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad.

Kagum!

Saya kagum dengan diri saya sendiri. Boleh gitu? Haha!!

Mengimbas kembali sedekad yang lalu, masih segar dalam ingatan saya, ketika saya pertama kali menjejakkan kaki di Negeri Sembilan.

Saya tiada sesiapa pun di Negeri Sembilan. Tiada kawan, mahupun saudara mara.

Waktu pertama kali sampai ke Seremban, Negeri Sembilan, memang terkejutlah. Alamat-alamat di Negeri Sembilan semua pendek-pendek. Lagi satu, tiada bangunan tinggi-tinggi pada waktu itu.

Selepas daftar diri di JPNS, saya terus ke sekolah, pada ketika itu namanya Sekolah Menengah Rendah Agama Jempol (SMRAJ), atau lebih dikenali dengan nama Sekolah Agama Jambu Lapan. 

Susah betul cari sekolah ini, walaupun terletak di tepi jalan raya utama, tapi masih terlepas pandang. Zaman itu, belum ada lagi Google Maps di telefon bimbit (saya belum guna telefon pintar)

Saya masih ingat lagi, waktu itu saya pakai baju kurung warna oren dan bertudung  warna hitam. Kebetulan masa saya sampai itu, Negeri Sembilan sedang berkabung (jadi sesuai lah pakai tudung hitam hehe).

Selepas lapor diri di sekolah, saya teruskan pula misi mencari rumah sewa. Pusing punya pusing, dapatlah rumah sewa di Taman Satelite 2. RM400 sebulan. Mak bayarkan dulu sedebuk RM1000. Rumah kosong tiada apa-apa. Waktu itu, Allah sahaja yang tahu macam mana perasaannya bila umur dah tua pun, masih harap mak dengan abah lagi, (ok, mata masuk habuk.

Jumaat, 4 Januari 2019

Bila Umur Menginjak Satu Angka Lagi


Assalamualaikum dan Hai!

Hari ini umur saya menginjak satu angka lagi! 

Syukur alhamdulillah.

Ada orang tak sampai angka macam saya. Macam anak-anak murid saya yang pergi dahulu sebelum saya.

Bila dah berumur ni, mulalah terfikir "apa yang dah aku lakukan?"

Pernah tak korang terfikir benda yang sama?

Bila saya ter flashback, datanglah perasaan menyesal.

Menyesal.

Namun, mengikut kata Gary Vee (mentor saya), menyesal itu bukanlah satu benda yang bagus pun. Menyesal itu racun!

Macam dalam tulisan saya sebelum ini Barang Yang Lepas Jangan Dikenang menyesal hanya akan memaku kaki kita untuk maju ke hadapan.


Saya suka video ini. Tengok sampai habis ye.

Ayat yang saya suka dalam video ini:
"We need to learn to love the flawed, imperfect things that we create and to forgive ourselves for creating them. Regret doesn't remind us that we did badly, it reminds us that we know that we can do better"

Alhamdulillah, saya bersyukur Allah berikan saya nyawa.

Terima kasih Allah.