Ahad, 29 Oktober 2017

Pengalaman Menghadiri Seminar Saham Dato' Dr. Nazri Khan


saham, dato' dr. nazri khan
Pelekat ini perlu ditampal di baju

Assalamualaikum, hai korang!

Hari ini saya berkesempatan menghadiri Seminar Saham Dato' Dr. Nazri Khan. Kenal tak

Saya pun tak kenal beliau pada mulanya haha!!

Saya dapat tahu pun melalui kenalan di seminar saham sebelum ini. Yep, ini adalah seminar saham kedua yang saya hadiri.

Kalau korang perasan, kat Facebook, selalu lalu iklan dia. Klik sini 

Saya dah ada akaun CDS (akaun untuk membolehkan jual beli saham) dah lama. Akaun CDS saya yang pertama ialah melalui CIMB Investment yang dibuat pada tahun 2014. Sekarang dah 3 tahun usia akaun itu haha.

Tiada tindakan apa-apa dibuat sebab waktu itu, saya takut, dan tiada ilmu.

Akaun CDS saya yang kedua dibuat pada tahun ini, iaitu pada ketika saya menghadiri seminar saham yang pertama. Akaun CDS tersebut di bawah M+ klik sini

Sesiapa yang nak menghadiri seminar, kena daftar di sini. Hari ini seminar, semalam baru saya daftar haha. Walaupun dah daftar secara online, tapi di pintu masuk masih perlu daftar ya.

Saya memang terpaku tengok ramai betul umat manusia dalam dewan The Everly Putrajaya itu. Siap dibawa masuk kerusi tambahan. Nak tahu berapa orang dalam dewan? 


Jangan kata dalam dewan yang mampat. Parking kereta pun satu hal. Penuh!

750 orang dalam dewan beb. Ya Allah, saya rasa macam nak balik jer (saya ada penyakit alergik dengan tempat yang ramai orang). Saya termasuk dalam golongan yang tak dapat kerusi, jadi kenalah berdiri. Adeh!

saham, dato' dr. nazri khan

Inilah dia orangnya. Dato' Dr. Nazri Khan ini mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam saham. 

Sabtu, 28 Oktober 2017

Adab Menghadiri Seminar

Image result for adab

Hai Korang! Dah lama tak menaip...sorry.

Ok, hari ini nak bercerita pasal adab. Adab, bukan Adabi!

Siang tadi saya berkesempatan untuk menghadiri satu seminar.

Ramai giler yang hadir. Wow!! luar biasa.

Ada orang dewasa, ada anak remaja, ada orang yang tak lama lagi pencen (salah seorangnya ialah saya) dan tidak ketinggalan budak-budak umur 10 tahun dan ke bawah. 

Bayi 2 orang. Budak-budak adalah dalam 10 orang. Meriah!

TAPI...keadaan dalam dewan yang bising dari mula sampai akhir!

Ada seorang budak perempuan, umur dalam lingkungan 5 tahun, menyanyi, memaut bunting yang diletakkan oleh penganjur, bermain dengan alat laser pointer yang digunakan oleh penceramah! Anak patungnya di letakkan di mesin projektor (pemancar LCD) .DAN...ibu dia buat tak kesah??? Apa??

Ada seorang bayi menangis dalam dewan. Korang tahu apa ayah dia buat? Ayah dia hanya peluk anak dia yang menangis sampai anak dia diam sendiri (anak dia nangis dalam 30 minit tau!!).

Saya terfikir, kenapalah ayah dia tak bawa anak dia keluar dewan? Sebab ianya menganggu tumpuan seluruh ahli dewan. Rupa-rupanya, bukan saya sahaja terfikir begitu, 2 orang kawan saya juga terfikir benda yang sama.

Ada seorang budak lelaki darjah 4, duduk dihadapan saya. Mungkin dia suka sangat dengan kerusi itu (boleh berpusing-pusing), lalu dia tak duduk diam.

Jadi, saya pun cakap: