Sabtu, 28 Oktober 2017

Adab Menghadiri Seminar

Image result for adab

Hai Korang! Dah lama tak menaip...sorry.

Ok, hari ini nak bercerita pasal adab. Adab, bukan Adabi!

Siang tadi saya berkesempatan untuk menghadiri satu seminar.

Ramai giler yang hadir. Wow!! luar biasa.

Ada orang dewasa, ada anak remaja, ada orang yang tak lama lagi pencen (salah seorangnya ialah saya) dan tidak ketinggalan budak-budak umur 10 tahun dan ke bawah. 

Bayi 2 orang. Budak-budak adalah dalam 10 orang. Meriah!

TAPI...keadaan dalam dewan yang bising dari mula sampai akhir!

Ada seorang budak perempuan, umur dalam lingkungan 5 tahun, menyanyi, memaut bunting yang diletakkan oleh penganjur, bermain dengan alat laser pointer yang digunakan oleh penceramah! Anak patungnya di letakkan di mesin projektor (pemancar LCD) .DAN...ibu dia buat tak kesah??? Apa??

Ada seorang bayi menangis dalam dewan. Korang tahu apa ayah dia buat? Ayah dia hanya peluk anak dia yang menangis sampai anak dia diam sendiri (anak dia nangis dalam 30 minit tau!!).

Saya terfikir, kenapalah ayah dia tak bawa anak dia keluar dewan? Sebab ianya menganggu tumpuan seluruh ahli dewan. Rupa-rupanya, bukan saya sahaja terfikir begitu, 2 orang kawan saya juga terfikir benda yang sama.

Ada seorang budak lelaki darjah 4, duduk dihadapan saya. Mungkin dia suka sangat dengan kerusi itu (boleh berpusing-pusing), lalu dia tak duduk diam.

Jadi, saya pun cakap:

"Dik, darjah berapa?"
"Darjah 4"
"Duduk lah betul-betul, kang yang jatuh pun awak"
Terus dia duduk diam-diam.

Korang dapat bayangkan tak? Pergi seminar yang havoc, bukan havoc dapat ilmu, tapi bunyi bising dari mula sampai tamat.

Saya memang sabar je tadi. Nak saya usung budak-budak itu keluar dewan. 

Jangan kerana 10 orang budak, 30 orang yang lain merana.

Apa agaknya yang mak ayah dapat dari seminar yang bising itu? Atau soalan yang lebih penting. Apakah yang ahli dewan dapat daripada seminar yang bising itu?

Dah anak kau menangis, kau mestilah buat sesuatu. Boleh pulak duduk dalam dewan, sampai anak kau senyap? Adeh, saya tak boleh terima.

Dengan budak berlari-lari dan bergelak ketawa dalam dewan?

Mana peranan mak ayah? Takkan hadirin yang datang kena tenangkan anak kau?

Penganjur pun kena ambil iktibar:
1. Penceramah perlu gunakan microfon
2. Penganjur sebenarnya boleh menegur terus kepada ibu atau bapa kepada anak-anak kecil itu. Kalau penganjur tegur, mak ayah akan jadi segan sikit. Kalau saya tegur, mak ayah akan terasa hati sebab saya bukan penganjur.

Masyakat kita selalu cakap macam ni:
Eh, budak-budak, biasalah tu. Dia nak explore! TIDAK. Ia salah!! Nak explore dalam seminar ilmu itu SALAH.

Saya faham, mungkin penganjur HARAP mak ayah akan faham bahawasanya anak mereka telah menganggu perjalanan majlis, telah mencarikkan hati orang lain yang berada dalam dewan, dan penganjur berharap, mak ayah akan selesaikan masalah itu.

Tapi, tahukah penganjur, bahawasanya, mak ayah tersebut TAK FAHAM. Apa yang mak ayah faham ialah anak dia tak menganggu ketenteraman orang lain.

Mungkin juga, mak ayah tunggu penganjur yang menegur mereka. Mungkin mereka rasa, selagi penganjur tak tegur, maksudnya "it is ok". 

Mak ayah dan penganjur tak faham, orang yang berada dalam dewan itu, tercarik hatinya. Dan besar kemungkinan, dia takkan datang lagi seminar yang macam itu.

Image result for behave

3 ulasan:

  1. Cam x sesuai lak bawak budak2 pegi seminar mcm ni..mengganggu konsentrasi

    BalasPadam
  2. Ramai yg berminat nk dgr tu x de prob mgkin sbb free so ramai hadir tp kalau dh bwk anak tu x reti2 ke nk kasi diam..adeh

    BalasPadam
  3. Itulah manusia zaman sekarang memang dah ramai yang melupakan adab.

    Nak-nak melayu islam eh! tetiba lak emo. Maafkan saya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...