Hari Khamis minggu lepas saya ke Seminar Program Berhenti Merokok di Sekolah Rendah St. Aiden, Bahau.
Ceramah di sampaikan oleh Dr. Shamilah dari Klinik Kesihatan Bahau.
Ini adalah antara intipati seminar:
Pelan Tindakan Strategik Unit Kawalan Tembakau:
- Visi: Malaysia bebas dari sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2045 (29 tahun lagi)
- Misi:
- Semua rakyat Malaysia yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas tidak memulakan tabiat merokok (sekarang umur 7 tahun)
- Memperkasakan masyarakat di dalam budaya tidak merokok
- 100% tempat-tempat awam bebas asap rokok
Jadi, apakah perhubungan antara unit pergigian dan kaunselor sekolah? Jeng jeng jeng
- Menjalankan perkhidmatan saringan dan kaunseling merokok di sekolah melalui pasukan pergigian
Apa yang saya faham ialah, setiap sekolah akan didatangi oleh doktor gigi. Lepas doktor gigi ini mengenalpasti seorang murid itu ada tabiat merokok, doktor akan rujuk murid ini kepada kaunselor sekolah untuk dijalankan intervensi berhenti merokok.
Doktor gigi sangat terror wei bab-bab nak kesan orang merokok ni. Diorang tengok gigi je dah tahu. Hebat kan?
Jom kita sama-sama realisasikan Malaysia bebas rokok...lagi 29 tahun ni sebelum 2045!!
p/s: nasib baik saya bukan seorang penghisap rokok, vape dan shisha hehe. Alhamdulillah syukur ^__^
Eii, tak suka rokok. Alhamdulillah, suami tak merokok. Salam kona org nogori, den org teganu kawen amo org rombau
BalasPadamSokong sangat , untuk mengurang jumlah perokok perlu bermula dari zaman sekolah .
BalasPadamAlmarhum bapak kakak tak merokok jadi abg yg satu-satu anak lelaki pun tak merokok. Alhamdulillah hubby kakak pun tak merokok.
BalasPadamKakak tak ada anak lelaki harap tak ada masalah pasal hisap rokok.
Tapiiii... tak tahu juga kan cikgu. Mana tahu menantu kakak kelak jenis yg hisap rokok. Sebab nak tunggu 29 tahun bebas merokok rasanya kakak nak duduk bawah tanah kot...
memang masalah bagi perokok ni
BalasPadamBagus buat macam ni. Harapnya anak-anak muda sekarang janganlah jadikan merokok ni tabiat tegar. Tak suka betullah bau asap rokok. Bebaskan dunia dari pencemaran asap rokok ^_^
BalasPadambagus program gini, terus check gigi diorang...hehee
BalasPadamkalau yg betul ikut agama, pasti tak merokok. Sbb rokok haram hukumnya - byk mendatangkan keburukan.
Kalau dulu, doctor gigi datang untuk check gigi sihat atau tidak. Dan menunjukkan cara untuk mengosok gigi dengan betul..
BalasPadamSekarang pula check untuk detect samaada pelajar merokok atau tidak.. Erm.. Sayangnya dengan anak2 yang mula merokok sejak dibangku sekolah rendah.
terbaik la klu ada program macam ni
BalasPadamkalau tenguk tabiat merokok dalam kalangan anak2 muda sekarang sebenarnya semakin membimbangkan.
BalasPadamKawalan ibu bapa sngatlah penting.
Pihak sekolah hanya sekadar boleh membantu.
Risau nya bila ada anak murid yang merokok kan... tabiat ni klu tak bendung awal2 memang bahaya..
BalasPadamsalam perkenalan... sy follow sni:)
maknanya pasni doktor boleh tau laa sapa yg isap rokok ya? pastu bleh adu kt pihak sekolah? cm tu ka? ;-)
BalasPadamazimah: hai orang terengganu ;)
BalasPadamsyazwan: yep, betul, melentur buluh biar dari rebungnya
kakzakie: wah, bagusnya akak dikelilingi oleh orang-orang yang tak merokok!
raihanah: ye betul tu sis ;)
mummy: kita yang hidu asap rokok ni lagi bahaya sis huhu
ujie: ni namanya sambil menyelam minum air sis, dapat cek gigi dan dapat cek perokok tegar hehe
reen:tulah ramai perokok bermula dari sekolah rendah
uncle: tulah terima kasih kpd KPM dan kementerian kesihatan
warisan: betul tu, apa-apa pun bermula dari rumah
atie:terima kasih kerana sudi follow sis ;)
anies: yep, sis ;)
saya memang benci rokok..baunya sahaja menyesakkn hidung
BalasPadamalhamdulillah mr.hanafi tak merokok ;)
BalasPadambagus jugak jbtn kesihatan amik langkah camni..bt langkah pencegahan diorg terjebak dengan rokok sejak dari sekolah..sebab tgok budak2 sekolah sekarang ramai merokok..
BalasPadamcik tom: betul tu...budak sekolah memang ramai yang merokok
BalasPadamSy sangat tak suka org merokok...hehe
BalasPadam