Rabu, 12 Oktober 2016

Gigi dan Tabiat Merokok

Image result for gigi perokok, merokok, gigi

Hari Khamis minggu lepas saya ke Seminar Program Berhenti Merokok di Sekolah Rendah St. Aiden, Bahau.

Ceramah di sampaikan oleh Dr. Shamilah dari Klinik Kesihatan Bahau.

Ini adalah antara intipati seminar:

Pelan Tindakan Strategik Unit Kawalan Tembakau:
  • Visi: Malaysia bebas dari sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2045 (29 tahun lagi)

  • Misi: 
    • Semua rakyat Malaysia yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas tidak memulakan tabiat merokok (sekarang umur 7 tahun)
    • Memperkasakan masyarakat di dalam budaya tidak merokok
    • 100% tempat-tempat awam bebas asap rokok

Jadi, apakah perhubungan antara unit pergigian dan kaunselor sekolah? Jeng jeng jeng

  • Menjalankan perkhidmatan saringan dan kaunseling merokok di sekolah melalui pasukan pergigian

Apa yang saya faham ialah, setiap sekolah akan didatangi oleh doktor gigi. Lepas doktor gigi ini mengenalpasti seorang murid itu ada tabiat merokok, doktor akan rujuk murid ini kepada kaunselor sekolah untuk dijalankan intervensi berhenti merokok.


Doktor gigi sangat terror wei bab-bab nak kesan orang merokok ni. Diorang tengok gigi je dah tahu. Hebat kan?

Jom kita sama-sama realisasikan Malaysia bebas rokok...lagi 29 tahun ni sebelum 2045!!

p/s: nasib baik saya bukan seorang penghisap rokok, vape dan shisha hehe. Alhamdulillah syukur ^__^

17 ulasan:

  1. Eii, tak suka rokok. Alhamdulillah, suami tak merokok. Salam kona org nogori, den org teganu kawen amo org rombau

    BalasPadam
  2. Sokong sangat , untuk mengurang jumlah perokok perlu bermula dari zaman sekolah .

    BalasPadam
  3. Almarhum bapak kakak tak merokok jadi abg yg satu-satu anak lelaki pun tak merokok. Alhamdulillah hubby kakak pun tak merokok.

    Kakak tak ada anak lelaki harap tak ada masalah pasal hisap rokok.
    Tapiiii... tak tahu juga kan cikgu. Mana tahu menantu kakak kelak jenis yg hisap rokok. Sebab nak tunggu 29 tahun bebas merokok rasanya kakak nak duduk bawah tanah kot...

    BalasPadam
  4. memang masalah bagi perokok ni

    BalasPadam
  5. Bagus buat macam ni. Harapnya anak-anak muda sekarang janganlah jadikan merokok ni tabiat tegar. Tak suka betullah bau asap rokok. Bebaskan dunia dari pencemaran asap rokok ^_^

    BalasPadam
  6. bagus program gini, terus check gigi diorang...hehee

    kalau yg betul ikut agama, pasti tak merokok. Sbb rokok haram hukumnya - byk mendatangkan keburukan.

    BalasPadam
  7. Kalau dulu, doctor gigi datang untuk check gigi sihat atau tidak. Dan menunjukkan cara untuk mengosok gigi dengan betul..

    Sekarang pula check untuk detect samaada pelajar merokok atau tidak.. Erm.. Sayangnya dengan anak2 yang mula merokok sejak dibangku sekolah rendah.

    BalasPadam
  8. terbaik la klu ada program macam ni

    BalasPadam
  9. kalau tenguk tabiat merokok dalam kalangan anak2 muda sekarang sebenarnya semakin membimbangkan.
    Kawalan ibu bapa sngatlah penting.
    Pihak sekolah hanya sekadar boleh membantu.

    BalasPadam
  10. Risau nya bila ada anak murid yang merokok kan... tabiat ni klu tak bendung awal2 memang bahaya..
    salam perkenalan... sy follow sni:)

    BalasPadam
  11. maknanya pasni doktor boleh tau laa sapa yg isap rokok ya? pastu bleh adu kt pihak sekolah? cm tu ka? ;-)

    BalasPadam
  12. azimah: hai orang terengganu ;)

    syazwan: yep, betul, melentur buluh biar dari rebungnya

    kakzakie: wah, bagusnya akak dikelilingi oleh orang-orang yang tak merokok!

    raihanah: ye betul tu sis ;)

    mummy: kita yang hidu asap rokok ni lagi bahaya sis huhu

    ujie: ni namanya sambil menyelam minum air sis, dapat cek gigi dan dapat cek perokok tegar hehe

    reen:tulah ramai perokok bermula dari sekolah rendah

    uncle: tulah terima kasih kpd KPM dan kementerian kesihatan

    warisan: betul tu, apa-apa pun bermula dari rumah

    atie:terima kasih kerana sudi follow sis ;)

    anies: yep, sis ;)

    BalasPadam
  13. saya memang benci rokok..baunya sahaja menyesakkn hidung

    BalasPadam
  14. alhamdulillah mr.hanafi tak merokok ;)

    BalasPadam
  15. bagus jugak jbtn kesihatan amik langkah camni..bt langkah pencegahan diorg terjebak dengan rokok sejak dari sekolah..sebab tgok budak2 sekolah sekarang ramai merokok..

    BalasPadam
  16. cik tom: betul tu...budak sekolah memang ramai yang merokok

    BalasPadam
  17. Sy sangat tak suka org merokok...hehe

    BalasPadam